Thursday, April 9, 2015

DS MOHD NAJIB ENGGAN NAK JAWAB ATAU TAK MAHU JAWAB

Rakyat menanti dan rakyat menunggu jawapan dari DS Mohd Najib tentang beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir. Sememangnya persoalan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir itu sebenarnya adalah juga merupakan persoalan yang bermain di benak ramai rakyat Malaysia ia itu tentang dua isu  besar dan dianggap penting ia itu tentang IMDB dan tentang hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Sirul dan Azilah kerana membunuh Altantuya. Dan DS Najib juga belum mengambil pendirian tentang pelaksanaan hukum Hudud di negara ini. Itu pun juga sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini.

Apabila DS Najib seolah-olah mengelak daripada ditanya mengenai isu berkenaan maka akan menimbulkan syak dan keraguan dikalangan rakyat tentang semacam ada sesuatu yang  disembunyikan oleh kepimpinan negara. Tambahan pula apabila Menteri Wilayah Persekutuan juga cuba mengelak daripada ditanya tentang soalan berkenaan dan neggan memberikan komen mereka. Maka lagi kuat perasangka rakyat tentang adanya sesuatu yang tak kena dan sedang ‘disembunyikan’. Mungkin….

Sepatutnya bagi sesebuah negara yang mengamalkan prinsip ketelusan, kepimpinan tidak teragak-agak untuk menjelaskan kepada rakyat tentang apa juga hal yang berkaitan dengan kepimpinan dan yang berkaitan dengan rakyat jelata.

Rakyat sebenarnya tertanya-tanya juga terutama tentang kes yang berkaitan dengan Altantuya. Walaupun mereka telah diperjelaskan namun ‘jawapan’ yang diterima oleh mereka semacam ‘ada tulang terlekat di kerongkong’. Rakyat ingin terus mahu ingin tahu dan mahu bertanya. Tetapi ‘takut’ pula. Takut disebabkan adanya undang-undang yang boleh disabitkan sekiranya tersalah cakap.

Rakyat terus diam. Tetapi hati kecil terus bertanya juga.

Kini rakyat sudah mendapat ‘wakil’ untuk mengemukakan pertanyaan yang sering menganggu fikiran mereka itu. Kini Tun Mahathir telah ‘dengan sukarela’ menjadi ‘wakil’ rakyat Malaysia untuk menanyakan kepada DS Najib tentang kecurigaan yang sudah sekian lamam terpendam dihati dan sanubari rakyat Malaysia. Soalan yang ingin mereka tanyakan lebih kurang sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Tun M itu – mengapa Sirul dan Azilah membunuh Altantuya sedangkan setahu kita Altantuya tidak pernah pun melakukan kesalahan kepada mereka? ( soalan orang kampung yang tidak berpelajaran seperti aku!..)

Sehingga kini DS Najib masih tidak memberikan jawapan dan penjelasan. Dan rakyat pula terus menerus mendesak DS Najib memberikan jawapan. Naluri ingin tahu rakyat kini begitu memuncak mengharapkan satu jawapan yang jelas daripada DS Najib bukan sahaja berkaitan dengan Altantuya tetapi juga berkaitan dengan isu-isu lain seperti IMDB yang dikatakan telah mengalami masalah kewanagan yang membabitkan wang berbillion ringgit.

Aku merasakan bahawa inilah peluang sebaik-baiknya bagi DS Najib menjelaskan dan sekiranya dapat dilakukan maka akan ‘langsai’lah segala persangka yang ada.Ini merupakan wang rakyat dan sewajarnya rakyat diberitahu tentang kedudukan kewangannya. Dan penjelasan dari DS Najib hendaknya dengan cara mudah difahami oleh rakyat yang tidak mempunyai latar belakng ilmu ekonomi seperti kebanyakan rakyat di luar bandar.

Hendak dikatakan bahawa DS Najib sengaja tidak mahu menjawab tentulah tidak semestinya berlaku sedemikian kerana sememangnya tugas Perdana Menteri untuk menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat. Mahu tak mahu DS mesti menjelaskan. Dengan demikian tentulah agaknya DS Najib mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan perkara demikian. Dan berkemungkinan menunggu masa yang sesuai untuk memperjelaskannya.

Dan rakyat pula menyoal lagi. Bila?

Telah terbaca juga komen-komen yang diberikan oleh beberapa orang penulis yang merasakan bahawa pengaruh DS Najib terhadap ketua-ketua Bahagian UMNO di negara ini sudah agak mulai luntur ekoran daripada kemelut yang berlaku sekarang. Dibuktikan kewujudan suasana sedemikian berdasarkan hampir tidak ada ketua-ketua Bahagian ( kecuali beberapa orang Ketua Bahagian) yang mahu tampil untuk memberikan jawapan yang jelas mengenai isu yang diperkatakan kini.

Mungkin juga agaknya ramai ketua-ketua Bahgian yang tidak tahu ‘biji buahnya’ tentang isu yang sedang diperkatakan kini. Lantas tentulah tidak dapat mereka memperjelaskannya apatah lagi apabila berhadapan dengan tokoh-tokoh besar seperti Tun Mahathir, YBM Tengku Razaleigh dll.

Dan lagi pun pada kebiasaannya, Ketua-ketua Bahagian UMNO sedang memerhatikan suasana politik yang berlaku kini. Lalu mereka mengamalkan sikap ‘tunggu dan lihat’ dan melihat ke arah mana ‘angin bertiup’. Mungkin agak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa perjuangan kebanyakan pemimpin kini lebih merupakan kepada keselamatan dan kebahgian diri dan keluarga berbanding dengan perjuangan untuk bangsa dan negara.

Mungkin aku tersilap agaknya memberikan andaian sedemikian. Dan diharapkan anggapan itu salah.

abuhassanadam
9 April 2015


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dari dulu lagi kita tau Tun tak akan buat tuduhan tanpa bukti kukuh. Mcm mana org dolak dalih sampai masa tuduhan Tun tetap menang kerana ada kebenaran yg terbongkar selepas tu. 22 thn dia bangunkan negara kita. Mcm mana kita nak tengok negara kita dipimpin oleh pucuk pimpinan yg berwibawa, mcm tu juga Tun nak pastikan negara kita di pimpin oleh Pemimpin yg jujur, amanah dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. Kamisah,

    Terima kasih atas pandangan sedemikian. Orang Melayu kata, ' berani kerana benar.....' tapi orang putih kata,'.......until proven guilty'.

    Pak Abu

    ReplyDelete
  4. Enemy to my enemy is my friend. Especially now when PR suffers so much sickness for all wrong reasons we really need a Doctor, which is none other Dr Mahathir Mohamad.
    We need all the help, to all Malaysian, PR, Bersih and all NGO need to group behind him we need his leaderships ! # Lawan tetap Lawan

    ReplyDelete
  5. King,

    Sebenarnya bangsa Malaysia kehilangan sebutir 'berlian'- Anwar Ibrahim.

    Pak Abu

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete