Tuesday, May 5, 2015

GST SEMEMANGNYA MENYUSAHKAN RAKYAT

Mengenai GST YB Hassan Malek selaku Menteri berkaitan menyatakan,’ "(GST) is a wise decision by the government and the rakyat have started to accept it. The polls will be a test to see whether they support or reject it" petikan dari akhbar The Sun.

            Maknanya menteri berkenaan menyatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan yang cukup waras tentang pengenalan GST. Tetapi sekiranya diperhalusi sebenarnya GST banyak yang menyusahkan rakyat dan tinjaulah dari sudut mana sekalipun, GST pasti tidak menguntungkan rakyat. Walaupun berbagai hujah dan rasional dikemukakan oleh kerajaan berkaitan dengan pengenalan GST, ia tetap membebankan. Sekurang-kurangnya telah menyebabkan harga barang naik.

            Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin nampak sedikit rasional apabila memperkatakan tentang GST. Nampak semacam beliau memahami tentang perasaan rakyat yang kurang senang dengan pengenalan GST ini. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, “Ealier in his speech, Muhyiddin said he  supports GST, but would not argue the issue with the audiences as he understand some of them are angry about it” Malaysiakini 4 Mei 2015.

            Terdapat juga percanggahan pendapat antara Timbalan Perdana Menteri dengan YB Hassan Malek berkaitan dengan GST yang mengikut menteri berkenaan boleh dijadikan kayu ukur keputusan PRK di Rompin dan Permatang Pauh. TS Muhyiddin Yassin menyanggah dengan keras saranan demikian. Katanya,"If we win here (Rompin), we can't say the people has endorsed GST, I don't want to be make such interpretation, this is not an accurate interpretation.If you asked this in Permatang Pauh (by-election), there is a different answer, so I don't think this is measure that is accurate," Malaysiakini 4 Mei 2015.

            Inilah peluang keemasan bagi rakyat kawasan Permatang Pauh dan Rompin menyatakan hasrat dan perasaan mereka terhadap tindakan kerajaan mengenakan GST. Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Tun Mahathir bahawa,"Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi….Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya sebagaimana dipetik oleh Malaysian Insider bertarikh 11 Mac 2015.

Sebenarnya PRK Permatang pauh dan PRK Rompin menguji kecerdikan pihak pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan samada mereka sudah betul-betul memahami apa yang dimaksudkan dengan pilihan raya itu sendiri. Maksud aku kedua-dua PRK ini dapat menunjukkan sejauh mana masyarakat dan pengundi di kedua-dua kawasan ini memahami erti pilihan raya dan apa sebenarnya kriteria yang digunakan untuk memilih calon. Rakyat Malaysia pastinya akan menilai taraf pemikiran pengundi di kedua-dua kawasan ini nanti berdasarkan keputusan PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

            Aku perhatikan di kebanyakan tempat kempen di PRK Permatang Pauh misalnya, perayu undi sering menyoalkan soalan yang agak serupa ia itu, ‘apakah yang telah dilakukan oleh Saudara Anwar Ibrahim ketika menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan’. Sebagai pembangkang tentulah Saudara Anwar tidak dapat menyediakan projek pembangunan seperti yang dapat dilakukan oleh pihak pemerintah. Namun mereka lupa bahawa sumbangan Saudara Anwar dalam memberikan pandangan dan fikirannya di parlimen sebagai Ketua Pembangkang tentulah tidak ternilai harganya. Itulah sebenar-benar sumbangan seorang ahli parlimen pembangkang, membetulkan apa saja tindakan kerajaan yang dirasakan tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

            Pihak pembangkang khususnya YB Rafizi Ramli dan YB Tony Pua telah ‘berbuih’ mulut mempersoalkan tentang IMDB dan GST. Malah lama sebelum isu berkenaan dibangkitkan oleh Tun Mahathir wakil parlimen pembangkang telah ‘bersepak-terajang’ di parlimen membangkitkan isu yang pastinya menyusahkan rakyat itu. Inilah sumbangan dan inilah tugas seoranag wakil parlimen pembangkang, ia itu memastikan apa saja dasar yang dijalankan oleh kerajaan agar tidak membebabnkan rakyat.

            GST membebankan rakyat. GST amat menyusahkan rakyat. Lantas perlu ditentang habis-habisan. Wakil rakyat pembangkang hanya boleh ‘memekik dan melolong’ di parlimen dan kadang-kadang pihak pemerintah hanya memekakkan telinga apabila dibangkitkan isu sebegini di parlimen. Seolah-olah pihak pemerintah tidak langsung mahu mendengar rintihan rakyat, terutama rakyat miskin di bandar dan luar bandar. Kadang-kadang kelihatan seolah-olah mereka semacam tidak peduli langsung hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

            Dan tugas pengundi di Permatang Pauh dan Rompinlah untuk memberikan isyarat kepada kerajaan yang memerintah yang rakyat di luar bandar amat menderita terutama apabila GST mula diperkenalkan. Para pengundi di PRK inilah yang boleh menyedarkan pihak pemerintah tentang perasaan rakyat terbanyak di negara ini. Tugas pengundi di PRK Permatang Pauh dan Rompin amatlah berat. Anda adalah wakil rakyat Malaysia yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa Malaysia tercinta.

            Selamat mengundi dan undilah dengan bijaksana untuk kepentingan bangsa dan negara.

abuhassanadam
5 Mei 2015


1 comment:

  1. Harap-harap, pengundi di kedua tempat..mereka sudah memiliki pemikiran gred kelas pertama dan ke-2.

    Buangkan pemikiran seperti negara kelas ke-3

    ReplyDelete