ANWAR DAN ‘OMBUDSMAN’ – WIRA LAMA TAMPIL
SEMULA
Kesediaan Saudara Anwar Ibrahim untuk menwarkan
diri membantu SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas Tun Daim Zainuddin telah
mencetuskan berbagai spekulasi dikalangan penganalisis politik dan penulis
blog. Berbagai tuduhan dilemparkan dan kebanyakannya merupakan ramalan yang
tidak kukuh asas hujahnya dalam memperkatakan sesuatu yang berkaitan.
Kadang-kadang menampakkan semacam untuk ‘melepaskan geram’ pula.
Sejarah telah membuktikan bahawa ‘musuh’ Anwar
Ibrahim yang paling besar adalah ‘amalan rasuah’ dan perjuangannya menentang
rasuah adalah tidak ada batas dan titik noktahnya. Seingat aku semenjak dari
dulu hingga sekarang perjuangannya menetang rasuah tidak pernha kering dan
surut. Malah sekiranya berjayalah Pakatan Rakyat menerajui Puterajaya pada
suatu ketika nanti, maka agenda beliau yang paling diutamakan ialah menentang
kegiatan rasuah. Aku yakin itulah ‘perjuangannya’. Dan ini juga merupakan
agenda yang belum selesai.
Ketika berada dalam Kabinet kerajaan Malaysia
pada suatu ketika dahulu beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet
mengenai penyelewengan dan jawatankuasa ini juga ditubuhkan berasaskan konsep
‘Ombudsman’. Tugas jawatankuasa ‘ombudsman’ itu bukan sahaja menitikberatkan masalah
rasuah tetapi apa sahaja bentuk penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.
Tugas demikian tentulah amat berat untuk
dilaksanakan oleh beliau kerana sistem ini seolah-olah telah gagal dilaksanakan
apabila diperkenalkan buat pertama kalinya ketika dibawah pentadbiran Tun Abdul
Razak ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maknanya usaha memerangi rasuah
telah bermula semenjak zaman Tun Abdul Razak tetapi semacam nampak ‘perlahan’
pula pada zaman anakanda beliau, DS Mohd Najib. Pemerhatian aku begitulah…..
Telah ditekankannya berkali-kali pada ketika itu
bahawa jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Saudara ( dulu Dato’ Seri)
Anwar Ibrahim itu bukan sahaja bertindak ke atas penyelewengan yang berlaku
pada ketika itu tetapi juga segala penyelewengan yang dilakukan sebelum penubuhan jawatankuasa itu lagi. Ia meliputi penyiasatan terhadap laporan
mengenai kegiatan yang dianggap tidak mengikut prosedur yang dilakukan oleh
pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan, walaupun yang sudah bersara seperti Menteri
Besar dan wakil rakyat.
Pastinya ‘menggegarkan’ negara pada ketika itu.
Dan apakah mungkin disebabkan tindakannya yang sedemikian juga yang menyebabkan
beliau ‘terpelanting’ keluar dari kabinet Malaysia dan kerajaan? Itu bukan
tugas aku untuk menganalisisnya.
Untuk menunjukkan komitmen yang begitu tinggi
terhadap memerangi legiatan rasuah, beliau telah meminta BPR (Badan Pencegah
Rasuah) menyiasat kes bapanya sendiri yang dituduh menerima saham sebuah
syarikat yang dikatakan tidak mengikut prosedur tertentu. Disamping itu
disebabkan terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau yang
membabitkan pembinaan rumahnya yang dikatakan berharga satu juta ringgit, maka
beliau telah juga meminta pihak BPR menyiasat kes sedemikian.
Tindakannya yang sedemikian tentunya tidak pernah
berlaku dalam sejarah negara ini dimana seorang menteri rela disiasat mengenai
hartanya. Sudah tentulah tidak ada bukti yang menunjukkan berlakunya
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh beliau ataupun oleh
ayahanda beliau.
Malangnya usaha semurni ini tidak dapat
diteruskannya kerana beliau tidak lagi berada dalam kerajaan ketika itu.
Langkah sebegitu tentulah menguatkan keyakinan rakyat mengenai usaha
pembentukan kerajaan yang bersih dan menepati pula slogan pada ketika itu,
‘kepimpinan melalui teladan’. Malangnya usaha ini tidak dapat diteruskan kerana
tokoh yang sentiasa memperjuangkan pembenterasan rasuah sudah tidak berada
dalam kerajaan.
Malangnya nasib bangsa Melaysia….
Selaras dengan hasrat membentuk sebuah kerajaan
bersih, Ketua Pengarah BPR pada ketika, Tuan Haji Zulkifli Mahmood telah
mencadangkan ditubuhkan pasukan anti-rasuah di semua jabatan kerajaan untuk
mencegah kegiatan rasuah dan penyelewengan. Ketua Setiausaha Negara pada ketika
itu, Tan Sri sallehuddin Mohammed turut juga menggesa semua ketua jabatan agar
mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai yang melakukan penyelewengan dalam
tugas harian mereka dan hendaklah dilaksanakan tanpa ada perasaan takut dan
gentar.
Kewujudan sistem ‘ombudsman’ di negara ini pada
ketika itu adalah amat tepat sekali pada masanya.Dikatakan begitu kerana pada
ketika itulah negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi dengan kenaikan harga kebanyakan
bahan mentah. Disamping itu untuk menjadikan negara ini sebuah Negara
Perindustrian Baru (NIC) tentu tidak akan tercapai sekiranya ramai pegawai dan
Menteri yang terbabit dengan rasuah dan penyelewengan.
Dengan demikian kemunculan dan tampilnya Saudara
Anwar Ibrahim dalam memberikan kerjasama dalam memerangi rasuah di negara ini kini,
bukanlah merupakan perkara baru baginya. Itu merupakan agenda yang belum
selesai bagi beliau dan kehadiranya untuk membantu SPRM dalam menyelesaikan
kes-kes besar yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan merupakan
wira lama tampil semula.
Hanya gelanggang yang berlainan…
abuhassanadam
23 Januari 2015
No comments:
Post a Comment