IMDB – TABUNG HAJI: PEMIMPIN UMNO PATUT
DIPERSALAHKAN JUGA
Dalam
keadaan kemelut IMDB-Tabung Haji dan kemelut lain yang melanda negara kini, kita
tentunya mencari punca yang menyebabkan keadaan jadi begini. Siapa yang
bersalah. Apakah faktor yang menyebabkan keadaan negara seteruk ini.
Amat
tidak adil rasanya aku terus ‘melompat’ meletakkan kesalahan kepada
‘suku-sakat’ UMNO yang punya angkara yang menyebabkan keadaan jadi begini. Dan
tentulah amat tidak adil sekiranya aku meletakkan kesalahan sedemikian kepada
seluruh ahli UMNO. Tidak. Aku tak kata begitu. Namun aku masih merasakan
sebahagian besar ‘suku-sakat’ UMNO harus dipersalahkan.
Mengapa aku berpendirian demikian?
Dalam hal IMDB misalnya. Rakyat Malaysia ‘pimpinan’
Tun Mahathir misalnya mempersoalkan tentang ‘kehilangan’ sejumlah wang negara
yang begitu besar. Tentunya masalah sedemikian ditujukan kepada DS Mohd Najib
Razak yang berperanan selaku Pengerusi IMDB dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
DS Najib tidak menjawab secara berkesan persoalan demikian tetapi sebaliknya
‘memanggil’ pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO dan Puteri UMNO negeri untuk
diberikan penjelasan dan selepas itu hampir seluruh pemimpin UMNO berkenaan memberikan
sokongan kepada DS Najib.
Persoalannya
ialah adakah pihak kepimpinan pemuda dan puteri UMNO sedar dan tahu
‘biji-buahnya’ isu yang berkaitan dengan IMDB. Ataupun apakah pemimpin pemuda
dan puteri itu memberikan sokongan membabi buta kepada Presiden tanpa perlu mempersoalkan
betul salahnya tindakan pengurusan IMDB. Ataupun mungkin kepimpinan Pemuda dan
Puteri sememangnya tahu tentang apa yang berlaku dalam pengrusan IMDB tetapi
mengambil sikap ‘terpaksa’ menyokong segala tindakan yang dilakukan oleh
Presiden. Apakah begitu sikap Pemuda dan Puteri UMNO?
Keadaan
dan sikap beginilah yang terpaksa diletakkan kesalahan kepada ‘suku-sakat’ UMNO
yang menyebabkan keadaan negara terjadi demikian.
Dan
kononnya DS Najib akan berjumpa pula dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO untuk
menerangkan tentang keadaan IMDB dan semestinya mengharapkan sokongan daripada
mereka pula. Mungkin. Pada pandangan aku tidak salah Presiden berjumpa dan
beramah mesra dan meminta sokongan daripada pengikut sekiranya apa yang
diperjuangkan adalah sesuatu yang menguntungkan bangsa dan negara. Memang
sepatutnya begitu amalannya.
Tetapi
soalnya ialah apakah pada pandangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara
ini segala tindakan yang dilakukan oleh pengurusan IMDB itu tepat dan
bersesuaian dengan hasrat untuk memajukan negara dan bangsa? Apakah pada
pandangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang akan menumpahkan taat setia kepada DS
Presiden nanti merasakan apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir mengenai
‘penyelewengan’ dalam IMDB itu salah belaka dan apa yang dilakukan oleh
pengurusan IMDB itu sebenarnya bertujuan untuk memajukan bangsa dan negara.
Tepuk dada tanya selera. Ada yang mengatakan, ‘tapuk
dada tanyalah iman..”
Kini telah timbul lagi satu isu yang bukan kepalang
yang membabitkan kehidupan orang Melayu yang beragama Islam ia itu mengenai
‘penyelewengan’ pengurusan Tabung Haji. Majority rakyat Malaysia, termasuk juga
yang bukan Islam mengutuk tindakan pengurusan Tabung Haji berkenaan kerana
bersikap tidak perihatinnya tindakan mereka terhadap golongan miskin di
kampung-kampung terutamanya. Malangnya tidak kedengaran suara dari ‘suku-sakat-
UMNO yang menentang perbuatan terkutuk itu. (Mungkin ada tetapi aku yang agak
‘pekak’ agaknya).
Malah pada peringkat awal krisis Tabung Haji ini, ada
Menteri (tentulah dari UMNO) yang mempertahankan tindakan Pengerusi dan pengurusan
Tabung Haji membeli tanah IMDB yang kononnya merupakan tindakan yang bijak. Dan
diikuti oleh beberapa orang ‘penganalisis politik’ (mungkin dari UMNO juga
agaknya) yang membuat satu penganalisaan seperti ‘menghalalkan’ pembelian tanah
IMDB itu walaupun dengan harga yang berlipat ganda mahalnya.
Kini
difahamkan lot tanah berkenaan akan dijualkan semula kepada pihak lain yang
kononnya sudah ada pembelinya. Tentulah timbul pula berbagai persoalan di
kepala aku. ( Orang bodoh seperti aku sentiasa menyoal soalan yang bodoh-bodoh
juga). Mengapa IMDB-Tabung Haji tidak membatalkan saja penjualan tanah
berkenaan dan pulangkan saja wang Tabung Haji berkenaan. Mengapa pula Tabung
Haji yang dipertanggungjawab seperti ‘mendokong biawak hidup’ mengambil alih
tanggungjawab IMDB. Mengapa?
Kemudian
telah ditegaskan oleh Pengerusinya dengan penuh keyakinan bahawa telah ada
pembeli yang sudah bersedia untuk
membelinya. Apakah begitu senang sekali mencari pembeli satu transaksi yang
bukan kecil nilainya. “Bodoh’ benar agaknya pembeli berkenaan yang sanggup
membeli harta yang jauh lebih mahal dari harga asalnya. Ataupun mungkin ada
‘tokoh’ di Malaysia kini yang sudah terlalu kaya dan menganggap pembelian
sedemikian seperti membeli sehelai baju di Petaling Street sahaja. Mungkin.
Apakah
Ketua-Ketua Bahagian UMNO tidak sedar dan perasan tentang hal sebegini. Mungkin
mereka sedar tetapi mungkin dianggap oleh mereka sebagai suatu perkara ‘biasa’
bagi mereka yang terdiri dari golongan yang hdiup mewah dan kaya raya.
Begitulah
agaknya.
abuhassanadam
10 Mei 2015
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKamisah,
ReplyDeleteKadang-kadang saya bertanya diri saya ia itu bilakah agaknya orang Melayu boleh berfikir secara rasional.
Pak Abu