Thursday, September 17, 2015

ORANG MELAYU TIDAK AKAN MAJU HANYA DENGAN MEMUSUHI KAUM LAIN

            Sehingga Tun Mahathir sendiri merasa hairan tentang matlamat dan tujuan diadakan Perhimpunan Baju Merah. Aku merasakan sebahagian besar rakyat Malaysia juga akan terpinga-pinga melihatkan segelintir orang Melayu terjerit dan terlolong dengan tidak tentu tujuan dan matlamat mengapa mereka berhimpun. Aku merasa yakin bahawa orang Cina ataupun khususnya parti DAP tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ‘tindakan’ golongan Baju Merah itu kerana apa yang disuarakan sebagai tentangan mereka sebenarnya tidak berkaitan.
           
            Kata Dr Mahathir BERSIH 4 bukanlah perhimpunan bersifat rasis kerana ia disertai pelbagai kaum."Mereka (kumpulan baju merah)mahu BERSIH menjadi rasis supaya mereka boleh mempertahankan Melayu…..(Bagaimanapun) mereka bukan mempertahankan Melayu. Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) tak perlu," 

            Seorang lagi pemimpin negara yang menyatakan rasa kecewa terhadap perhimpunan Baju Merah ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam perutusan sempena Hari Malaysia beliau berkata, sambutan detik penting negara wajar dizahirkan dengan acara yang melambangkan perpaduan rakyat."Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," kata beliau.
           
            Kumpulan Baju Merah menentang Perhimpunan Bersih 4 dengan alasan ia dianjurkan oleh parti DAP dan kaum Cina. Bagi siapa saja yang benar-benar hadir di Perhimpunan Bersih 4 tempoh hari merasakan anggapan yang Perhimpunan Bersih 4 itu dimonopoli oleh orang Cina amat meleset sekali. Perhimpunan Bersih 4 yang diadakan bukan perhimpunan anjuran DAP atau orang Cina tetapi sebenarnya perhimpunan rakyat Malaysia yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan pemerintahan di Malaysia kini.

            Sebagai orang Melayu tulin, tentunya aku merasa amat sedih melihatkan tentang keadaan orang Melayu yang menghadiri Perhimpunan Baju Merah di Kuala Lumpur pada 16 September 2015. Melihatkan raut muka mereka yang hadir jelas menampakkan bahawa mereka tidak tahu apakah tujuan sebenar mereka hadir di perhimpunan demikian. Tidak salah jikalau ada yang mengatakan bahawa tujuan mereka hadir hanyalah untuk ‘merehatkan badan’ buat seketika setelah penat membanting tulang di ladang (buat peserta FELDA).

            Yang agak merunsingkan fikiran aku ialah tentag adanya sepanduk-sepanduk yang tertulis perkataan yang agak menyentuh perasaan sesuatu kaum yang pada pandangan aku harus dielakkan perkara-perkara sedemikian. Inilah jadinya sekiranya sesuatu perhimpunan itu tidak jelas matlamat dan tujuannya. Dan kehadiran para peserta juga tidak tentu hala dan tujuannya.

            Apakah tidak terguris hati kaum bukan Melayu apa bila melihat tulisan sepanduk yang berbunyi, ‘Malaysia Melayu Punya’ atau ‘Pantang Dicabar’ atau ‘Maruah Melayu jangan Dicabar’ dan berbagai ‘cogankata’ yang berbaur perkauman. Untuk apa ‘dipamerkan’ kata-kata sedemikian. Sebagai peserta yang hadir di perhimpunan Bersih 4 berkenaan dapat aku katakan bahawa tidak ada langsung kata-kata dari peserta yang boleh ‘mengguriskan’ hati orang Melayu. Tidak ada. Jikalau pun ada peristiwa ‘memijak gambar’ pemimpin yang dilakukan, berkemungkinan juga itu merupakan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan ‘provokasi’. Dan kepimpinan Bersih 4 mengalu-alukan tindakan terhadap individu yang melakukannya. Memaparkan dengan jelas tujuan dan matlamat diadakan Perhimpunan Bersih 4 yang tidak bertujuan langsung menyakiti hati kaum-kaum yang ada di Malaysia.

