KUMPULAN ‘BAJU MERAH’ TIDAK MEWAKILI MELAYU KURUN KE
21
Mungkin
ada yang merasakan bahawa beberapa ‘tindakan’ yang dilakukan oleh golongan
‘Baju Merah’ dengan mengadakan Perhimunan Baju Merah pada 16 September 2015
lalu merupakan tindakan orang Melayu umumnya yang sepatutnya disokong oleh
orang Melayu. Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa itulah sebenarnya ‘perangai’
orang Melayu. Dan ada juga pemimpin secara terang-terangan dan secara
‘diam-diam’ memuji tindakan golongan Baju Merah sebagai satu perbuatan yang beradab!.
Apakah orang Melayu secara umumnya bersetuju dengan tindakan yang dilakukan
oleh golongan Baju Merah demikian?
‘Disumbatkan’
ke dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa diadakan
perhimpunan Baju Merah ada lah berpunca daripada Perhimpunan Bersih 4 yang
dikatakan dianjurkan oleh orang Cina yang menyebabkan orang Melayu merasa
terancam. Itu merupakan suatu pembohongan terang-terangan. Namun begitu
‘anggapan’ sedemikian terus mendapat sokongan dari setengah pemimpin negara
(yang memejamkan mata agaknya). Majoriti rakyat Malaysia semacam bingung dengan
kenyataan demikian. Tun Dr Mahathir hairan dengan kenyataan demikian. Tun
Abdullah Badawai juga terkejut dengan kenyataan demikian. Begitu juga dengan
beberapa orang pemimpin Melayu lain yang ditemui.
Dalam
satu kenyataannya yang dipetik oleh Malaysiakini Tun Abdullah menyatakan,“Malay pride is not under threat, said former prime minister
Abdullah Ahmad Badawi."I don't think so... Nothing has led to (Malay pride
being challenged) as far as I know…….Maybe some feel that way on the left or
right side. As far as I know, it has not caused any fight," he told
reporters in Kuala Lumpur today.
Kononnya
golongan ‘Baju Merah’ mewakili golongan orang Melayu yang tertindas. Dan
majoriti orang Melayu yang rasional di negara ini tidak begitu bersetuju dengan
beberapa tindakan yang dilakukan oleh kumpulan ini yang amat bertentangan
dengan cara dan tindakan orang Melayu sebagaimana yang digambarkan oleh
Sasterawan Negara Usman Awang melalui sajaknya berjodol ‘MELAYU’.
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya
bersulam jenaka
Budi
bahasanya tidak terkira
Kurang
ajarnya tetap santun
Aku
tidak dapat membayangkan tentang jauhnya beza antara “Melayu’ yang digambarkan
oleh Usman Awang dengan Melayu berBaju Merah (yang kononnya mewakili Melayu)
yang digambarkan oleh Ketua Polis Negara. Kenyataan TS Khalid Abu Bakar
menyatakan,
“
…..has expressed regret over the racial slurs and provocative banners during
the red shirt rally…He also criticised protesters who pelted his personnel with
bottles and refused to heed orders to disperse at Petaling Street. ‘ I warned
them before the rally that they should not cross the line by making racial
insults or carry banners that disparage
other races and undermine peace….Unfortunately some of them chose not to
heed the warning” Malaysiakini 17
September 2015
SN
Usman Awang ada juga menyatakan,
Malangnya
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu
ghairah pesta temasya
Sedangkan
kampung telah tergadai
Sawah
sejalur tinggal sehengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski
telah memiliki telaga
Tangan
masih memegang tali
Sedang
orang mencapai timba
Berbuahlah
pisang tiga kali
Sepatutnya
kumpulan Baju Merah fikirkan juga hal ‘tanah sebidang mudah terjual’. Harus
dipersoalkan juga oleh kumpulan Baju Merah tentang golongan mana yang menjual
tanah rizab Melayu di negara ini. Dan baru kini kedengaran sibuk berita tentang
usaha pihak tertentu untuk mempertahankan Tanah Rizab Melayu setelah entah apa
yang telah terjadi kepada tanah rizab Melayu akibat kerakusan pentadbiran dan
pemerintahan yang kononnya memepertahankan hak Melayu. Sekurang-kurangnya
penjajah British peka dan sedar tentang ‘tanggungjawab’ mereka untuk menjaga
tanah orang Melayu dari berpindah tangan, dijual kepada bukan Melayu dan lantas
dilindungi dengan meletakkan tanah Rizab Melayu’ dalam geran-geran tanah orang
Melayu.
Dan
sepatutnya golongan Baju Merah memikirkan juga tentang kelemahan orang Melayu
yang sehingga kini masih ketinggalan dalam bidang berbagai bidang berbanding
dengan kaum lain. Dan golongan Baju Merah sepatutnya mempersoalkan tentang
berkesan tidaknya pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dalam memajukan orang
Melayu. Hendaknya janganlah sentiasa menyalahkan orang lain, kaum lain yang
menyebabkan orang Melayu masih lemah dan ketinggalan.
