TABUNG HAJI –WANG ‘KERINGAT’ DAN ‘AIR MATA’
Semalam
7 Mei 2015, aku terbaca berita bersumberkan Astro Awani menayatakan, ‘Baru-baru ini, laman blog The Benchmark serta beberapa blog
lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan Tabung Haji telah
membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta,
menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya
wang kerajaan. Blog itu juga
mendakwa ‘orang dalam’ Tabung Haji mengesahkan bahawa satu perjanjian 'fast
track' telah dibuat di mana ia mendapat kelulusan menteri dalam masa kurang dua
minggu dan wang pembelian perlu dibayar kepada 1MDB secara penuh”Astro Awani 7
Mei 2015
Dalam
sumber berita yang sama Pengerusi Lembaga Tabung Haji
(LTH), Datuk Seri Azeez Rahim telah menafikan penjualan tersebut sebagaimana
yang dilaporkan oleh Astro Awani,
‘semalam, Azeez menerusi akaun Twitternya telah
pun menafikan dakwaan tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa Tabung Haji
akan mengeluarkan kenyataan mereka secepat mungkin’
Dan ekoran
daripada itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,
Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan hari ini mengesahkan telah membeli
tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di TRX.
Namun, Johan dalam kenyataannya menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam beberapa blog. (Astro Awani 7 Mei 2015)
Namun, Johan dalam kenyataannya menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam beberapa blog. (Astro Awani 7 Mei 2015)
Dan akhirnya
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa
meminta maaf di atas penafian beliau terhadap pendedahan berhubung pembelian
tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur itu."Ya,
maaf di atas kesilapan komunikasi. Tidak benar mengenai RM722 juta untuk
membeli dua bidang... itu yang saya nafikan," kata Abdul Azeez menerusi
laman mikro Twitternya. (Astro Awani 7 Mei 2015)
Salah
seorang menteri kabinet DS Najib mengatakan pula bahawa pembelian sebidang
tanah IMDB oleh Tabung Haji bukannya ‘bailout’ tetapai sebenarnya ‘investment’.
Aku tak faham kedua-dua konsep ini. “Bailout’ pun aku tak faham dan
‘investment’ juga aku tak faham. Dan tidak pun aku berhasrat untuk
membincangkan kedua-dua konsep ini.
Rata-rata
orang Melayu menyimpan di Tabung Haji, terutama orang Melayu di kampung-kampung.
Yang aku musykilkan ialah mengapa diambil duit Tabung Haji untuk ‘tanaman
modal’ membeli tanah milik IMDB. Aku tidaklah sejahil mana sehingga menentang
tanaman modal yang dibuat oleh Tabung Haji. Aku tahu juga yang Tabung Haji
menjalankan perniagaan untuk memberikan pulangan kepada penyimpan-penyimpannya.
Aku difahamkan bahawa Tabung Haji terpaksa membayar harga yang berpuluh kali ganda untuk mendapatka tanah IMDB itu. Difahamkan bahawa harga asal tanah
berkenaan adalah disekitar RM 70 tiap-tiap satu kaki persegi dan dijualkan
kepada Tabung Haji dengan harga RM 2779.(Maaf, sekiranya aku tersilap
menyatakan angka-angka berkenaan).
Aku
mungkin setuju dengan pandangan rakyat miskin di Malaysia kini yang rata-rata
mempersoalkan tentang kewajaran Tabung Haji membeli lot tanah IMDB yang begitu
mahal sekali. Amat menyedihkan apabila melihatkan perbandingan angka ini.
Nampak sangat pihak pemerintah mementingkan IMDB berbanding dengan Tabung
Haji yang ‘dihidupkan’ oleh orang kampung yang miskin, yang bercita-cita
menggunakan Tabung Haji sebagai tempat menabung dengan penuh harapan akan dapat
menunaikan Haji pada suatu ketika nanti. Sepatutnya Tabung Hajilah yang
diberikan keutamaan membeli hartanah dengan harga yang diberikan kepada IMDB
itu. Mengapakah pihak-pihak tertentu yang menguruskan urusan jual beli ini
langsung tidak ‘berhati perut’ sehingga sanggup membutakan hati dan langsung
tidak memandang akan kesusahan yang dideritai oleh orang kampung yang menabung
dalam Tabung Haji ini.
