PENGUNDI SUNGAI
LIMAU TAHU CARA ‘MENGAJAR’ UMNO (BN)
Dua hari sebelum PRK Sungai Limau berlangsung, seorang kawan lama
yang merupakan penduduk asal kawasan Sungai Limau memberitahu aku bahawa
‘sejarah’ Sungai Limau akan berakhir. Maknanya Sungai Limau akan berpindah
tangan kepada UMNO (BN). PAS akan kalah, katanya.
“Sekiranya PAS membawa jentera kempen Obama ke Sungai Limau pun aku
pasti PAS akan kalah’ Katanya bergurau. Menunjukkan betapa kuatnya jentera UMNO
(BN) berkempen di kawasan Sungai Limau. “Duit bertaburan, projek
bersepah-sepah, makanan berlambak, gula, kopi, teh, susu, kain batik……sebut
saja…semua ada….” Sambung kawanku lagi menjelaskan betapa ‘pemurahnya’ UMNO
kepada masyarakat Sungai Limau menjelangnya pilihan raya kecil berkenaan.
Aku terkejut apabila mendengar bahawa PAS menang dengan majoriti
1084 berbanding dengan 2774 undi yang diperolehi pada PRU pada bulan Mei yang
lalu. Kesimpulan yang dapat aku buat ialah,
· Masyarakat Sungai Limau memang tahu dan bijak ‘mengajar’ UMNO.
Mereka tidak ‘lapar’ akan pemberian yang dihulurkan oleh jentera UMNO. Mereka
tidak ‘kemaruk’ kepada pemberian yang dihulurkan. Tetapi disebabkan oleh nilai
‘untuk menghormati’ tetamu mereka terima juga apa yang diberikan oleh UMNO.
Namun untuk menggugat ‘maruah’ mereka jauh sekali. Mereka tetap dengan
pendirian mereka.
· Walaupun pihak kerajaan mengatakan bahawa mereka telah berjaya
mengurangkan majoriti PAS pada PRK ini namun jika diteliti dan diperhalusi
dengan sedalam-dalamnya, pihak UMNO sebenarnya mengalami kekalahan yang amat
teruk. Apa tidaknya. Aku boleh ibaratkan pertarungan ini adalah seperti
pertarungan antara gajah dengan pelanduk.
· Pihak UMNO (BN) dengan segala kekuatan yang ada padanya telah
digunakan sepenuh-penuhnya di Sungai Limau. Boleh disifatkan seperti pertarungan
hidup mati. Hampir seluruh jentera kerajaan digunakan. Hampir semua kementerian
dikerahkan. Kerajaan negeri Kedah pula berhempas pulas, bertungkus lumus
bekerja bagi memenangkan calon mereka di Sungai Limau. TV dan Radio milik
kerajaan jangan dikirakan peranan mereka sehinggakan, juruhebah TV ( bukan
milik UMNO sepatutnya) pun membuat ulasan memeihak kepada calon UMNO (BN).
Aku tidak hairan sekiranya PAS kalah dan akau amat hairan apabila
UMNO (BN) yang kalah. Dengan segala kekuatan dan sumber yang ada mereka boleh
tewas. Sudah sampai masanya bagi masyarakat Malaysia memikirkan dan ‘meniru’
apa yang telah dilakukan oleh masyarakat di Sungai Limau. Maknanya masyarakat
Sungai Limau ( sebahgian besarnya orang Melayu) tidak boleh dibeli ‘maruah’ mereka
sepertimana yang berlaku kepada sebahagian masyarakat Melayu di Malaysia.
Maknanya mereka tahu wang dan projek yang diberikan oleh UMNO (BN) semasa
berkempen itu adalah wang rakyat yang hanya ‘dipindah-tangan’ kepada mereka.
Mereka tahu bahawa gula yang dijual dengan harga RM 1 se kilo pada masa
berkempen itu hanya untuk memikat hati supaya mereka mengundi UMNO(BN). Tidak
ikhlas.
Cara dan tindakan UMNO (BN) memancing undi sebegini sudah berlarutan
begitu lama. Aku perhatikan begitulah cara yang dijalankan oleh mereka untuk
memenangi PRK dan PRU. Dan selalunya mereka akan dapat ‘memenangi’ hati rakyat
dengan menyediakan berbagai ‘umpan’. Dan masyarakat ( Melayu terutamanya) akan
termakan dengan umpan yang diberikan, walaupun pun mereka sanggup menggadaikan
maruah mereka dengan sehelai kain batik misalnya. Tetapi hakikat sebegini
selalunya dinafikan oleh mereka.
Bagi aku Sungai Limau telah menunjukkan contoh yang amat baik kepada
masyarakat lain di Malaysia bahawa ‘maruah’ dan prinsip perjuangan kita tidak boleh dibeli dan diganggu gugat.
Kadang-kadang aku terpaksa menghormati tindakan kaum Cina dalam menghadapi
pilihan raya. Undi mereka tidak mudah untuk dibeli. Mereka mengundi berasaskan
keyakinan mereka kepada sesuatu isu yang mereka perjuangkan. Berbagai faktor
yang difikirkan dan dipertimbangkan sebelum mereka ‘memangkah’ calon yag mereka
pilih. Itulah yang sebenarnya makna demokrasi.
Aku bukan menentang UMNO dan tidak juga menyokong PAS. Tetapi pada
tanggapan aku keadaan ketidakadilan dalam PRU dan PRK ini sudah begitu lama
berjalan. Berat sebelah. Tidak demokratik.Tidak adil. Tanyalah siapa pun dan
tentunya akan dapat lihat bagaimana UMNO (BN) menggunakan segala jentera
kerajaan untuk menyokong calon mereka. Lihat sahaja RTM dan TV3 menjalankan
peranan mereka.
Sekiranya ada lagi pihak tertentu yang dapat menafikan kenyataan aku
itu, aku tidak tahu lagi cara untuk menjelaskannya. Cuma yang dapat aku
katakan, INSAFLAH…….
abuhassanadam
5 November 2013
Contoh orang Melayu yg tak maju dan x sedar diri adalah seperti kamu sendiri
ReplyDelete