            Sekiranya diperhalusi tentulah amat menyedihkan apabila mengenangkan ramai yang datang dari luar Kuala Lumpur yang terpaksa ‘bermalam’ dalam bas, semata-mata untuk ‘memperjuangkan’ satu matlamat yang tidak tentu ‘hujung-pangkal’nya. Apakah para penganjur perhimpunan  tidak merasa sedih dan pilu melihatkan keadaan orang Melayu yang begini yang tidak jauh pemikiran mereka darpada orang Melayu tahun 1950an dan 1960an. Harus disedari bahawa masih lagi ramai orang Melayu yang tidak boleh berfikir secara rasional untuk membuat pertimbangan ‘buruk-baik’ sesuatu keputusan, tentulah diharapkan kepada para ‘pemimpin’ untuk tolong membuat pertimbangan dan keputusan bagi pihak orang Melayu yang sebegini. Hendaknya janganlah para ‘pemimpin’ pula yang mengeksploitasi suasana mengalakkan orang Melayu dari kampung hadir ke perhimpunan Baju Merah ini dengan matlamat dan tujuan yang tidak jelas. Tidak salah sekiranya perjuangannya jelas demi kebaikan bangsa dan negara. Negara yang mengamalkan prinsip demokrasi memang menggalakan kegiatan yang sedemikian.

            Ekoran dari keghairahan peserta Perhimpunan Baju Merah yang terpekik dan terlolong telah menyebakan aku sebagai orang Melayu tulin berfikir panjang dan merenung jauh kehadapan memikirkan tentang nasib bangsa ku yang bernama Melayu. Apakah ada suatu bangsa di dunia yang boleh mencapai kemajuan hanya dengan terpekik dan terlolong dan memusuhi kaum lain bagi menempa sesuatu kejayaan. Sepanjang yang aku kaji dan pelajari tidak ada bangsa lain di dunia yang bersifat demikian.

            Yang tentunya memilukan hati ini lagi ialah mengenangkan tentang keadaan yang berlaku di Syria, Iraq dan Palestine yang semacam lebih kurang sama dengan keadaan yang dilakukan oleh orang Melayu kini. Disebabkan aku juga beragama Islam maka apa yang berlaku di negara berkenaan samalah seperti peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa, ‘cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya’. Tetapi kini ibarat nasi telah menjadi bubur. Negara-negara berkenaan telah hancur berkecai menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ dan rakyatnya mencari perlindungan di negara-negara maju di Eropah yang rakyatnya tidak terpekik dan terlolong sepertimana yang cuba diamalkan oleh bangsa Melayu di Malaysia kini.

            Para pemimpin Melayu harus merenungkan kembali hakikat bahawa tidak ada bangsa di dunia yang memperolehi kemajuan dengan memaki hamun, mengutuk dan memushi kaum lain.

            Renungkanlah…..

abuhassanadam
17 September 2015



10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kamisah,

    Mungkin ramai golongan bijak pandai Melayu yang seiring pemikirannya dengan anda. Harapnya begitu. Namun secara peribadi saya merasa amat sedih dengan cara bertindak orang Melayu menangani sesuatu isu.

    Pak Abu

    ReplyDelete
  4. I have given up on rationalising the actions of our leaders from right vs wrong. The conclusion is more than obvious. What I see now is from the lenses of the incumbent government trying to secure its current position.

    If analyse from the perspective of raking as much support as possible, this seems to be a good strategy. At least, there are maybe >35,000 supporters out there that would vote for the existing government. And from this show of support, the fence sitters who are not as well informed as the urban population would swing their support over to the current government.

    To give a simplistic answer for myself would be the maxim "You only need to fool most of the people some of the time"....In political time frame, that would only require from one general election to the next....

    ReplyDelete
  5. Saudara Golf Fanatic,
    Half of the people can be part right all of the time,
    Some of the people can be all right part of the time.
    But all the people can't be all right all the time
    I think Abraham Lincoln said that

    Pak Abu

    ReplyDelete
  6. Pak Abu, umumnya kaum Tiong Hua sedar dan akui orang Melayu bukannya racist. Perkembangan sosial kaum Melayu kebelakangan ini memberi lebih lagi keyakinan tentang orang Melayu dan Islam. Perhimpunan baju merah pun bukannya dilihat sebagai orang Melayu benci orang Tiong Hua. Sifat lemah lembut, kesederhanaan, bertolak ansur, suka berdamai, mudah berunding & sifat2 lain orang Melayu yg positif rasa majoriti kaum Tiong Hua tahu. Perhimpunan Bersih memang bukan isu kaum. Tun M pun sebut. Perhimpunan baju merah sbg balas Bersih bg kaum Tiong Hua hanya mengukuhkan lagi mesej bahawa rakyat bukan Melayu tidak boleh kritik pemimpin Melayu. Bawah Islam rakyat bukan Islam tidak boleh kritik pemimpin Islam. Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu. Jika orang Melayu terima pemimpin yg ada tiada siapa yg boleh mengubahnya. Itu hakikat yg disedari kaum Tiong Hua. Ke arah mana Malaysia sememangnya bergantung pd orang Melayu. Orang Melayu tak ubah Malaysia tak akan berubah. Jadi buat apa ramai sangat kaum Tiong Hua ke Bersih? Buat apa sibuk sangat. Itu mesej penentang Bersih. Jika itulah yg orang Melayu mahu tiada siapa boleh buat apa.

