Thursday, April 16, 2015

'KEMELUT' MAHATHIR-NAJIB : MENUNGGU PENJELASAN ATAU PERTANDINGAN ‘MENANG-KALAH’?

Kemelut politik yang berlaku kini sudah berada di dua persimpangan – antara mencari kebenaran, menunggu penjelasan dan mencari sokongan. Dan kadang-kadang hasrat awal yang semata-mata untuk minta penjelasan sudah ‘tenggelam’ dan telah timbul semacam satu ‘perjuangan’ mencari sokongan untuk menentukan ‘menang-kalah’.

Bagi aku rakyat Malaysia agak malang kerana ‘dipergunakan’. Ahli UMNO dari semua peringkat ‘digembelingkan’ untuk memberikan sokongan kepada DS Najib dalam menghadapi ‘serangan’ dari Tun Mahathir. Dan ‘berduyun-duyunlah’ ahli UMNO dari semua peringkat dan bahagian menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka.

Tetapi jikalau ahli dan pemimpin UMNO itu sanggup  merenungkan sejenak rasionalnya mereka memberikan sokongan kepada DS Najib, pastinya mereka akan kebingungan dan merasa agak ‘termalu’ kerana memberikan sokongan membabi-buta. Dan aku yakin bahawa DS Najib tidak pula menagih simpati dan meminta diberikan sokongan. Kemungkinan ‘juak-juak’ yang ‘mengipas’ DS Najib sahaja yang bersungguh-sungguh mencari sokongan yang berkenaan.

Jikalaulah ‘golongan’ yang memberikan sokongan kepada DS Najib sanggup berfikir sejenak tentang perkataan ‘sokongan’ yang dinyatakan oleh mereka itu pasti mereka juga akan mengakui tentang ‘tidak cerdik’nya tindakan mereka itu.
·      Tun M mempersoalkan tentang siapa yang memberikan arahan kepada Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya. Dan DS Najib telah menyatakan bahawa beliau tidak mengenali Altantuya. Rakyat umum merasakan bahawa soalan ‘siapa suruh’ itu tidak terjawab. Tetapi kepimpinan dan ahli UMNO memberikan ‘sokongan’ kepada DS Najib. ‘Sokongan’ untuk apa?
·      Tun M minta diperjelaskan tentang IMDB dan siapakah ‘manusia’ yang bernama Jho Low  yang begitu berperanan dalam pelaksanaan IMDB. Dan kepimpinan dan ahli UMNO memberikan ‘sokongan’ kepada DS Najib selaku pemimpin UMNO. Sokongan untuk apa? Sehingga kini rakyat masih belum mendapat penjelasan yang memuaskan. Oleh itu tugas DS Najib hanya memperjelaskan persoalan itu. Dan jikalau boleh diadakan perdebatan terbuka sebagaimana yang telah dicadangkan oleh salah seorang pemimpin parti pembangkang.

Apabila timbul keghairahan untuk memberikan ‘sokongan’ kepada DS Najib oleh pengikutnya yang terdiri dari ahli dan kepimpinan UMNO (mungkin bukan semua agaknya), maka Tun Mahathir tetap tidak berganjak daripada isu yang diperjuangkannya. Beliau masih mengemukakan persoalan dan masih mahukan penjelasan daripada DS Najib tetapi ‘merasakan dirinya keseorangan’ dalam memperjuangkan  sesuatu yang dianggapnya sebagai tugas dan tanggungjawab seorang rakyat Malaysia. Maknanya walaupun keseorangan, namun Tun Mahathir akan terus ‘berdiri’ dan memperjuangkan haknya sebagai rakyat Malaysia.

Mungkin tidak diduga oleh Tun M bahawa kenyataan, ‘ walaupun keseorangan’ telah menyentuh perasaan ramai orang (mungkin termasuk juga ahli UMNO) termasuklah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza yang menyatakan,’ Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....”

Dan ekoran daripada ‘luahan perasaan’ yang sedemikian telah menarik perhatian ratusan ribu sokongan ( dan mungkin jutaan sokongan) kepada Tun Mahathir yang datangnya bukan sahaja dari golongan yang berminat tentang politik tanah air tetapi juga dari golongan belia dan pelajar-pelajar yang turut sama ‘mengambil tahu’ tentang keadaan politik tanah air kini.

Bagi aku perkembangan ini merupakan satu perkembangan luar biasa politik di negara kita. Apakah Tun M memang sedar dan tahu dan telah dapat meramalkan keadaan sebegini yang akan berlaku kesan daripada tindakannya mempersoalkan tentang kepimpinan negara kini. Dan kelihatan suasana ‘politik’ kini sedang diperhangatkan dan sedang  bahangnya sedang merebak seperti merebaknya api membakar hutan di Yosemati di California.

Tentunya agak sukar untuk membendung suasana sedemikian. Seminggu sebelumnya, isu yang dibangkitkan oleh Tun M itu hannya berlegar dikalangan ahli politik dan professional sahaja dan tidak menular kepada ahli masyarakat lain. Tetapi dengan ‘terlibat’nya Siti Nurhaliza dan beberapa orang artis lain, maka ia bukan lagi terhad kepada golongan tertentu sahaja. Isu ini sudah menjadi buah mulut masyarakat umum, dari bandar dan laur bandar, tua dan muda dan yang merupakan perkembangan luar biasa ialah keterlibatan golongan muda yang telah mula membincangkan isu sebegini dikalangan mereka. Di university juga sudah hangat di perbincangkan oleh pelajar dan jangan dikira lagi dalam facebook, whatsApp dll.

Apakah ini merupakan lembaran baru dalam sejarah Malaysia yang sedang tercipta dan dicipta. Sama-sama kita perhatikan.

abuhassanadam
16 April 2015


2 comments:

  1. Kita lupakan kesilapan Tun M yang lalu. Saya percaya, Allah telah memberikan beliau keinsafan di hujung usia dan ingin membetulkannya. Maka, saya rayu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong beliau dan sama-sama tekadkan azam dan bersatu hati melawan kekejaman dan kerakusan kerajaan BN/UMNO sekarang.

    Semoga keputusan p'raya di Permatang Pauh dan Rompin dapat memberikan mesej yang sangat jelas kepada BN

    ReplyDelete
  2. Kamsah,
    Sememangnya agama kita menganjurkan maaf-bermaafan antara satu dengan yang lain.

    Pak Abu

    ReplyDelete