BUDAYA ‘TAK BOLEH BERTANYA’ SEDANG MEREBAK DI MALAYSIA
Sebenarnya budaya
‘tak boleh bertanya’ sudah lama merebak dikalangan orang Melayu semenjak zaman
dahulu lagi. Aku tak tahu pula samada budaya ini diamalkan juga oleh
bangsa-bangsa lain. Tetapi yang nampak jelasnya amalan sebegini berleluasa
diamalkan oleh orang Melayu.
Jiwa dan naluri
ingin tahu kanak-kanak Melayu misalnya sering ‘mati’ di separuh jalan
disebabkan ‘dibunuh’ oleh anggota masyarakat yang mengamalkan bdaya ‘tak boleh
bertanya’. Rata-rata masyarakat Melayu tidak menggalakkan ‘anak-anak’ untuk
menanyakan sesuatu. Apabila belajar agama misalnya pernah dketemui guru-guru
agama akan mengeluarkan ‘fatwa’nya menyatakan, ‘guru agama jangan
disoal…berdosa’ Maka tidak adalah lagi soalan yang ingin disoalkan kepada
‘anak-anak’ kerana takut ‘dosa’ sebagaimana yang disarankan oleh “Ustaz’
berkenaan.
Sehingga kini
masih diamalkan oleh sebahagian besar guru-guru agama yang mengamalkan budaya’
tak boleh bertanya’ itu. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada ‘pelajar-pelajar’
untuk bertanyakan sesuatu. Dan sekiranya dibenarkan bertanya dan jawapan yang
diterima pula kadang-kadang amat menyedihkan. Misalnya ada Ustaz yang memulakan
jawapanya dengan mengatakan, ‘ soalan sedemikian sepatutnya tidak diajukan yang
berkemungkinan si penyoal terkeluar daripada akidah Islam…..”. Justeru jawapan
sedemikian sudah boleh ‘menutup’ hati dan perasaan yang menyoal agar tidak
meneruskan lagi soalan-soalan walaupun dalam benak penuh dengan soalan-soalan
yang masih belum berjawab.
Rupa-rupanya keadaan sepertimana yang digambarkan di atas masih
lagi berlaku pada Kurun ke21. Sekiranya betul apa yang tertulis dan dilaporkan
oleh Malaysiakini bertarikh 29 Mei 2015 dengan tajuk ‘Banyak bertanya, Jabatan
agama dakwa’ maka itu merupakan sejarah hitam dalam perkembangan agama Islam di
negara ini.
Malaysiakini melaporkan,’ 'Pencarian' seorang
lelaki untuk mendalami Islam membawanya ke tempat yang tidak pernah diingininya
- masalah.Wan Sulaiman Wan Ismail, 54, dari Perak, sebelum ini membangkitkan
persoalan mengenai perbezaan antara apa yang tertulis dalam al-Quran dengan
amalan Muslim.Antara tempat yang dituju untuk mencari jawapan ialah pejabat
Mufti Perak.
"Saya menganggap mereka sebagai guru. Sebab itu saya pergi ke sana untuk bertanya dan mendapatkan nasihat.Bagaimanapun mereka cuma memberitahu saya supaya ikut saja apa yang mereka kata," jelas Wan Sulaiman dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini” Malaysiakini 29 Mei 2015

Sekiranya betul sebagaimana yang
dilaporkan maka bolehlah dikatakan bahawa jabatan Jabatan Agama Islam Perak
(JAIPP) sedang ‘sakit tenat’. Dan turut ‘tenat’ juga ialah Mufti Perak.
Berdasarkan kepada laporan yang dilaporkan seolah-olah mengemukakan soalan
berkaitan dengan prisnsip agama Islam merupakan suatu kesalahan. Tentulah Islam
tidak mengajar begitu. Aku yakin bahawa bahawa Nabi Muhammad sememangnya
menggalakkan umat Islam supaya bertanya dan menyelesaikan masalah-masalah yang
terpendam dalam jiwa.
Awal Kurun ke 20, isu sebegini
pernah juga dibangkitkan oleh Pendeta Za’ba dalam buku “Za’ba Patriot dan
Pendeta Melayu’ karangan Adnan Haji Nawang. “Za’ba menyedari bahawa Islam sudah
menjadi sebati dengan Melayu tetapi ia juga merasakan bahawa bangsa Melayu
tidak mengikut ‘ajaran Islam yang sebenar’ berdasarkan al_quran dan Hadis yang
sahih. Faktor ini dikatakan menjadi punca kepada kelemahan masyarkat Islam
bukan sahaja di Tanah Melayu,malah di seluruh dunia Islam. Dalam hubungan ini,
Za’ba lebih cenderung menyalahkan fahaman konservatif yang dikatakan tersalur
melalui institusi formal dan ajaran oleh ulama Kaum Tua.
Itu pandangan Pendeta Za’ba yang
diluahkannya disekitar tahun-tahun 1920an.Dan malangnya suasana seperti yang
digambarkan oleh Za’ba itu masih berlaku. Amat malang sekali kepada orang
Melayu. Dan Pendeta Za’ba mengatakan, Faktor ini dikatakan menjadi punca kepada
kelemahan masyarkat Islam bukan sahaja di Tanah Melayu,malah di seluruh dunia
Islam” Pandangan sedemikian harus direnung dan ditilik sedalam-dalammnya oleh
golongan peneraju agama Islam di Malaysia yang merasakan diri mereka ‘serba
pandai dan serba tahu’ itu.
Itu berkaitan dengan agama Islam.
Namun begitu dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkara lain juga rakyat tidak
digalakkan bertanya. Dan sekiranya ada pihak yang berani bertanya pula, maka
tidak ada jawapan yang diberikan. Dan sekiranya ada jawapan yang diberikan,
maka jawapan itu adalah berkaitan dengan isu lain yang dicipta sendiri.
Rakayat Malaysia masih lagi
tertanya-tanya tentang banyak perkara mengenai IMDB, Tabung Haji dan GST.
Banyak sangat soalan yang belum dijawab dan kalaupun sudah ada jawapan telah
menimbulkan lebih banyak soalan. Dan masih belum berjawab. Walaupun ada
pengakuan tetapi kadang-kadang hanya merupakan pengakuan sebagai jawapan ‘melepaskan
batuk di tangga sahaja’.
abuhassanadam
30
Mei 2015
Dari satu sudut kita boleh lihat yg Quran menganjurkan 'baca', tidak pula dituntut membaca dengan kritis yg akan memotivasikan untuk bertanya. Jadi terima saja dan jangan banyak soal da.
ReplyDeletePastinya semasa era hidupnya Nabi Muhamad, belum ada dokumentasi hadis yg mana dilaporkan pendokumentasian hadis muncul sekitar 20 tahun selepas wafatnya Nabi. Jadi asalnya panduan berwibawa terhadap agama Islam adalah Quran. Kini pada zaman abad 21ada beberapa insan meskipun jumlahnya kecil yg mahu bertanya agar ikutan agama itu harus berpandu pada Quran dan timbul persoalan yg benarke hadis yg pandai2 menentukan sesuatu dokrin itu seperti dua kali syahadat malah ada banyak perkara lain yg diperkatakan sedangkan tiada pula dengan jelas dikatakan oleh Quran. Apabila pertanyaan seperti ini dilontarkan pada golongan agamawan seperti mufti, pak imam, ustaz atau kpd jabatan agama sendiri, mereka tiada jawapan yg memuaskan maka jalan mudah untuk yg bertanya adalah memperlekehkan yg bertanya dan memberi isyarat bahawa soalan2 seperti itu boleh menggoncang aqidah nya atau boleh mengelirukan umat Islam yg lain.
Walhasil masyarakat Islam tak digalakan bertanya dan untuk selamat jangan banyak soal atau berfikir, telan saja apa yg diajar oleh agamawan yg entah dari mana mendapat authority yg ajaranya adalah diredahi Allah

Saudara Ramly,
ReplyDeleteTerimakasih. Sampai bilakah agaknya keadaan sebegini berakhir?
Pak Abu
Wan Sulaiman nak tanya betul2 tak apalah, tapi kalau sengaja tak tanya sesuatu yg membolehkan dia elak hukum, itu bangang namanya.Orang engineer yang nak belajar agama main 'celup-celup' je, inilah masalah orang jahil yg rasa dirinya bagus....memang Allah terus tutup pintu hati dan mata hatinya
ReplyDeleteWan Sulaiman nak tanya betul2 tak apalah, tapi kalau sengaja tak tanya sesuatu yg membolehkan dia elak hukum, itu bangang namanya.Orang engineer yang nak belajar agama main 'celup-celup' je, inilah masalah orang jahil yg rasa dirinya bagus....memang Allah terus tutup pintu hati dan mata hatinya
ReplyDelete