    ReplyDelete
  7. Saudara Unknown

    Hanya segelintir orang Melayu yang 'menganuti' fahaman sebagaimana yang digambarkan oleh golongan Baju Merah itu. Majoriti orang Melayu tidak begitu.

    PAK ABU

    ReplyDelete
  8. Unknown 5.03pm:

    1. ""Bawah Islam rakyat bukan Islam tidak boleh kritik pemimpin Islam."
    Kalau camtu, nak undang2 buat apa? Hakim cina boleh menghukum seorang perompak.beragama islam? Ataupun bila masa.nak jatuh hukuman, mesti ditukar kpd.hakim.beragama islam?

    2. Kenapa.kena islam ini, cina itu, dsbnya? Salah tetap salah. Jangan berselindung dibelakang agama.

    3. ""adi buat apa ramai sangat kaum Tiong Hua ke Bersih?"
    Bila depa x datang, kena hentam kononnya hanya melayu yang kena terik matahrai sementara melayu turun jalanan, melayu jadi tunggangan "cina dap"' - bersih 2.0
    Bila depa datang bahkan kebetulan nisbah.50:50, depa dihentam anjuran yahudi nak memperdayakan melayu - bersih 3.0
    Bila depa datang beramai2 nak.menuntut.ketelusan pilihanraya, warga melayu ditekan dan ditakut2kan dgn pelbagai ancaman oleh si gangster zahid, depa dikatakan pula "cabar.melayu". - bearish 4.0

    Sebenarnya, apa yang ngko.dan.sewaktu dgn ngko.ni.nak?
    Bagaimana.dgn.menuntut kebebasan bersuara, pilihanraya yang adil, kebertanggungjawaban terhadap segala kepincangan yang melanda.negara kita.ni.boleh diputar belitkan.sebagai."cabar.Melayu" pula?
    Minta berdebat, x nak.
    Minta penjelasan 42,000,000,000, skandal 1mdb , x nak jawab.
    2,600,000,000 masuk akaun nama sendiri, x nak jawab.
    Hanya segelintir kaki bodek yang telah menerima habuan saki baki drp duit haram tu yang sokong perasuah tu. Agama rasmi beliau memang islam, tapi hangman minta orang lain yang celik.maklumat dan ada fikrah waras untuk diam negotiating saja. Siapa yang rasuah , hanya ada satu penyelesaian iaitu humban masuk penjara -'ISLAM ataupun sebaliknya.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  9. Unknown 5.03pm:

    1. ""Bawah Islam rakyat bukan Islam tidak boleh kritik pemimpin Islam."
    Kalau camtu, nak undang2 buat apa? Hakim cina boleh menghukum seorang perompak.beragama islam? Ataupun bila masa.nak jatuh hukuman, mesti ditukar kpd.hakim.beragama islam?

    2. Kenapa.kena islam ini, cina itu, dsbnya? Salah tetap salah. Jangan berselindung dibelakang agama.

    3. ""adi buat apa ramai sangat kaum Tiong Hua ke Bersih?"
    Bila depa x datang, kena hentam kononnya hanya melayu yang kena terik matahrai sementara melayu turun jalanan, melayu jadi tunggangan "cina dap"' - bersih 2.0
    Bila depa datang bahkan kebetulan nisbah.50:50, depa dihentam anjuran yahudi nak memperdayakan melayu - bersih 3.0
    Bila depa datang beramai2 nak.menuntut.ketelusan pilihanraya, warga melayu ditekan dan ditakut2kan dgn pelbagai ancaman oleh si gangster zahid, depa dikatakan pula "cabar.melayu". - bearish 4.0

    Sebenarnya, apa yang ngko.dan.sewaktu dgn ngko.ni.nak?
    Bagaimana.dgn.menuntut kebebasan bersuara, pilihanraya yang adil, kebertanggungjawaban terhadap segala kepincangan yang melanda.negara kita.ni.boleh diputar belitkan.sebagai."cabar.Melayu" pula?
    Minta berdebat, x nak.
    Minta penjelasan 42,000,000,000, skandal 1mdb , x nak jawab.
    2,600,000,000 masuk akaun nama sendiri, x nak jawab.
    Hanya segelintir kaki bodek yang telah menerima habuan saki baki drp duit haram tu yang sokong perasuah tu. Agama rasmi beliau memang islam, tapi hangman minta orang lain yang celik.maklumat dan ada fikrah waras untuk diam negotiating saja. Siapa yang rasuah , hanya ada satu penyelesaian iaitu humban masuk penjara -'ISLAM ataupun sebaliknya.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete