DATO’ OBJ HAJI KHAIRUDDIN BIN HAJI ARSHAD
(Untuk Isteri dan anak-anaknya dan sesiapa sahaja yang mengenali arwah)
Tarikh 19 Mei 2020 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1441 merupakan tarikh ‘pemergian’ rakan baik aku Mat Ha ( nama glamournya bagi kami dan rakan-rakan karibnya). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang beriman.
Aku terasa benar kehilangan seorang kawan. Walaupun berjauhan dan jarang berjumpa namun dihati merasa sungguh hampir. Aku di Kuala Lumpur dan beliau masih tidak mahu meninggalkan Padang Rengas, tempat kelahiran kami. Pernah ketika berjumpa di majlis-majlis beliau sentiasa menyatakan bahawa beliau merupakan ‘tikus kampung’ sedangkan aku disifatkannya sebagai ‘tikus bandar’. Aku tak tahu mengapa kami diibaratkannya sebagai tikus, sedangkan aku juga merupakan anak kampung totok. Dari desa pingitan.
Kami tidak pernah bergaduh dan berselisih faham. Dan orang kawasan Padang Rengas tahu dan amat faham tentang persahabatan kami berdua. Aku menganggap Pak Tunggal Arshad sebagai ayah ku dan diapun menganggap Pak Adam (bapak aku) sebagai bapak dia. Indah sekali persahabatan yang terjalin. Bagi menunjukkan 'persamaan' antara aku dan dia pernah seorang penduduk di Padang Rengas bertanyakan kepada beliau pada suatu hari tentang isterinya yang bersalin (kononnya) sedangkan yang bersalin pada ketika itu adalah isteri aku. Seolah-olah mereka tidak dapat membezakan antara aku dan arwah.

Kini beliau sudah tiada. Hanya tinggal kenangan.
Sejarah kami bermula pada tahun 1951 apabila kami sama-sama masuk sekolah Darjah 1 di Malay Boys School Padang Rengas. Sekolah Melayu zaman British. Aku dan arwah diletakkan sebangku ( Pada ketika itu bangku boleh muat dua atau tiga orang). Cikgu kami adalah Cikgu Yunus Shamsuddin. Tentulah banyak peristiwa yang melucukan ketika kami berada dalam Darjah 1. Yang masih segar dalam ingatanku ialah Arwah pandai melukis gambar ‘Cowboy’ dengan topi yang menyerupai angka 8. Dia selalu mengajar aku melukis gambar ‘cowboy’ di papan batu.
Kini beliau sudah tiada. Hanya tinggal kenangan.
Apabila berada dalam Darjah 3, kami sekelas lagi. Sentiasa duduk bersama. Entah mengapa Cikgu Samad meletakkan kami duduk bersama. Yang aku tahu antara kami berdua bersaing juga dalam pelajaran, untuk tempat pertama dan kedua.Kadang-kadang dia menduduki tempat pertama dan kadang-kadang aku. Aku rasa arwah pun masih menyimpan buku tulis yang dihadiahkan oleh Cikgu Samad menduduki tempat kedua.
Ketika dalam Darjah tigalah banyak sekali peristiwa lucu berlaku. Dan peristiwa inilah yang kerap kali diulang dan diulang yang kemudiannya diekoran dengan hilaian yang kuat. Suatu hari Cikgu Samad mengajar pelajaran Ilmu Alam (Geografi). Ditulis oleh Cikgu Samad satu ayat di papan hitam yang berbunyi,'Pulau ialah sekeping tanah yang dikelilingi oleh air'. Kebiasaannya ayat ini akan ditanya apabila waktu hendak pulang nanti. Apabila sampai waktunya Cikgu Samad pun bertanyalah. Dan kami berjaya melepasinya. Seorang kawan kami yang agak kurang bernasib baik tidak dapat menyebut ayat berkenaan. Sehingga pukul 3.00 petang masih berada di sekolah bersama dengan Cikgu Samad ( yang sudah menanggalkan baju disebabkan kepanasa atap zink sekolah!!). Peristiwa ini yang sangat melucukan kami. Dan menunjukkan kehebatan dan dedikasi seorang guru yang betul-betul mahu anak muridnya pandai.

Arwah ‘meninggalkan’ aku kerana arwah lebih awal memasuki sekolah orang putih (Special Malay Class) ketika beliau tamat sahaja Darjah 3 sedangkan aku memasukki sekolah Orang Putih ketika darjah 4 sekolah Melayu. Ketika itulah saat perpisahan antara kami. Maksudnya tidak serapat dulu.
Kini beliau sudah tiada. Hanya tinggal kenangan
Perhubungan kami rapat semula apabila kami sama-sama menjadi guru di sekolah rendah. Beliau bernasib baik kerana bertugas di Sekolah Kebangsaan Paya Salak ( Kampung aku) sedangkan ku di Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang Selama Perak. Walaupun aku tinggal di Selama Perak namun setiap hujung minggu aku akan balik ke Padang Rengas untuk berjumpa dengan kawan-kawan di Pasar Minggu Bawah Gunung Pondok. Ada ketikanya Kugiran arwah 'The Swampers' akan membuat persembahan dan aku terpaksa berada juga disitu. Bukan pemain muzik tetapi diberi tugas jadi juruacara majlis!!
Pada ketika inilah kami merancang untuk penubuhan sebuah persatuan untuk membantu anak-anak miskin dalam pelajaran di kawasan Padang Rengas. Tertubuhlah Badan Kebajikan Guru-Guru Wilayah Padang Rengas ( BKGWPR) pada tahun 1967. Beliau menjadi Yang Dipertua dan aku sebagai Setiausahanya. Sehingga saat pemergiannya masih segar dibawah pimpinan beliau dan mempunyai kedudukan kewangan yang amat kukuh. Aku tak tahu apakah nasib yang akan dialami oleh BKGWPR selepas ini.
Di rumah arwah itulah sebagi pusat tempat kami membincang berbagai perkara yang berfaedah untuk masyarakat Padang Rengas khususnya. Di rumah itulah kami merancang untuk menyampaikan sumbangan derma bagi pembinaan University Kebangsaan. Dan hasilnya kami berjaya mengutip wang sebanyak RM 314.24 sen untuk disumbangkan kepada pembinaan University Kebangsaan Malaysia. Kami berbangga dengan sumbangan sedemikian.
Sebagai anak muda yang hidup dalam zaman Pop Yeh Yeh (1960an) kami juga tidak mahu ketinggalan. Lantas arwah menubuhkan Kugiran ' The Swampers' mengambil nama kumpulan dari Kampong Paya Panjang. Arwahlah yang menjadi ketua Kugiran berkenaan disamping Saudara Rasma Rashid ( arwah), Alias Shamsuddin (Arwah), Malik. Dan aku hanya sebagai 'penumpang' dan diberi tugas sebagai Juruacara Majlis disebabkan tiada bakat untuk bermain muzik. Sekurang-kurangnya arwah boleh juga memtik guitar bass.

Ketika menjalankan tugas menguruskan BKGWPR (ketika itu masih muda remaja – peminat Pop Yeh Yeh) timbul kesedaran untuk memajukan diri dalam pelajaran. Kesedaran beliau lebih awal. Dan beliau memasuki University Malaya lebih awal. Namun pada tahun 1970 aku juga dapat melanjutkan pelajaran di University Malaya yang mana ketika itu beliau berada tahun 3. Kami tinggal serumah ia itu menyewa rumah di No 81, Jalan Limau Manis, Bangsar Park.
Pada ketika itu kami sudah pun memiliki Scooter untuk menyenangkan kami berulang -alik ke Campus. No plet scooter arwah adalah AW 3144 sedangkan nombor plet scooter milik aku adalah AK195.
Pada ketika itu kami sudah pun memiliki Scooter untuk menyenangkan kami berulang -alik ke Campus. No plet scooter arwah adalah AW 3144 sedangkan nombor plet scooter milik aku adalah AK195.
Kini beliau sudah tiada. Hanya tinggal kenangan.
Keluar dari University beliau mengajar di Lenggong Perak sedangkan aku ditempatkan di Sekolah Menengah Serdang Kedah. Pada tahun 1977,kami sama-sama ditempatkan di Sekolah Menengah Bukit Mercu Kuala Kangsar. Beliau mengajar Bahasa Melayu dan aku mengajar matapelajaran Sejarah. Pada ketika itulah kami berjaya meningkatkan keputusan 100% bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah (STPM) bagi sekolah berkenaan. Hanya tujuh bulan aku berada di sekolah berkenaan sebelum ditukarkan ke Kuala Terengganu.
Suatu keadaan yang agak lucu berlaku ketika kami berada disekolah berkenaan. Dalam suatu mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) kami dipilih oleh ibu bapa sekolah berkenaan sebagai Yang Dipertua ( arwah) dan aku sebagai Setiausaha yang mana pemilihan sedemikian menyalahi perlembagaan PIBG. Sepatutnya mesti didokong oleh ibu bapa jawatan berkenaan dan bukan dari kalangan guru. Namun apabila dijelaskan kesalahan berkenaan kepada mesyuarat, mereka ramai-ramai menjawab, ' tak apa. takda salahnya. Dema berdua tu padan sangatlah. Apa dibuat dek dema semuanya berjaya. Tak apa..." Aku dan arwah terus diam membisu.

