PAKATAN HARAPAN SUATU HARAPAN BARU BAGI
RAKYAT MALAYSIA
Sebenarnya
kemunculan Pakatan Harapan (PH) telah seolah-olah memberikan suatu nafas baru
kepada rakyat Malaysia yang kini dalam ‘kesesakan’ disebabkan oleh keadaan
‘bala’ yang menimpa negara kini. Rakyat Malaysia kelihatan amat kecewa dengan keadaan
yang berlaku dalam negara kini dengan berbagai kerenah yang amat kusut untuk
diselesaikan.
Seingat
aku tidak pernah negara kita mengalami keadaan sepertimana yang dialami kini.
‘Gambaran’ yang kelihatan mengenai negara kita Malaysia adalah amat ‘gelap dan
kabur’ di mata dunia. Tidak diketahui samada apa yang dilaporkan oleh The wall
Street Journal, The New York Times, The Guardian London dan akhbar-akbar lain
itu sahih atau tidak, namun disebabkan kuatnya pengaruh akhbar demikian di mata
dunia maka tidak dapat tidak masyarakat dunia meyakini dan mempercayainya.
Apatah
lagi tidak ada penafian dibuat oleh Perdana Menteri kita tentang ‘penglibatan’
yang mencemarkan nama baiknya. Selagi DS Mohd Najib tidak mengambil tindakan
undang-undang terhadap akhbar-akhbar demikian, maka selagi itulah masyarakat
dunia akan meyakininya. Namun dikukuhkan lagi dengan peribahasa Melayu,’
jikalau tidak ada angin takkanlah pokok bergoyang’. Orang Putih juga ada
mengatakan,’ there is no smoke without fire’.
Rakyat
Malaysia sememangnya sudah cukup malu di mata dunia. Nama negara Malaysia yang
sentiasa dsanjung dan dipuja pada tahun-tahun 80an dan 90an kini sudah amat
tercemar. Mungkin sudah ada yang mentertawakan. Aku dapat bayangkan tentang
‘penderitaan’ rakan-rakan yang berkhidmat di kedutaan luar negar tentang ‘azab
sengsara’ yang mereka alami dalam menjalankan tugas ‘memikul’ nama Malaysia
kini. Walaupun tidak ditertawakan, sekurang-kurangnya akan terasa ‘bahangnya’.
Hampir
setiap hari dan ketika nama Malaysia dan IMDB ‘naik’ dan muncul di dada-dada
akhbar di dunia dengan berita-berita yang amat memalukan kita. Dan entah
bilalah agaknya keadaan sebegini akan selesai. Tetapi yang menyedihkan kita
ialah adang segelintir orang Melayu di negara ini yang semacam langsung tidak
percaya tentang apa yang berlaku kini. Aku tidak pula menyarankan agar Perdana
Menteri kita harus ditentang secara habis-habisan. Tidak begitu. Tetapi
sekurang-kurangnya segelintir orang Melayu yang menyokong UMNO harus
merenungkan sejenak dan tidak menyokong secara melulu apa yang telah berlaku.
Sekurang-kurangnya berikan pertimbangan dan diadili betul-tidaknya isu-isu yang
berbangikit.
‘Wabak’
yang melanda negara kini semacam tidak diketahui dimana titik noktahnya.
Sepatutnya DS Najib memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat pertimbangan
dan keputusan tentang arah tuju negara ini. Dan jalan yang sebaik-baiknya bagi
beliau ialah dengan meletakkan jawatan (sementara) dan memberi peluang
penyiasatan terperinci untuk membersihkan namanya. Sepatutnya begitu. Namun
melihatkan kepada keadaan yang tidak menentu ini, memberikan satu bayangan
kepada rakyat bahawa keadaan sedemikian berkemungkinan besar tidak akan
berlaku. Seolah-olah tidak akan bertemu dengan garis penamatnya.
Justeru
kelahiran Pakatan Harapan yang ‘mendendangkan’ nama DS Anwar Ibrahim sebagai
Perdana Menteri ( sekiranya memenangi PRU 14) amat tepat pada masanya. Rakyat
Malaysia sudah hampir ‘tenggelam punca’ mengenangkan nasib yang akan menimpa
negara ini. Kini sekurang-kurangnya rakyat Malaysia menaruh harapan yang begitu
tinggi kepada PH untuk membetulkan keadaan yang agak ‘rosak’ di negara ini.
Mungkin
rakyat Malaysia boleh bersabar menantikan PRU 14 itu. Dan mungkin juga sudah
ada golongan yang sudah ‘tidak sabar-sabar’ lagi mengenangkan keadaan negara
kini.Tetapi sekuarng-kurangnya dengan adanya Pakatan Harapan, dapat juga
memberikan harapan tentang berkemungkinan terjelmanya suatu ‘cahaya baru’ yang
akan menerangi negara Malaysia pada masa akan datang, apatah lagi nama Anwar
Ibrahim telah ditonjolkan sebagai Perdana Menteri negara baru.
Apa
yang aku perkatakan ini mungkin hanya sebagai suatu harapan dan impian dan
terpulanglah kepada rakyat keseluruhnya untuk merealisasikannya. Kepada
kepimpinan Pakatan Harapan, hendaklah bersedia medokong cita-cita dan harapan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Dan sesuatu yang harus jangan
dilupakan bahawa negara Malaysia adalah milik Melayu, Cina, India, Kadazan,
Iban dll.
Wujudkan
bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
abuhassanadam
23 September 2015
Pak Abu
ReplyDeleteI'll be reading your blogs more.often
4RAKYAT
This comment has been removed by a blog administrator.
DeletePak Abu
ReplyDeleteI'll be reading your blogs more.often
4RAKYAT
Why delete pak junaidi's comment?
ReplyDelete4RAKYAT
Why delete pak junaidi's comment?
ReplyDelete4RAKYAT
Why delete pak junaidi's comment?
ReplyDelete4RAKYAT