ANDAIKAN RM 42 BILLION BENAR-BENAR LESAP…….
Sebagai
‘orang luar’ yang tidak tahu menahu tentang kisah IMDB dan Tabung Haji, aku
seperti orang kampung lain juga hanya mendengar ‘sayup-sayup’ tentang hal ini.
Ada yang mengatakan bahawa wang sebanyak itu telah lesap entah ke mana. Dan pihak
kerajaan pula terutamanya DS Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri
menyatakan bahawa rakyat tidak perlu risau. Dengan tegas beliau meyakinkan
rakyat bahawa IMDB masih ‘selamat’ dan ‘kukuh’ dari segi kemantapan
perniagaannya.
Rakyat
biasa yang tidak tahu menahu dengan jelas hanya mengharapkan sumber-sumber
tertenu untuk mengetahui kedudukan yang lebih jelas tentang IMDB, Tabung Haji,
KWSP, KWAP dll. Kononnya wang daripada tabung-tabung selain selain daripada
Tabung Haji juga telah digunakan untuk ‘menyelamatkan’ IMDB. Itu kata
sumber-sumber yang boleh dipercayai dan yang tidak boleh dipercayai.
Andaikata
benar dan betullah apa yang dikatakan oleh sumber yang boleh dipercayai itu
bahawa wang negara sebanyak RM 43 billion lesap dan hilang entah ke mana…………..
Apakah
‘tergamak’ DS Mohd Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan juga
sebagai Pengerusi IMDB melakukan perkara yang terkutuk itu? Apakah begitu
‘rela’ beliau membenarkan kegiatan ‘penyelewengan’ itu berlaku di hadapan
matanya tanpa mempedulikan kegiatan sedemikian berlaku. Dan dilaporkan tentang
adanya ‘orang kepercayaan’ DS Najib yang telah ‘berpesta’ dan berpoya-poya
menggunakan wang IMDB
( wang titik peluh rakyat Malaysia). Dan apakah DS
Najib sanggup memejamkan matanya melihat keadaan sedemikian berlaku.
Andaikata benar dan betullah apa yang dikatakan oleh
sumber yang boleh dipercayai itu bahawa wang negara sebanyak RM 43 billion
lesap dan hilang entah ke mana…………..
Apakah
sampai hati ahli Lembaga Pengarah IMDB yang terdiri dari golongan bijak pandai
membiarkan penyelewengan sedemikian berlaku di hadapan mata mereka?. Apakah
mereka tidak terfikir bahawa wang yang diselewengkan itu adalah merupakan wang
hasil titik peluh petani, nelayan, peneroka Felda, pesawah, penoreh getah yang
bekerja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Dan apakah para
golongan bijak pandai ini tidak ada rasa belas kasihan terhadap golongan yang
tertindas ini?. Apakah mereka tidak peka bahawa sehari pendapatan mereka boleh
menanggung sebulan keluarga petani di kampung. Apakah mereka sudah tidak lagi
memikirkan tentang kesengsaraan orang kampung disebabkan khayal dan ‘mimpi’
dengan berbagai kesenangan yang dikecapi.
Andaikata benar dan betullah apa yang dikatakan oleh
sumber yang boleh dipercayai itu bahawa wang negara sebanyak RM 43 billion
lesap dan hilang entah ke mana…………..
Apakah
para Menteri Kabinet tidak langsung tahu menahu tentang ‘rompakan’ yang
dilakukan oleh IMDB itu, yang pastinya berlaku dihadapan mata mereka. Apakah
‘rompakan’ ini dilakukan tanpa pengetahuan mereka dan hanya DS Najib seorang
sahaja yang bertanggungjawab terhadap ‘rompakan’ itu. Apakah betul anggapan
sedemikian. Sekiranya mereka tahu tentang ‘rompakan’ itu, mengapalah sanggup
mereka ‘memejamkan mata’ dan ‘memekakkan telinga’ merahsiakan tentang
penyelewengan sedemikian.
Apakah
para Menteri Kabinet ini juga telah sama-sama menerima habuan daripada ‘IMDB”
ini. Dan apabila berlaku pembelian tanah IMDB
oleh Tabung Haji, yang dianggap sebagai ‘tidak adil’, apakah tidak ada
langsung para menteri kabinet yang tahu tentang hal perjanjian jual beli itu.
Pasti ada pak Menteri yang tahu hal sedemikian. Dan sekiranya ada mengapa tidak
seorang pun yang berani menyatakan sesuatu yang benar secara ikhlas. Mengapa
hampir semuanya menganggukkan kepala, menyetujui pembelian berkenaan.
Amat
malang sekali kepada bangsa Malaysia mengenangkan hal yang sebegini berlaku
dihadapan mata. Ini yang dikatakan ‘harapkan pegar, tetapi pegar yang makan
padi’. Tentulah para menteri dan wakil rakyat (parlimen) diletakkan harapan
oleh rakyat terbanyak untuk memerhati dan memastikan wang negara dijaga dengan
selamat. Dan bukankah ‘tuan-tuan’ sekalian dipilih melalui pilihan raya oleh
rakyat.Dan setelah dipilih maka ‘tuan-tuan’lah yang diharapkan menjadi mata dan
telinga rakyat dan menentukan negara dan wang negara dijaga dengan betul.
Andaikata benar dan betullah apa yang dikatakan oleh
sumber yang boleh dipercayai itu bahawa wang negara sebanyak RM 43 billion
lesap dan hilang entah ke mana…………..
Apakah
sampai kini para pemimpin UMNO dan suku sakat UMNO tidak tahu yang wang itu
telah lesap. Berdasarkan kepada tindak tanduk suku sakat UMNO yang masih lagi
memberikan sokongan kepada kepimpinan menunjukkan bahawa mereka masih yakin
bahawa tidak ada wang yang diselewengkan dan perjalanan IMDB masih kukuh dan
mantap.
Walapun
telah diberikan penjelasan dan penerangan namum suku sakat UMNO masih percaya
bahawa tidak ada apa yang buruk yang berlaku kepada IMDB. Apakah mereka akan
terus berkelakuan sedemikian sehinggalah negara Malaysia menjadi sebuah negara
papa kedana dan menjadi ‘padang jarak padang terkukur’
Mungkin
agaknya pada ketika itu barulah suku-sakat UMNO itu akan sedar tentang nasib
yang menimpa. Pada ketika itu tidak ada maknanya lagi kerana ‘ nasi sudah
menjadi bubur’.
Andaikata
benar dan betullah apa yang dikatakan oleh sumber yang boleh dipercayai itu
bahawa wang negara sebanyak RM 43 billion lesap dan hilang entah ke mana…………..
abuhassanadam
23 Mei 2015
No comments:
Post a Comment