Penghujung tahun 1977 aku ditukarkan ke Terengganu untuk jawatan Jemaah Nazir sekolah. Hanya tujuh bulan aku disitu yang kemudiannya berpindah ke Lembaga Peperiksaan, Jalan Duta Kuala Lumpur untuk menggalas tugas sebagia Pakar Peperiksaan.
Arwah meneruskan ‘perjalanan’nya sebagai Pengetua di Chenderong Balai Teluk Intan, Sekolah Menegah Sains Taiping, Pegawai Pendidikan Daerah di Parit Buntar dan akhirnya Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Sedangkan aku meneruskan ‘perjalanan’ aku dari satu bahagian kementerian pendidikan ke satu bahagian lain. Menjadi Pegawai Khas kepada tiga menteri pendidikan ( Pak Lah Badawi, Saudara Anwar Ibrahim dan Dato Sulaiman Daud) sebelum dilantik menjadi Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia UK & Eire berpusat di London.
Kini beliau sudah tiada. Hanya tinggal kenangan.
Yang anihnya dalam persahabatan kami, sentiasa ‘ikut-mengikut’. Misalnya aku berada di Stanford University, Palo Alto, California USA untuk ijazah Sarjana pada tahun 1986 dan beliau pun pernah mengiukti kursus pendek di Stanford University, Palo Alto, California dalam tahun 1996.
Walaupun berjauhan dan tidak bersama, namun antara kami sentiasa berhubung. Itu yang dikatakan jauh dimata dekat di hati.
Kepada Datin Isteri beliau dan anak-anak dan cucu-cucu,
"Mikeme harus berbangga 'memiliki' ayah yang amat bertanggungjawab yang menjadi kebanggaan penduduk Padang Rengas khususnya dan negara umumnya. Teruskanlah apa juga perjuangannya yang boleh dimanfaatkan'

Kini rakan karib ku ini sudah tiada lagi. Aku doakan berbahagialah dia disana. Hanya yang mampu aku lakukan ialah iringan doa.
ALFATIHAH…
ABUHASSANADAM
19 MEI 2020
Aku pun terasa kehilangan arwah.Indah sungguh nukilan Abu Hassan Full of love and care for a very dear friend. Semoga roh arwah Di cucuri rahmat Allah. Dpd Dato Zabidi Laiff
ReplyDeleteSaudara Zabidi,
DeleteThanks.
beliau sangat disegani , hampir dengan pelajar dan amat penyayang persis seorg bapa kepada kami.wpun perwatakan serius tetapi amat mesra bila dpt berjumpa beliau.semoga Allah merahmati pengetua kami ..saya adalah pelajar semasa beliau menjadi pengetua di sek Sains taiping.(sek.raja tun azlan syah taiping.
ReplyDeleteSaudara,
DeleteSebarkan berita pemergian arwah kepada seramai bekas pelajar yang boleh.
Al fatihah takziah... Awk org padg rengah....
ReplyDeleteTolong sebarkan artikel saya yang baru berjodol,"BKGWPR' A'LIFEBLOOD' DATO KHAIRUDDIN ARSHAD (ARWAH)
DeleteAllah.... Sungguh indah perjalanan hidup arwah Dato Mat Ha dan Pak Abu Hassan, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman dan bertakwa.
ReplyDeleteDoa saya untuk Pak Abu Hassan juga agar Allah Kurniaankan kesihatan dan umur yang panjang...
Anak Jama Kg Pulo
Sampaikan salam saya pada sanak saudara kita di kampung
ReplyDelete