UMNO (BN) MENERUSKAN BUDAYA MALAS ORANG
MELAYU
Aku ingin juga menyingkap peristiwa
sejarah.‘ The Malays were lazy’ kata R.O. Winstedt dan Maxwell (penjajah
British yang pernah menjajah Tanah Melayu). Berasa ‘panas’ juga apabila ada
bangsa lain mengatakan bahawa orang Melayu itu malas dan ‘easy-going’. Berasa
marah juga apabila mereka memperkatakan perkara yang buruk mengenai
bangsa aku. Sekiranya ada orang Melayu (tulin) yang tidak terasa dan
‘terhangat’ dengan kenyataan sedemikian, maka jelaslah bahawa ‘dia’ bukan orang
Melayu tulin. Bukan orang ‘Melayu’ yang emak bapaknya orang Melayu tulin. Bukan
orang ‘Melayu’ yang emak bapaknya keturunan sakai dan orang Darat. ‘Orang asli’
mengikut kata orang sekarang.
Mengikut pemerhatian R.O.
Winstedt, (seorang pentadbir dalam zaman penjajahan British ) itulah rupa
keadaan orang Melayu ketika beliau memulakan pentadbirannya di Tanah Melayu.
Dan juga semasa beliau menjalankan pentadbiran. Begitulah rupa orang Perak
ketika James birch mula menjalankan pentadbirannya di sana selepas
tertandatangannya Perjanjian Pangkor 1874. Begitulah juga rupa orang Pahang
ketika Dato Bahaman dan Mat Kilau menentang British. Dan begitu jugalah keadaan
orang Kelanatan, Terengganu ketika Abdullah Munshi mengembara ke Kelanatan dan
Terengganu.
Mahu pula aku meninjau dan
bertanyakan diri sendiri. Mengapa dan apakah puncanya orang Melayu malas? Sudah
banyak diperkatakan namun belum juga ‘selesai’. Masih mencari sebab dan
penyelesaiannya.
Dalam buku ‘Kisah pelayaran
Abdullah’ Abdullah Kadir Munshi ada
menulis begini, ‘ ……..Sekaian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan
ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang besar-besar. Maka adalah
fikiran mereka itu,’Apa guna rajin kita itu? Jikalau kita mendapat sedikit wang
atau makanan, nescaya diloba dan dirampas oleh orang besar itu’. Maka sebab
itulah tinggal mereka itu dalam miskin dan malas dalam sepanjang umurnya. Maka
tetaplah fikiran saya, inilah sebabnya negeri itu tiada boleh orang mendapat
kesentosaan dalamnya, kerana kurang baik pemerintahannya. Maka sekalian perkara
tersebut ini telah datang dari sebab kejahatan dan kebebalan raja-rajanya
sahaja.
Atau apakah petikan di bawah ini pula
yang turut juga melemah dan memalaskan orang Melayu?
Penjajah samada Portugis, Belanda
atau Brtish turut menyumbang ke arah kelemahan orang Melayu. ‘Hikayat Abdullah’
ada juga memaparkan tentang tindakan pegawai kolonial Belanda yang bernama Van
Goor. Katanya, “ Ia (Van Goor) itulah lintah yang meminum darah hamba Allah.
Maka adalah ia menaruh empat orang mata-mata. Maka sekalian mata-mata itu
seperti pacat melompat. Barang dimana bertemu manusia atau binatang, dihisapnya
darahnya, kerana ia segera hendak menjadi ular sawa……..Demikianlah halnya
segala hamba Allah kena aniaya pada zaman itu di Melaka.
Tetapi yang agak menarik juga ialah
kenyataan yang aku jumpa entah di mana yang mengatakan tentang kelemahan orang
Melayu. Kenyataan itu berbunyi begini,” I believe one of the reasons for the
lack of progress has got to do with the culture of the Malays. The Malays are
easily satisfied with what they have. They have no sense of urgency to upgrade
their lives or improve their well being.They will be gratefull at all times and
at any level of wealth. They will be grateful if they have only a dollar in
their bank account”
Jikalau dibandingkan orang Melayu awal Kurun ke
21 dengan orang Melayu awal Kurun ke 20 sememangnya orang Melayu kini sudah
boleh dikatakan hebat. Tidak ada siapa yang dapat menafikan. Itulah ukuran yang
selalunya digunakan oleh setengah pihak yang bertujuan untuk menggula-gulakan
orang Melayu. Untuk menyedapkan hati orang Melayu mendengarnya terutama
menjelangnya sesuatu pilihanraya. Supaya orang Melayu terus merasa ‘terhibur’
dan terus dapat ‘tidur lena’ mendengar pujian yang diberikan terhadap orang
Melayu.Dan yang peliknya terus ‘disebarkan’ dari mulut ke mulut walaupun mereka
sebenarnya dalam kesusahan.
Sifat orang Melayu yang sebegini sebenarnya sudah
berlarutan. Orang Melayu dalam keadaan menderita tetapi mereka akan menyembunyikan
derita mereka. Aku pun tak faham dan tidak dapat menganalisisnya mengapa orang
Melayu bersifat demikian. Mungkin mereka terlalu sabar agaknya sehingga dapat
menahan kesabaran mereka walaupun dalam suasana yang cukup perit.
Berbanding dengan kaum Cina (melalui pergaulan
dengan mereka di kampung) selalu aku perhatikan bahawa orang Cina khsusnya akan
mengeluh sekiranya mereka ‘tidak ada kerja’ tetapi orang Melayu akan mengeluh
sekiranya ‘mereka tidak ada duit’. Daripada dua senario ini dapat dilihat dua
kedaan budaya yang berbeza. Orang Cina berminat untuk bekerja tetapi orang
Melayu akan berehat sekiranya mereka ada duit. Sehinggalah wang yang ada dalam
simpanan kehabisan dan pada ketika itu barulah mereka akan mula bekerja. Ini
tidak pula bermakna bahawa itu merupakan amalan semua orang Melayu.
Kebanyakannya begitulah…..
Untuk memajukan orang Melayu, Pendeta Za’ba
memberikan petuanya, “Kita mesti berani menggodam, mengetuk, meruntuh, merobah
segala yang lapuk, memotong, membahru dengan yang lebih elok, mengikut panduan
sebenar-benar petunjuk, timbang sendiri tidak mengikut telunjuk”(Adnan Haji
Nawang” ZA”BA Patriot dan pendeta Melayu’.
Apakah pemberian BR1M merupakan salah satu resepi
untuk memajukan orang Melayu khususnya di Malaysia? Ataupun mungkinkah dengan
bantuan sedemikian dan bantuan-bantuan dan subsidi itu merupakan usaha UMNO
(BN) meneruskan budaya malas orang Melayu.
Mungkin agaknya……’Tepuk dada tanya selera’ kata
orang Melayu dulu-dulu. Tapi orang ‘modern’ kini mengatakan, ‘tepuk dada tanyalah
iman’. Pun aku tak tahu yang mana betul……
abuhassanadam
18 Januari 2015
No comments:
Post a Comment