TUN MAHATHIR KATA DS NAJIB BERBOHONG
Melalui Blognya Dr.Mahathir Mohamad, Tun Mahathir
menyatakan,’Amatlah menyedihkan apabila saya dapati
saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam
kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan
disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada
soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali…..Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB
yang dibawa balik…..Kedua, tidak ada wang
tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.”
Tuduhan
Tun Mahathir yang sebegini pastinya amat menyedih dan memilukan perasaan rakyat
Malaysia. Apa tidaknya. Seorang pemimpin negara, berjawatan Perdana Menteri
telah dituduh berbohong dan menipu rakyat Malaysia oleh bekas erdana Menteri melalui
jawpan parlimen yang disampaikannya. Rakyat mana yang tidak sedih mengenangkan
hal sebegini yang dirasakan amat tidak patut seorang pemimpin negara berbuat
sedemikian. Apalah agaknya kredibiliti yang tinggal kepada seorang Perdana
Menteri jika beliau dituduh berbohong dan tidak bercakap betul. Rakyat past
akan mengatakan bahawa, ‘jika guru kencing berdiri, maka pastinya anak murid
kencing berlari’ Dan ‘jangan diharaplah ibu ketam untuk menyuruh anaknya
berjalan betul, sekiranya perjalanan ‘si ibu’ pun juga senget (tidak betul).
Ekoran
daripada tuduhan sedemikian maka Kementerian Kewngan pula telah mengeluarkan
satu kenyataan mengatakan bahawa DS Najib tidak berbohong. "Kementerian
Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar
tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan
selaras dengan tuntutan urusan Parlimen…….Tindakan Kementerian Kewangan meminda
jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong
mengenai perkara tersebut……Lantas,
dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib
yang juga menteri kewangan telah berbohong adalah tidak wajar,"
Malaysiakini, 25 Mei 2015
Ada
pihak tertentu yang akan menentukan berbohong tidaknya kenyataan DS Najib itu.
Katakanlah jawapan asal DS Najib yang disampaikan di parlimen pada 10 Mac 2015
itu sebagai kenyataan yang tidak betul dan perlu dipinda sekarang, tentulah
ramai yang bertanya pula mengapakah Kementerian Kewangan tidak berhati-hati
dalam mengeluarkan kenyataan yanga amat penting itu. Isu yang berkaitan dengan
IMDB adalah merupakan ‘isu hidup-mati’ yang sedang diperkatakan kini. Dan
seharusnya para pegawai di kementerian Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di
atas tindakan yang mereka lakukan.
Dan
semacam bukanlah DS Najib seorang yang patut dipersalahkan. Segala jawapan
parlimen biasanya disediakan oleh para pegawai di kementerian tertentu. Dalam
hal isu IMDB ini tentulah Kementerian Kewangan yang bertanggungajwab
menyediakan jawapannya. Apabila timbul keadaan yang sebegini, tentulah nampak
jelas kecuaian dipihak kementerian berkenaan. Bukan sahaja pegawai yang
menyediakan jawapan itu yang patut dikenakan tindakan, tetapi Ketua Setiausaha Kementerian
Kewangan juga tidak harus terlepas daripada tindakan tatatertib. Beliau
seharusnya tahu dan peka dengan apa yang dilakukan oleh anak buahnya kerana ini
merupakan isu besar yang membabitkan maruah dan martabat negara.
Dan rakyat pasti juga mempersoalkan
tentang peranan Menteri Kewangan Kedua, Timbalan Menteri Kewangan dalam hal
menyemak dan ‘meluluskan’ jawapan di
parlimen. Dan akhirnya tentulah DS Mohd Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana
Menteri sendiri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab berkenaan. Walau
apa pun alasan diberi dan dikemukakan maka jelasnya semua pihak di Kementerian
Kewangan dianggap bertanggungjawab.
Jikalau mengikut Tun Mahathir, “Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai
yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan
1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di
Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang
dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar.
Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang
jenayah Seksyen 218”
Dengan
pendedahan ini, tentulah rakyat Malaysia merasa amat sedih dengan tindakan
sedemikian. Sedih disebabkan sudah ‘terlalu jauh’ rupanya tindakan para
pemegang amanah negara menyimpang daripada harapan dan hasrat rakyat. Rakyat
Malaysia telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada para pemimpin
negara untuk menerajui negara ini dan membawa kemajuan yang sepatutnya
dibanggakan agar kita tidak ketinggalan berbanding dengan pencapaian
negara-negara lain. Rakyat menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada
pemimpin yang diharapkan tidak akan mengecewakan harapan rakyat, terutamanya
rakyat miskin luar bandar.
Rupa-rupanya ‘harapkan pagar, pagar makan
padi’
abuhassanadam
25 Mei 2015
No comments:
Post a Comment