BOLA MENYATUKAN
RAKYAT
Di England, ada dua topik perbincangan yang sentiasa diperkatakan
oleh rakyat. ‘Football and Weather’. Maknanya semua orang boleh memperkatakan
mengenai bola dan cuaca. Pendek kata disamping membincangkan hal-hal
pentadbiran negara,dua perkara itu sentiasa bermain di bibir mereka. Sekiranya
ada di antara rakyat England yang tidak tahu dan mengenali David Beckam atau
apakah ‘bnatang’nya Manchester United itu, maka dianggap seseorang itu baru
keluar dari ‘tempurung’.
Begitulah pentingnya peranan bola sepak dalam masyarakat di England.
Nampaknya ‘penyakit’ itu kini sudah menular ke negara kita Malaysia. Bagi aku
‘penyakit’ ini tidak merbahaya, malah membahgiakan dan memberi faedah kepada
negara. Rakyat Malaysia kini bukan sahaja ‘memuja’ pemain-pemain bola sepak
England tetapi sudah mula meminati pemain-pemain dari negara kita. Itu yang
sebaik-baiknya.
Sejarah telah membuktikan bahawa pasukan bola sepak negara telah
mencapai zaman kegemilangannya pada tahun-tahun 1960an, 70an dan mula malap
selepas 1980an. Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman telah memulakan era
kegemilangan ini dan selepas itu disambung pula oleh Dato Harun Idris ( Menteri
Besar Selangor) yang membawa pasukan bola sepak negara sehingga sampai ke sukan Olimpik di Munich, West Germany yang
diadakan dari 26 Ogos sehingga 11 September 1972. Dan pada zaman itulah muncul
nama-nama ‘besar’ di arena bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari, Soh Cin
Aun, Santokh Singh, Namat Abdullah, Abdullah Nordin, Sharuddin Abdullah, Syed
Ahmad dan ramai lagi.
Rakyat Malaysia pada ketika itu hampir sama ‘perangai’ dengan rakyat
England sekarang. Meminati bola. Dimana-mana saja mereka akan memperkatakan
mengenai bola. Tidak kira orang muda ataupun orang tua. Pemain-pemain bola
telah menjadi idola rakyat pada ketika itu. Seingat aku, ramai yang sanggup
menyewa bas ( dari luar Kuala Lumpur) untuk datang ke Stadium Merdeka untuk
memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia. Dan pada ketika itu tidak ramai
peminat bola ( dari kampung) yang memiliki kereta sendiri. Oleh itu sekiranya
mereka hendak menonton perlawanan di Stadium Merdeka, terpaksalah mereka
menyewa bas ( sejauh dari Kedah/Perlis).
‘Kegilaan’ rakyat Malaysia tahun-tahun 1960an dan 1970an kepada bola
telah membawa kepada beberapa kesan yang penting,
· Rakyat umum tidak
membincangkan hal-hal politik seperti yang berlaku pada ketika ini dimana
perbincangan mengenai politik dapat didengar di mana saja. Rakyat umum lebih
suka berbincang mengenai bola di kedai-kedia kopi atau pun ditempat-tempat
khenduri dan jamuan.
· Anak-anak muda juga sama-sama berbincang mengenai bola sebagai tajuk
perbincangan mereka. Oleh itu pemain bola adalah idola mereka. Tidak seperti
sekarang dimana para artis yang menjadi idola anak-anak muda. Dan amatlah tidak
‘berkemajuan’ seseorang anak muda kini yang tidak dapat menyebut nama artis
kesayangannya. Aku tak tahu pula untuk memberikan jawapan samada ini
perkembangan yang sihat atau tidak.
· Penyalahgunaan dadah dikalangan anak muda hampir tidak berlaku. Ada
hal yang sedemikian berlaku tetapi tidak sepertimana yang terdapat pada hari
ini. Disamping faktor-faktor lain yang menghalang kegiatan berkenaan, mungkin
juga lah ‘kegilaan’ terhadap bola merupakan faktornya. Mungkin.
Malam ini akan berlaku perlawanan antara Pahang dengan Kelantan.
Luar biasa ‘aura’nya. Orang kelantan ( seluruh rakyat Kelantan) pada saat ini
(ketika aku sedang menulis rencana ini ) sedang memperkatakan hal-hal yang
berkaitan dengan pasukan Kelanatan.
Mengenai penjaga golnya. Penyerangnya. Sayap kiri, kanannya. Pendek kata
bukan sahaja terhad kepada pemain dan permainan, akan dibincangkan juga hal-hal
yang berkaitan dengan peribadi pemain. Sudah kahwin ke belum. Anak siapa. Dari
kampung mana…..
Bagi aku ini merupakan perkembangan yang amat sihat. Maknanya bola
telah menelurkan perasaan cinta kepada negeri dan masyarakat masing-masing.
Orang Kelantan sayangkan negeri Kelantan dan orang Pahang sayangkan negeri
Pahang. Pemain bola sepak Kelantan dan Pahang pastinya akan bermati-matian
mempertahankan negeri masing-masing. Ini yang dinamakan mempertahankan maruah.
Diharapkan semangat yang sebegini akan menular pulak ke peringkat
negara Malaysia. Kita harapkan rakyat Malaysia akan memacakkan bendera di
kereta mereka ketika menyambut hari kemerdekaan nanti sebagaimana rakyat
Kelantan dan Pahang memecakkan bendera negeri mereka ketika menuju ke Stadium
Bukit Jalil pada malam ini. Membanggakan sekali.
Aku yakin rakyat akan boleh berbuat demikian sekiranya pemimpin
negara ini betul-betul menepati erti pemimpin dalam erti kata yang
sebenar-benarnya sepertimana yang pernah berlaku pada awal tahun-tahun 1990an
dahulu.
abuhassanadam
3 November 2013
Beautifully written.
ReplyDeleterajraman666. I believed you are the man of bygone era who don't bother about race and religion of others.
Raj, I always consider anak Malaysia as my sons and daughters.
DeleteThank you.
Deleterajraman666.After 2 years i track my own comment and found a man like you replied to me with full of emotion.I feel like tears going to drop.
Thank you.
Deleterajraman666.After 2 years i track my own comment and found a man like you replied to me with full of emotion.I feel like tears going to drop.