PEMIMPIN MALAYSIA TAK TAHU MALU
Walaupun
tidak semua begitu tetapi kebanyakannya begitulah. Aku merasa begitu malu
apabila ada rakan-rakan dari luar negara bertanyakan ‘ apa sudah jadi’ dengan
negara Malaysia.
Melalui
majalah, akhbar dan media sosial yang lain rakan dari negara luar membaca
berita buruk tentang Malaysia. Sememangnya negara kita sudah cukup ‘popular’ di
mata dunia kini tentang kisah buruknya. Berbagai perkara yang dilakukan oleh
pemimpin kita yang sememangnya mengaibkan bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia
pernah ‘dinasihatkan’ supaya jangan mempercayai apa yang tertulis dalam majalah
dan akhbar luar negara kerana konononya sememangnya akhbar dan majalah
berkenaan sengaja berusaha untuk merosakkan dan memusnahkan negara kita. Tetapi
lama kelamaan rakyat mula berfikir pula,’ jikalau tidak ada angin takkanlah
pokok bergoyang’.
Pemimpin
kita sudah menjadi bahan ketawa di luar negara. Berbagai isu yang boleh
dijadikan oleh mereka sebagai bahan untuk ‘menghiburkan’ mereka tetapi amat
mengaibkan ‘pendengar’ seperti aku yang merupakan rakyat dari negara ini.
Mereka sudah menyamakan keadaan negara kita seperti negara Zimbabwe di Afrika
dan bebrapa buah negara lain yang keadaan negara mereka adalah lebih kurang
‘sama waktu dengan kita’.
Negara
kita kini agak ‘malang’ disebabkan oleh ketiadaan negara di Asia kini yang
‘sama taraf’nya dengan negara kita. Hampir kesemua negara di Asia Tenggara
sedang bergerak maju walau dari segi apa pun. Dulu ada negara Filipina. Ketika
dibawah pentadbiran Presiden Marcos dan isterinya, negara berkenaan menjadi
bahan ketawa penduduk dunia disebabkan pentadbiran Marcos yang bersifat
kediktatoran dan keborosannya. Lantas dunia menumpukan perhatian kepada
Filipina. Kini sudah tidak ada negara di Asia yang seolah-olah boleh menandingi
‘kehebatan’ negara kita Malaysia.
Yang
menyedihkan aku ialah tentang nasib malang yang menimpa negara kita. Sebenarnya
bangsa Malaysia sudah hampir-hampir menjadi bangsa yang agung yang boleh
dihormati oleh bangsa-bangsa di dunia. Tahun-tahun 1990an ketika di bawah
pemerintahan DS Dr Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim negara keita sudah hampir
ke mercu kejayaan setanding dengan negara-negara maju lain di Asia seperti
Korea, Hong Kong, Taiwan, Singapura dll. Malah ke mana saja kita pergi di dunia
ini, kita sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat negara luar. Bukan itu saja,
mereka juga memuji-muji kejayaan dan kehebatan negara Malaysia dan pemimpinnya.
Kini
kedudukan kewangan negara kita berada dalam keadaan yang agak tidak selamat.
Aku bukan ahli ekonomi untuk membincangkan hal berkenaan. Tetapi aku hanya
‘pandai’ mengukur keadaan sedemikian beradasarkan tukaran wang yang aku lakukan
ketika berurusan di luar negara. Aku masih ingat bagaimana Ringgit Malaysia
merupakan antara matawang yang agak kukuh di rantau ini. Ringgit Malaysia tidak
‘diragui’ dimana-mana negara kita lawati. Seingat aku hanya kita ‘tewas’
berbanding dengan Singapura dan Brunei dan Ringgit kita kukuh berbanding dengan
Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam. Kini negara-negara berkenaan memandang
‘sebelah mata’ sahaja kepada kedudukan Ringgit Malaysia.
Sebagai
rakyat Malaysia aku merasa cukup malu diperlakukan begitu. Namun apakan daya
kerana ramai pemimpin kita tidak tahu malu dengan keadaan yang kita alami kini.
Orang
Melayu (seperti aku) sudah tidak dihormati oleh bangsa lain disebabkan oleh
kebanyakan pemimpin Melayu yang tidak tahu malu. Pemimpin Melayu sendiri yang
mengaibkan bangsa Melayu. Dan jikalau diperhalusi, apakah agaknya kualiti (yang
masih ada) pada bangsa Melayu atau
pemimpin Melayu di negara ini yang membolehkan orang lain menghormati kita.
Maksud aku apakah kualiti terpuji yang boleh menarik minat bangsa lain untuk
memandang tinggi kepada orang Melayu atau pemimpin Melayu.
Memang
ada kualiti terpuji itu tetapi semacam sudah tidak diamalkan sepertimana
bangsa-bangsa Asia lain. Bangsa Jepun dan Korea misalnya masih berpegang teguh
kepada nilai ‘kebertanggung-jawaban’ yang tinggi. Dunia menghormati bangsa
Jepun disebabkan memiliki nilai sebegini. Pemimpinnya sedia mengundur diri dan
meletak jawatan sekiranya berlaku sesuatu keadaan buruk dibawah kepimpinannya
walaupun bukan dia yang melakukannya. Tidak perlu dikemukakan contoh-contoh.
Terlau banyak contoh untuk dipaparkan. Maknanya mereka tahu malu…..
Melihatkan
keadaan di negara kita kini seolah-olah sudah wujud keadaan ‘tak tahu malu’
yang agak menyeluruh dikalangan pemimpin kita, samada di peringkat tinggi
ataupun pemimpin peringkat bawahan. Semacam sudah tidak ada lagi perasaan
takut, segan dan silu untuk melakukan sesuatu kesalahan. Seolah-olah sudah
wujud tindakan ‘yang beraja di hati dan bersultan dimata’
Mungkin
disebabkan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin itu yang menyebabkan
mereka melupakan perasaan malu dan aib itu. Mereka merasakan bahwa tidak ada
siapa yang boleh melarang dan bertindak terhadap apa yang dilakukannya. Mereka
sentiasa merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh mereka itu betul belaka.
Apatah lagi dikelilingi oleh penyokong yang juga berperangai sedemikian, tak
tahu malu.
Apakah
perasaan ‘tak tahu malu’ ini akan terus menerus menguasai pemimpin Malaysia
khususnya pemimpin Melayu?
abuhassanadam
4 Mei 2015
Sudah terang, tak perlu pakai lampu suluh..kemerosotan ekonomi,pendidikan, badan kehakiman, telah dirosakkan oleh bangsa melayu sendiri.
ReplyDeletePecat Umno, Malaysia dan bangsa melayu akan maju.
Melayu sendiri yang merosakkan,melalaikan bangsa melayu dengan beribu-ribu hiburan dan gelak Ketawa terlampau.
ReplyDelete