SIAPA LAGI KALAU BUKAN ANWAR
Dikhabarkan ramai yang akan
bertanding sebagai calon bebas di PRK Port Dickson yang akan diadakan tidak
lama lagi. Barisan Nasional yang sepatutnya bertanding di kawasan berkenaan
menjauhkan diri. Sebaliknya PAS pula yang bersungguh benar untuk menghantar
calon. Namun begitu mungkin juga UMNO menghantar ‘proxy’nya untuk bertanding di
situ memandangkan begitu ramai calon bebas yang telah menawarkan diri. ‘Kacau
daun’.
Yang anihnya pula ialah, yang
menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas adalah terdiri dari mereka
yang sememangnya tidak disikaui oleh rakyat ( pendek kata sebagi dibenci dan
diherdik oleh rakyat) terpalit dengan berbagai skandal dan penyalahgunaan wang.
Dan yang amat anihnya lagi ialah golongan ini sanggup menawarkan diri mereka
sedangkan mereka sedar yang mereka sudah melakukan berbagai kesalahn yang bukan
kecil. Mungkin mereka ‘beruntung’ kerana masih ada lagi ‘puak-puak’ tertentu
yang memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka tergolong dalam golongan
‘kacang hantu’. Malangnya nasib segelintir Melayu yang sanggup ‘digula-gulakan’.
Satu perkembangan yang agak luar
biasa ialah terdapatnya segelinitr masyarakat yang ‘menentang’ Anwar Ibrahim
terutamanya golongan muda. Setelah difikirkan ‘masak-masak’ tidak pula harus
dipersalahkan golongan muda berkenaan kerana mungkin mereka tidak ‘mengenali’
sebenar-benarnya siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Mungkin ketika Anwar Ibrahim ‘sibuk’ dengan perjuangannya, golongan anak muda ini
masih belum dilahirkan lagi dan ketika Anwar Ibrahim dizalimi, mereka masih
anak-anak kecil yang masih belum tahu apa-apa. Dan sepanjang hayat mereka
meniti zaman anak muda mereka hanya mengetahui bahawa Anwar Ibrahim berada
dalam penjara. Lantas mereka tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Tentang perjuangan dan liku-liku hidup yang dilaluinya sebagai seorang pejuang.
Kini anak-anak muda inilah yang
digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk ‘menentang’ Anwar Ibrahim. Dan menjadi
tugas pimpinan yang ada sekarang untuk memberikan kesedaran kepada anak muda
agar bersama-sama mempertahankan Anwar Ibrahim. Mungkinlah keterlaluan
sekiranya dikatakan tidak ada tokoh lain di Malaysia kini yang boleh menandingi
ketokohan Anwar Ibrahim selepas Tun Dr. Mahathir.
Di tangan anda semua terserahnya
keputusan yang amat penting ini.
abuhassanadam
29 September 2018
Ulasan yang terbaikkk, Pak Abu.
ReplyDelete