Wednesday, April 8, 2015

‘SENGKENIT’

Ada sejenis binatang yang amat kecil yang dijadikan Tuhan. Sengkenit namanya. Boleh dilihat dengan mata kasar. Tak payah pakai microscope. Terdapat di kawasan semak samun. Tidak semestinya di hutan belantara. Tidak membahayakan kehidupan manusia akibat gigitannya. Walaupun tidak membawa kepada kematian, namun gigitannya tetap mengganggu kehidupan seharian.

Semasa kecil aku pernah digigit oleh sengkenit. Bukan sekali. Banyak kali. Maklumlah pada ketika itu keadaan di kampung aku tidaklah seperti sekarang. Penuh dengan semak samun. Dan sememangnya merupakan tempat yang disukai oleh sengkenit. Dan yang menghairankan aku juga ialah tempat yang paling disukai oleh sengkenit ialah dihujung ‘anu’ orang lelaki. Pernah beberapa kali ‘anu’ aku digigit sengkenit, ia itu ketika aku masih berumur lngkungan lima tahun dan belum lagi ‘masuk jawi’.

Memang tak boleh tidur jikalau digigit sengkenit. Kesakitan digigit sengkenit berbeza dengan sakit perut atau sakit gigi atau demam. Tempat gigitan sengkenit itu bukan sahaja sakit tetapi terasa gatal. Sekiranya tidak biasa dengan gigitan sengkenit, maka kita tidak tahu punca kesakitan dan gatal pada ‘anu’ kita. Kita akan menyangkakan kesakitan yang dideritai itu tidak bersebab. Maknanya kita tidak dapat mengesan apakah punca kesakitan dan kegatalan itu. Olehkerana sengkenit itu terlalu kecil dan halus maka tentulah tidak jelas kelihatan, apatah lagi apabila dia melekat pada ‘anu’ kita. Terlalu sukar untuk dilihat kecuali dengan pertolongan seseorang untuk melihatnya. Malu pulak……

Telah beberapa kali aku berpengalaman digigit sengkenit. Tetapi mujurlah sebelum aku ‘masuk jawi’. Dan dapatlah aku meminta pertolongan arwah emak aku dan emak akan menjadi ‘doktor’ sementara untuk menanggalkan sengkenit daripada ‘anu’ aku. Kadang-kadang sampai beberapa hari aku ‘menderita’ digigit sengkenit dan sengkenit tidak akan getak sendirian sekiranya tidak diubati.

Ada ubat yang mujarrab untuk menanggalkan sengkenit dari ‘anu’. Satu perkara yang agak unik mengenai cengkenit ini ialah mengenai gigtanya. Sekali ia menggigit maka past tidak akan dilepaskannya sehinggalah ia mati bersama dengan gigitannya. Dan untuk menanggalkan cengkenit dari gigitan memerlukan ‘kepakaran’ yang bukan kepalang. Namun arwah ibuku agak ‘mahir’ dalam hal menanggalkan cengkenit dari hujung ‘anu’ aku. Tetapi selepas aku ‘masuk jawi’ tidak pula berlaku gigitan cengkenit di ‘anu’ aku. Jikalau tidak ‘kacau’ juga………

Ada dua cara untuk menanggalkan ‘cengkenit’ dari gigitannya selain dari yang digunakan oleh doktor. Dan tidak pernah sekalipun aku dibawa ke Rumah Sakit untuk menanggalkan cengkenit di ‘anu’ aku. Emak akulah yang menjadi doktor dan boleh juga dipanggil ‘doktor pakar’ dalam hal menanggalkan cengeknit ini. Aku berkata begitu kerana emak juga menanggalkan cengkenit pada ‘anu’ Ngah juga (sepupu aku). Jadi emak memang pakar dalam hal ini.

Satu cara yang digunakan oleh emak ialah dengan menggunakan air tembakau (rokok daun). Tembakau direndam buat beberapa ketika dan airnya itu dititiskan pada cengkenit yang melekat pada ‘anu’ itu. Lama kelamaan cegkenit itu akan melepaskan cengkamannya dan tergetak dan mungkin terus mati. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan tangkai sirih untuk menanggalkan cengkaman cengkenit itu.

Tangkai sirih itu dibelah kepada empat belahan sehingga mengeluarkan getah (dari tangkai sirih berkenaan). Dengan menggunakan tangkai sirih itulah emak aku menanggalkan sengkenit dari ‘anu’ aku. Berkemungkinan agaknya getah dari tangkai sirih itu yang membunuh sengkenit berkenaan. Terlupa pula aku nak bertanya pada arwah emak tentang dari mana diperolehinya ‘ilmu’ menggunakan tangkai sirih untuk menanggalkan sengeknit itu.

Sebenarnya yang menyebabkan aku terpanggil untuk menceritakan kisah sengkenit ini adalah berpunca daripada keadaan politik di negara kita kini. Kadang-kadang mahu aku ibratakan Tun Mahathir sebagai sengkenit. Maksud aku sekali dia ‘menggigit’ pasti tidak dilepaskannya. Sudah banyak kali diperhatikan bahawa beliau tidak akan membuat kerja ‘sambang’. Bermakna beliau bukan tokoh yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ membuat kerja separuh jalan. Jarang sangat ada tindakannya yang dilakukan separuh jalan melainkan sekali ‘diharungnya’ pasti ia akan sampai ke ‘garisan penamat’.

Maknanya DS Najib kena mencari ‘tangkai sirih’ juga untuk menanggalkan ‘sengkenit’ yang sedang menggigitnya, walaupun bukan pada ‘anu’nya.

abuhassanadam
8 April 2015



5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sengkenit(hama ayam),mak saya dulu sapu minyak tanah je..sekejap dah mati mende alah tu 😊

    ReplyDelete
  3. Kamisah, Zulkbo,

    Sebenarnya hasrat saya memaparkan cerita sebegini hanya untuk 'memberitahu' anak-anak zaman ini tentang adanya binatang bernama sengkenit dan kesan gigitannya.

    Pak Abu

    ReplyDelete
  4. Cekenit lebih kurang dengan tempiras la kot, try guna temakau rokok biasa dgn batang sirih tp x mau jugak dia lepas gigitan dkt bhgn dlm cuping telinga anak aku, last guna cutter comei la utk tarik dia, walaupon dah bejaya bunuh tempiras ni, dlm cuping telinga anak masih rasa sakit

    ReplyDelete
  5. Cekenit lebih kurang dengan tempiras la kot, try guna temakau rokok biasa dgn batang sirih tp x mau jugak dia lepas gigitan dkt bhgn dlm cuping telinga anak aku, last guna cutter comei la utk tarik dia, walaupon dah bejaya bunuh tempiras ni, dlm cuping telinga anak masih rasa sakit

    ReplyDelete