UMNO KEHILANGAN ARAH
Aku semacam bersetuju pula dengan kenyataan KJ (
Saudara Khairi Jamaluddin) apabila beliau mengatakan bahawa UMNO semacam
kehilangan arah. Orang putih kata ‘neither here nor there’. Orang Perak kata, ‘
tak tentu ketahuan, ke hulu ke hilir tak tentu tujuan’.
Sesebuah pertubuhan samada pertubuhan politik
ataupun pertubuhan sosial banyak bergantung kepada kepimpinan sesuah
oraganisasi itu. Terpulanglah kepada pemimpinnya untuk menentukan hala tuju
parti berkenaan. Dengan sebab itulah seseorang pemimpin itu mesti (bukan
seharusnya) mempunyai ‘tulang belakang’ yang cukup kuat, mempunyai perjuangan
yang tidak boleh dilentur. Harus tegas dan kemas dalam melaksanakan prinsip
yang diperjuangkan.
Dalam hal pepimpinan UMNO adalah dirasakan bahawa
DS Zahid Hamidi tidak harus ‘berbolak-balik’ dari segi menyatakan hal tuju UMNO
kini setelah tewas dalam PRU 14 yang lalu. Sebagai pembangkang UMNO harus tegas
dalam menerajui parti. Semacam nak bersetuju pula kenyataan Saudara KJ apabila
beliau mengatakan,
"Kamu
memimpin parti, perlu jelas.Kamu tidak boleh kata minggu lalu meneroka
kerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan hari ini pula kata
nak lawan, zalimlah, macam-macam.Saya tidak keliru. Tetapi kamu perlu jelas ke
mana arah tuju parti," kata Khairy yang juga bekas calon presiden Umno
itu. ( petikan Malaysiakini 30 September 2018)
Dalam hal
ini UMNO sepatutnya ‘belajar’ dari PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang mempunyai
prinsip perjuangan yang cukup jelas. Dengan sebab itulah sehingga hari ini
setelah mengalami berbagai ‘ribut dan taufan’ dan ‘gelombang yang bukan kepalang
akhirnya PKR menang juga. Slogan ‘REFORMASI’
dan “LAWAN TETAP LAWAN’ terus bergema sehingga hari ini, walaupun pada
PRU 12, PKR hanya memenangi satu kerusi sahaja ( Parlimen Permatang Pauh yang
dimenangi oleh DS Dr Wan Azizah) dan walaupun Saudara Anwar Ibrahim berada di
penjara dalam jangkamasa yang begitu lama. Ahli PKR terus menerus berjuang
‘tanpa henti’ sehinggalah apa yang diidamkan tercapai.
Saudara
Zahid Hamidi selaku presiden UMNO sudah beberapa kali menyatakan kesediaannya
untuk bekerjasama dengan UMNO atau parti-parti lain yang sanggup bersekongkol
dengan UMNO. Begitu juga dengan pendirian PAS yang sanggup bekerjasama dengan
UMNO. Bolehlah dianggap perjuangan parti yang sebegini sebagai parti yang tidak
bertulang belakang. Seolah-olah mereka sanggup bekerjasama antara satu sama
lain hanya untuk memerintah negara ini dan bukan untuk membela bangsa dan
negara. Seolah-olah perjuangan membela bangsa (Melayu dan agama Islam) sudah
dikesampingkan.
Menampakkan
juga bahawa pemimpin muda dalam UMNO seolah-olah mempunyai pendirian dan hala
tuju yang agak jelas. Berdasarkan laporan dari ‘Malaysiakini’ menampakkan
bahawa perwakilan Pemuda UMNO agak kurang senang dengan rancangan Zahid, malah
Ketua Pemudanya Datuk Asyeaf Wajdi membantah
cubaan kembali melalui jalan belakang. Ini merupakan satu sikap ‘anak
jantan, sikap orang perjuangan’ yang sanggup meredah ‘ombak dan gelombang’ yang
sanggup ‘membina rumah ditepi pantai walaupun sentiasa dilambung ombak’.
Kepimpinan
UMNO harus juga sedar bahawa prinsip perjuangan yang sentiasa diwar-war oleh
mereka mungkin sudah ketinggalan zaman, yang tidak begitu sesuai lagi dengan
selera masyarakat Malaysia kini terutmanya ‘selera’ anak mudanya. Lantas UMNO
seharusnya mengorak langkah membetulkan hala tuju parti berkenaan disamping
mencari dan meneroka falsafah perjuangan UMNO yang sebenarnya.
UMNO
bukannya mencari jalan selesa untuk memerintah negara tetapi harus mencari
langkah dan tindakan sesuai untuk memajukan rakyat Malaysia berteraskan Melayu
dan Islam.
abuhassanadam
30
September 2018