Dan tentunya Prof Diraja Ungku Aziz menitiskan air
mata mengenangkan hal bagaimana pengurusan Tabung Haji kini sudah tidak ada
langsung perasaan belas terhadap derita orang kampung yang merupakan penyimpan
taat dalam Tabung Haji. Bukan salah Tabung Haji terlibat dalam perniagaan
bersesuaian denga perkembangan masa dan zaman yang kita lalui, tetapi
keterlibatan dalam perniagaan yang meragukan (seperti IMDB ) tentulah merunsingkan
juga ramai penyimpan Tabung Haji kini sebagaimana yang sentiasa dipersoalkan
oleh Tun Mahathir.
Masih
terbayang dimataku bagaimana ibu bapa di kampung berjimat dan sentiasa berusaha
menambahkan pendapatan demi untuk menyimpan di Tabung Haji yang matlamat
akhirnya untuk menunaikan Haji ke Makkah. Kebanyakan ibu bapa miskin di kampung
tidak membelanjakan wang bulanan yang diberikan oleh anak-anak mereka yang
makan gaji di bandar, tetapi sebaliknya mereka menyimpan dan terus menyimpan di
Tabung Haji sehingga berjaya mereka menunaikan haji ke Makkah.
Kini masih ramai lagi orang kampung aku yang
menyimpan secara berdiikit-dikit di Tabung Haji. Dengan lebihan yang tidak
seberapa hasil daripada penjualan buah-buahan, mereka simpan wang mereka di
Tabung Haji. Hasil daripada penjualan hasil ternakan seperti ayam, kambing atau
kerbau, mereka simpan wang mereka di Tabung Haji.
Apakah pihak pengurusan Tabung Haji tidak langsung
terkenangkan nasib dan derita orang kampung yang mengalirkan keringat dan air
mata untuk menyimpan di Tabung Haji yang matlamat akhirnya ia itu menunaikan
haji. Apakah pihak kerajaan juga sama bersekongkol dan ‘mengiakan’ tindakan pihak
pengurusan Tabung Haji yang bersikap sedemikian. Apakah pada pandangan pihak
kerajaan bahawa rakyat luar bandar yang menyimpan dalam Tabung Haji itu hanya
berguna apabila waktu datangnya pilihan raya sahaja.
Apakah begitu?.....
abuhassanadam
8 Mei 2015
Terima kasih pak abu saya rasa sgt sedih, kecewa, apabila membaca tulisan pak abu ini. Spt pak abu saya boleh bayangkan usaha gigih penabung TH cari duit dikg utk simpan dgn harapan ke Mekah tapi ini yg berlaku, saya juga penyimpan dlm TH dan berita ini amat mengejutkan tapi apa yg boleh dibuat? Hanya berdoa kpd Allah sahaja
ReplyDeleteTerima kasih pak abu saya rasa sgt sedih, kecewa, apabila membaca tulisan pak abu ini. Spt pak abu saya boleh bayangkan usaha gigih penabung TH cari duit dikg utk simpan dgn harapan ke Mekah tapi ini yg berlaku, saya juga penyimpan dlm TH dan berita ini amat mengejutkan tapi apa yg boleh dibuat? Hanya berdoa kpd Allah sahaja
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima Kasih Pak Abu, Tulisan yang menyentuh hati bagi yang ada keprihatinan terhadap derita orang miskin yang berdikit-dikit untuk melayakkan diri menjadi tetamu Allah tetapi malangnya ada manusia yang dipinjamkan oleh Allah kekuasaan dan kedudukan membuat khianat terhadap mereka. Semoga Allah memberika mereka keinsafan. Saya memohon izin untuk menyalin dan membuat kiriman ke blog saya.
ReplyDelete