GEMPA BUMI KATHMANDU: KERAJAAN MALAYSIA SEMACAM LAMBAT BERTINDAK
Anak aku adalah antara yang terperangkap di sebuah
hotel di bandar Kathmandu ketika gempa bumi 7.9
pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu
dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu (25 April
2015)
Barulah aku ‘sedar’ sebenarnya satu ‘penyiksaan’ yang
terpaksa dideritai ketika malapetaka itu menimpa anak sendiri. Dulu aku bukan
tidak bersimpati dengan mangsa beberapa gempa bumi, mangsa banjir yang melanda
Pantai Timur, persitiwa malang MH 370 dan MH 17. Tetap bersedih dan bersimpati
dengan nasib yang menimpa mangsa. Namun seperti kata orang tua-tua, betapa
berat mata memandang lagi berat bahu memikul’.
Aku tidak mengalami apa yang dialami oleh anak aku dan
‘anak-anak’ Nepal yang ditimpa malapetaka di Kathmandu itu. Mendengar kisah
yang diceritakan oleh anak aku yang ‘terselamat’ sudah cukup menyedihkan
apabila mengenangkan penderitaan yang dialami oleh jutaan anak-anak Nepal yang
terpaksa mengharungi kehidupan masa hadapan yang amat gelap ekoran daripada
peristiwa yang meragut ratusan ribu nyawa manusia yang tidak bersalah ini.
Anak aku terpaksa menunggu ‘penyelamat’ dari Malaysia selama
empat hari sebelum beliau boleh ‘diselamatkan’. Dan selama itulah aku dan
keluarga turut menderita mengenangkan nasib yang menimpa. Dan ‘penderitaan’
yang aku alami tentulah tidak sama dengan derita yang menimpa keluarga MH 370
yang terpaksa dengan penuh debaran sentiasa menunggu berita daripada pihak
berwajib tentang ‘nasib’ MH 370. Aku tidak dapat membayangkan ‘derita’ yang
mereka rasakan apabila aku sendiri telah merasakan ‘derita’ menanti ketibaan
anak dari Kathmandu. Dan sekurang-kurangnya derita aku ‘terubat’ apabila anak
aku pulang ke pangkuan aku berbanding dengan derita kaum keluarga yang menunggu
kaum keluarga MH 370 dan MH 17 yang tidak akan pulang. Kini aku boleh bayangkan
derita mereka kerana aku juga telah mengalami derita hampir sedemikian.
Yang agak menyedihkan (mengikut cerita anak aku) ketika
beliau berada di lapangan terbang Kathmandu, menunggu bantuan dari negara kita
yang tercinta Malaysia, satu demi satu bantuan sampai ke lapangan terbang
berkenaan dari negara-negara luar yang agak perihatin tentang rakyat mereka
yang malang. Tetapi bukan dari negara kita. Negara-negara lain datang dan pergi
sedangkan bantuan dari negara Malaysia belum juga sampai. Dari India,
Australia, Thailand dan negara-negara lain yang perihatin.
Dan yang sentiasa diperkatakan dan mendapat pujian ialah keperihatinan
negara Singapura yang sanggup menghantar kapal terbang ke Kathmandu untuk
menyelamatkan rakyatnya, walaupun bilangan rakyatnya yang terlibat tidak ramai.
Ada yang mengatakan bahawa Singapura sanggup menghantar sebuah kapal terbang
demi menyelamatkan seorang rakyatnya yang terkandas. Sekiranya betullah keadaan
sedemikian berlaku, maka negara-negara lain harus angkat tabik ‘spring’ kepada
Singapura.
Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh anak aku itu, aku
teryakin bahawa sememangnya kerajaan Malaysia agak lambat bertindak untuk
menyelamatkan rakyat yang terkandas di Kathmandu. Hal ini aku dasarkan kepada
pengalaman seorang rakyat Malaysia yang terpaksa menempah tiket Thai Airways
untuk pulang ke Malaysia melalui Thailand disebabkan kegagalannya mendapatkan
penerbangan ke Malaysia dengan menggunakan pesawat MAS. Tentulah agak
menyedihkan mendengar cerita sedemikian.