Dan
hendaknya janganlah ada lulusan pusat pengajian tinggi yang merusuh dan
melanggar peraturan sebagaimana yang telah dianjurkan oleh pihak polis di
petaling Street itu. Sekiranya terdapat para anak muda lulusan universiti maka
tentulah amat malang sekali peristiwa sebegini yang telah menimpa bangsa kita
yang bernama Melayu. Kita ‘jenguk’ lagi bait-bait sajak SN Usman Awang,
Melayu
itu masih bermimpi
Walaupun
sudah mengenal universiti
Masih
berdagang di rumah sendiri
Berkelahi
cara Melayu
Menikam
dengan pantun
Menyanggah
dengan senyum
Marahnya
dengan diam
Merendah
bukan menyembah
Meninggi
bukan melonjak.
Apakah
orang Melayu namanya jika tindakan yang dilakukan oleh Baju Merah amat jauh
menyimpang dari amalan-amalan orang Melayu sebagaimana yang dilukiskan oleh
sastarawan Negara Usman Awang itu.
Maknanya
golongan Baju Merah, samada pemimpin atau pengikut setianya tidak layak
mewakili golongan Melayu Kurun ke 21.
abuhassanadam
19 September 2015
Assalamualaikum cikgu.....
ReplyDeleteMelayu akan terus mendendangkan lagu "anak kecil main api" (warisan) terutama dalam setiap persidangan Melayu (Melayu?) Begitu juga setiap kali menyambut ulang tahun kemerdekaan. Dulu, Kini dan Selamanya.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteAmalhaj,
ReplyDeleteHarapan saya agar anak-anak anda ( semacam cucu saya) menjadi anak-anak yang sesuai berada dalam Kurun ke21 seperti bangsa yang maju di dunia.
Cikgu Abu Hassan
Emancipate the ignorant ones, and Malaysia has hope yet.
ReplyDeleteOnly the Malays can help this country. Not LKS LGE etc... Only the Malays can do it.
Question is what can we do to liberate their thinking? The Republicans in the US is almost like Umno, only the latter is corrupt beyond salvation.
What can non Malays do to help?
How can we free the ignorant group from the clutches of this ultimate evil known as umno baru?
Emancipate the ignorant ones, and Malaysia has hope yet.
ReplyDeleteOnly the Malays can help this country. Not LKS LGE etc... Only the Malays can do it.
Question is what can we do to liberate their thinking? The Republicans in the US is almost like Umno, only the latter is corrupt beyond salvation.
What can non Malays do to help?
How can we free the ignorant group from the clutches of this ultimate evil known as umno baru?
Unknown,
ReplyDeleteThanks for the enlightenment. Let's work together for the benefit of all Malaysians - Malays, Chinese, Indians and others.
Pak Abu
Define "work together". Pak Abu you have a plan?
Delete4RAKYAT
112,635 peneroka Felda seluruh negara bakal dapat duit Hari Raya Aidilfitri - http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130704/dn_24/112635-peneroka-Felda-seluruh-negara-bakal-dapat-duit-Hari-Raya-Aidilfitri
ReplyDelete����utusan kata ada 112,635. Ok
2,600,000,000 / 112,635 peneroka felda =
23,083 seorang
Or...
abnmulya.blogspot.com: SEMUA BAHAGIAN UMNO SEBANYAK (191) BAHAGIAN ,RIBUAN CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA HARUS TAMPIL BELA KEPIMPINAN DATUK SERI NAJIB!!!. - http://abnmulya.blogspot.my/2015/08/semua-bahagian-umno-sebanyak-191.html?m=1
����not my words either
2,600,000,000 / 191 Bahagian UMNO BARU = 13,612,565 satu bahagian
Or...
Ahli UMNO 3,430,750, Sabah Kekal Terajui Jumlah Ahli Teramai | UMNO Online - http://www.umno-online.my/2013/12/05/ahli-umno-3430750-sabah-kekal-terajui-jumlah-ahli-teramai/
��3,430,750 members. Not my word.
2,600,000,000 / 3,430,750 members =
757 per member
www.umno-online.my/direktori/
Can ask them to ask for their.money?
4RAKYAT
Orang Melayu rasa tertindas dan tertekan dari pelbagai aspek,ekonomi,pendidikan,kemasyarakatan dan pelbagai masalah.Apakah orang Melayu tidak menyedari bahawa yang menindas orang Melayu adalah orang Melayu sendiri.Baik dari golongan pemimpin,aristokrat dan juga konglomerat.
ReplyDeleteSelagi orang Melayu tidak mampu berfikir secara kritis dan bijaksana merentasi hal hal sebegini,selagi itulah orang Melayu mudah lupa,mudah ditipu dan mudah dipengaruhi.Amat malang lagilah kalau orang Melayu yang telah mendapat pendidikan tinggi hingga ke universiti tetapi tahap pemikiran mereka tidak merentasi hal hal sedemikian.Terima kasih Pak Abu.
Very good article indeed clear n ez to understand , I'll share your post tyvm bro abuhassan.
ReplyDelete