MEREKA MELANGGAR PRINSIP DEMOKRASI
Ramai yang menggelarkan mereka sebagai ‘pengkhianat’. Namun bagi aku gelaran itu terlalu kasar dan tidak manis aku gunakan. Jikalau hendak dipakai juga perkataan pengkhianat itu, mereka hanya mengkhianati prinsip demokrasi sahaja. Namun begitu apakah nama lain yang lebih manis untuk diberikan gelaran kepada mereka yang ‘menghancurkan’ harapan rakyat yang dengan ikhlas mengundi mereka dalam PRU14 dahulu.
Rakyat mengundi mereka bukan disebabkan ketokohan mereka tetapi disebabkan parti yang memberikan mereka ruang untuk bertanding dalam pilihanraya berkenaan. Dan kebetulan parti yang mereka wakil itu bersesuaian dengan ‘selera’ pengundi pada ketika itu. Lantas menanglah mereka atas tiket parti yang mereka wakili itu. Tidak semesatinya mereka menang atas tiket ketokohan mereka. Pendek kata selepas sahaja mereka melompat, terlucutlah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka pada PRU14 yang lalu.
Apa yang dilakukan oleh mereka sememangnya amat bertentangan dengan amalan Demokrasi. Rujuklah buku politik mana sekalipun. Apa yang mereka lakukan itu sememangnya bertentangan. Mungkin ramai dikalangan rakyat di Malaysia yang tidak mengetahui hal yang sebenar atau arif tentang keadaan yang berlaku kini yang menyebabkan golongan rakyat tidak begitu menentang golongan yang melompat itu berpunca kerana mereka tidak didedahkan. Dan sememangnya golongan yang tergolong dalam kumpulan sedemikian memang tidak mahu mendedahkan. Seboleh-bolehnya rakyat jangan tahu langsung keadaan sedemikian. Rakyat bawahan tidak tahu. Teringat aku kata-kata Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura yang pernah berkata, ‘ ‘ si tidur makanan si jaga’
Negara yang mengamalkan demokrasi bermakna rakyat negara itu terlibat sama dalam menentukan dasar kerajaan. Itu sebab diadakan pilihanraya supaya dapat ‘didengar’ suara hati rakyat melalui undi. Rakyat menyatakan hasrat hatinya melalui undian kepada parti yang disukainya. Tentang ke mana arah tuju negara hendak dibawa oleh parti itu. Dengan sebab itulah diadakan kempen pilihanraya supaya dapat didengar oleh rakyat dasar parti yang hendak dibawanya. Seorang calon dalam pilihanraya hanya sebagai wakil parti berkenaan. Maknanya calon tidak boleh keseorangan membawa dasar yang hendak dibawa. Justeru yang diundi oleh rakyat ialah partinya dan bukannya calon. Calon hanya sebagai wakil kepada parti itu sahaja.
Berbeza keadaannya dengan calon bebas. Tidak berparti. Maknanya sekiranya calon bebas itu menang dalam pilihanraya atas tiket bebas maka sipolan itu berhak menjadi wakil rakyat yang sah disebabkan dia mendapat undi rakyat atas tiket peribadinya. Rakyat sukakan dia untuk menjadi wakil rakyat di parlimen. Rakyat memberikan kuasa kepada dia untuk menjadi wakil mereka di parlimen. Itu sah. Berbeza dengan golongan pengkhianat yang melompat yang boleh disifatkan sebagai mengkhianati hasrat rakyat. Mereka seharusnya meletak jawatan dan bertanding atas tiket bebas ataupun atas tiket parti lain.
Wakil rakyat yang ‘melompat’ ataupun mereka yang digelar pengkhianat oleh rakyat tertentu seharusnya meninggalkan parti mereka (yang dahulu) kerana rakyat yang mengundi dalam PRU14 dulu bukan mengundi mereka tetapi parti mereka. Sekiranya ada juga wakil rakyat yang masih merasakan yang beliau diperlukan dan bukan partinya maka wajarlah seseorang wakil rakyat itu meninggalkan partinya dan bertanding secara bebas. Itu yang memenuhi hasrat demokrasi.
Rakyat Malaysia akan terus menerus mempersoalkan isu lompat-melompat ini. Jalan yang sebaik-baiknya ialah pembubaran parlimen dan adakan PRU 15 selepas ‘tamatnya’ Covid-19 nanti –Insyallah.
abuhassanadam
20 mei 2020
Pelik ya...yg punya angkara smp krjn trdahulu jtuh trsungkur xprnah dprsalahkn...dia sdg meroyan tu...smp xde segan silu dlm bln Ramadhan yg mulia adakan sidang media hentam sana hentam sini...org lain sj salah...diri sndri sama setaraf malaikat...kpd sesiapa yg waras dah blh menilai siapa yg salah ni...xckup 1 sidang media...adakn lg buat kali ke2...mgkin lps ni kali yg ke3...hati & perasan siapa yg sdah sprt d rasuk syaitan skrg ni...brgkali inilah blsn hsil kejatan d mada silam...d dunia lg Allah tnjkkn...hati xprnh tenteram...dah 95 msih xmmpu brhnti asyik mnyalahkn org lain...
ReplyDelete