‘HIMPUNAN BAJU MERAH’ - AKAR UMBI UMNO NAMPAK LEBIH
CERDIK
Walau
pun ternampak dengan jelas tujuan ‘tersirat’ mengapa ‘Himpunan Baju Merah’
diadakan namun jika diperincikan maka jelas pula bahawa perhimpunan sedemikian
tidak akan memberikan apa-apa faedah dan manfaat samada kepada orang Melayu
atau bangsa Malaysia secara umumnya. Sememangnya tidak jelas tujuan dan
matlamat perhimpunan berkenaan diadakan.
Yang
selalu diteriakkan oleh golongan tertentu bahawa perhimpunan ‘Himpunan Baju
Merah’ yang akan diadakan pada 16 September 2015 nanti adalah sebagai ‘tindak
balas’ perhimpunan Bersih 4 yang diadakan baru-baru ini yang telah amat berjaya
menarik perhatian lebih kurang setengah juta rakyat Malaysia (dari semua kaum) yang
menyertainya. Dan telah ‘difitnahkan’ oleh pihak-pihak tertentu bahawa
Perhimpunan Bersih 4 itu adalah anjuran kaum Cina untuk ‘menghina’ pemimpin
Melayu. Jika diteliti dan diperhalusi jelas bahawa tuduhan sedemikian amat
menyimpang jauh darpada kenyataan yang berlaku pada 29 dan 30 Ogos yang lepas.
Tanyalah siapa pun ( yang berfikiran waras) yang hadir pada hari berkenaan pasti
akan menyanggah tuduhan dan anggapan yang difitnahkan itu.
Lantas
‘Himpunan Baju Merah’ atau pun nama barunya “Perhimpunan Rakyat Bersatu” yang
akan diadakan pada 16 September 2015 adalah bertujuan untuk ‘menandingi’ dan
menunjukkan ‘kekuatan’ dan ‘kehebatan’ perhimpunan yang dikatakan ‘kekuatan’
orang Melayu. Pada hakikatnya hanya segelintir orang Melayu sahaja, khususnya ahli
UMNO (hanya segelintir juga) yang menyokong perhimpunan yang diadakan.
Walaupun
tidak mendapat sokongan rakyat terbanyak, “Pehimpunan Baju Merah’ tidak
mendapat tentangan daripada pemimpin negara khsuusnya Presiden dan Timbalan
Presiden UMNO sendiri yang merasakan tidak ada halangan bagi ahli UMNO untuk
menyertai perhimpunan berkenaan.
Yang
agak menyedihkan ialah hasrat para peniaga di Jalan Petaling untuk menutup
kedai mereka pada 16 September yang akan datang takut timbul keadaan yang tidak
diingini ekoran daripada ‘Perhimpunan Baju Merah’ yang akan diadakan. Tindakan
para peniaga demikian merupakan langkah bijak untuk mengelakkan sebarang
kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku. Dan jika dilihat dari sudut
yang lain maka jelas perhimpunan yang akan diadakan ini amat mengganggu
perniagaan yang dijalankan berbanding dengan Perhimpunan Bersih 4 yang baru
lalu yang sangat-sangat dialu-alukan oleh para peniaga di persekitaran Dataran
Merdeka. Ada peniaga yang merasakan bahawa mereka mengalu-alukan perhimpunan
sedemikian yang mendatangkan keuntungan berpuluh kali ganda daripada hari-hari
biasa.
Jelas
menunjukkan bahawa ‘Perhimpunan Baju Merah’ yang akan diadakan nanti mengganggu
perniagaan di persekitaran dan pastinya menyusahkan rakyat terbanyak.
Aku tertarik juga dengan kenyataan
yang dikeluarkan oleh golongan akar umbi UMNO yang merasakan bahawa
‘Perhimpunan Baju Merah’ ini merupakan satu perhimpunan yang sia-sia tanpa
mempunyai matlamat dan tujuan tertentu. Biar aku petik kenyataan seorang ahli Umno Kedah
dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar yang mengatakan bahawa perhimpunan
tersebut adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu
dalam negara."Adakah selepas 16 September. Orang Melayu akan bertukar jadi
pemain dan pemegang utama ekonomi negara?” Soalnya. (petikan “MALAYISAN INSIDER
12 September 2015 )
Beliau juga
mempersoalkan tentang hasrat dan matlamat perjumpaan itu diadakan. Beliau
merasakan bahawa perhimpunan sedemikian tentunya tidak mendatangkan faedah
sekiranya tidak ada matlamat yang jelas. Sekiranya perhimpunan ini betul-betul
memperjuangkan sesuatu isu yang membabitkan kepimpinan negara kini, maka sudah
seharusnya perhimpunan ini mendesak agar pihak kepimpinan negara menyelesaikan
segera isu IMDB dan isu RM 2.6 billion yang tertera dalam akaun peribadi DS
Najib Tun Abdul Razak. Yang anihnya ‘Perhimpunan Baju Merah’ tidak langsung
menyebut isu sedemikian sedangkan seluruh dunia mempersoal dan membincangkan
isu sedemikian. Dengan demikian memberikan gambaran kepada penduduk dunia
bahawa orang Melayu hanya memikirkan isu-isu remeh yang tidak langsung
menyentuh persoalan bangsa dan negara, apatah lagi menyentuh persoalan yang
berbentu global.
Bagi aku Datuk
Seri Zaienal Abidin Omar telah membangkitkan satu isu yang cukup ‘pertinent’
apabila beliau mempersoalkan, "Adakah kaum Cina akan tunduk dan takut
serta akan turut apa juga kemahuan Melayu? Tiada apa yang berubah kerana
penoreh getah akan pulang menoreh pada 17 September dan seterusnya. Apa
faedahnya?"
Kenyataan dari
ahli akar umbi UMNO dari Kedah itu semacam disokong pula oleh ahli UMNO dari
Selangor. Bagi Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul
Raub pula, perhimpunan yang menggunakan nama Melayu itu hanya memberikan imej
buruk kepada kaum itu."Memang berhimpun hak rakyat Malaysia seperti mana
Bersih 4, tetapi isunya di sini himpunan tersebut kononnya untuk mempertahankan
maruah dan ketuanan Melayu. Kalau ikutkan situasi kini, Melayu Umnolah yang
menjahanamkan bangsa sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.
Maknanya
golongan UMNO peringkat akar umbi telah merasakan bahawa ‘Perhimpunan Baju
Merah’ itu tidak mempunyai matlamat tertentu, walaupun ‘dihalalkan’ dalam
sistem pemerintahan demokrasi. Mungkin ramai lagi ahli UMNO di seluruh negara
yang berpandangan seperti yang dilahirkan oleh tokoh UMNO berkenaan. Dan
menampakkan kecerdikan yang menyerlah dikalangan golongan UMNO akar umbi
berbanding dengan segelintir ahli UMNO yang tergolong dari kalangan elit
(konon!)
abuhassanadam
14 September 2015
No comments:
Post a Comment