Sepanjang tiga hari anak aku berada dalam keadaan
ketidaktentuan di Kathmandu, di tengah-tengah kekelam-kabutan suasana di
kathmandu, aku cuba juga mendapatkan bantuan dan pertolongan daripada Embassy
of Malaysia Kathmandu yang beralamat 2nd Floor, Block B, Karmachari
Sanchaya Kosh Bhawan, P.O.Box 24372, Pulchowk, Laltipur, Kathmandu. Sepanjang
hari Ahad dan Isnin (26 April dan 27 April 2015) aku menghubungi pejabat
berkenaan melalui telefon pejabatnya:
00977-1-5010004 tetapi tidak ada langsung jawapan dari pejabat
berkenaan. Aku juga menghubungi melalui talian kecemasannya (Emergency only/
Duty Officer) 00977-9801008000) dan tidak ada juga jawapan yang aku terima. Aku
juga menghubungi Wisma Putera dan mendapat jawapan tetapi jawapan yang diterima
agak mengecewakan aku kerana tidak menampakkan usaha yang bersungguh-sungguh
untuk menolong aku yang betul-betul mengharapkan pertolongan. Mungkin agaknya
aku tidak bergelar Dato’ Seri atau Tan Sri yang memungkinkan pertolongan segera
dihulurkan kepada aku. Mungkin.
Apabila keadaan sebegini menimpa diri aku barulah akau
betul-betul sedar bahawa beginilah rupanya layanan yang diterima oleh rakyat
bawahan (yang tidak ada gelaran) terutama rakyat marhaen dari luar bandar.
Barulah aku sedar bahawa keadaan sedemikianlah agaknya yang menyebabkan
kemarahan kaum keluarga yang menimpa ekoran kemalangan MH 370 dan MH 17
baru-baru ini. Dan derita yang sedemikian jugalah agaknya yang menimpa mangsa
banjir di Pantai Timur sehingga hari ini yang masih menunggu dan menunggu
bantuan dari pihak yang berwajib.
Kini anak aku telah pun kembali ‘ke pangkuan ‘ku. Selamt.
Syukur kepada Allah yang menyelamatkan beliau dan dengan usahanya tersendiri
tanpa mendapat bantuan dari pihak kerajaan. Kononnya Kerajaan sedang berusaha
untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Kathmandu itu
sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA.
“Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata
pihaknya memutuskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia dengan menggunakan
sebuah pesawat Hercules Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kathmandu, yang dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang Ahad….Kami telah mendapat arahan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pagi tadi ... yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk
membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas," katanya kepada
BERNAMA.
Syukurlah akhirnya terlintas juga di hati dan perasaan pihak
berwajib untuk menghantar bantuan menyelamatkan rakyat Malaysia yang terlibat
dalam gempa bumi di Kathmandu.
Cuma yang agak menghairankan aku ialah apakah keputusan untuk
menghantar bantuan ke Kathmandu ini juga memerlukan arahan dari Perdana
Menteri?.....
abuhassanadam
29 April 2015
pak
ReplyDeletemay god bless the people of Nepal.................
pak
ReplyDeletemay god bless the people of Nepal.................
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKing, Kamisah,
ReplyDeleteSayangkan anak kita lebih kurang sama juga dengan sayangkan anak orang lain.
Pak Abu
Kalau mangsa bernama Saiful pasti PM akan hantar jet yang baru dibeli ke Kathmandu
ReplyDeleteAgaknya sebab itulah org malaysia berlumba2 nak dptkan darjah dato hingga ada yg sanggup melobi hatta membeli gelaran tersebut
ReplyDeleteAgaknya sebab itulah org malaysia berlumba2 nak dptkan darjah dato hingga ada yg sanggup melobi hatta membeli gelaran tersebut
ReplyDelete