MEMILIH DR WAN AZIZAH – DAPAT MENGUBATI HATI YANG
DUKA LARA
Dengan memilih slogan,’ ‘Cukuplah, kali ini
kami pulak’ menampakkan bahawa Barisan Nasional sememangnya tidak
berhati-hati dalam memilih ‘battle cry’ yang oleh menarik perhatian pengundi di
sini. Jikalau diteliti dengan sedalam-dalammnya apakah ‘mesej’ yang mendalam
yang boleh diselami oleh pengundi yang mendorong mereka untuk mengundi BN.
Tidak ada. Kosong. Hanya sebagai ‘permohonan’ kepada pengundi agar mengubah
‘haluan’ untuk tidak mengundi Pakatan Rakyat dan sebaliknya mengundi BN. Itu
saja.
Sebaliknya
‘battle cry’ Pakatan Rakyat ialah sesuatu yang amat ‘solid’. ‘‘Say no to GST
and 1MDB’. Dan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak perlu menjalankan kempen dari
rumah ke rumah lagi kerana semua sudah faham baahwa pengenalan GST sememangnya
menyiksa rakyat terbanyak. Tidak perlu dijelaskan tentang ‘siksa’ yang dialami
oleh rakyat kini ekoran dari pengenalan GST itu. Tidak perlu diterangkan
‘panjang-panjang’. Rakyat tahu. Rakyat bandar tahu. Rakyat luar bandar lagi
tahu tentang perit yang dialami oleh mereka selepas pengenalan GST.
Pastinya
kesan GST ialah BN (barang naik). Maknanya ‘gandingan’ GST dan BN adalah amat
sesuai digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini samada di Rompin atau
di Permatang Pauh. Para penceramah Pakatan Rakyat tidak perlu ‘pecah kepala’
memikirkan bahan kempen untuk dijelaskan kepada pengundi disebabkan isu yang
ada sekarang sudah berada di hadapan mata. Cukup sekadar melafazkan satu ayat,
“GST itu BN”.
Kali
ini juga pihak pembangkang agak beruntung disebabkan ada ‘penceramah’ yang
tidak diundang ia itu Tun Mahathir sendiri. Beliau telah memulakan ‘kempen’ ini
beberapa minggu yang lepas dengan menempelak pelaksanaan IMDB oleh kerajaan.
Dan telah dijelaskannya tentang ‘malapetaka’ yang ditimbulkan oleh IMDB kepada
rakyat Malaysia yang mana kesannya yang amat mendalam ialah tentang rakyat
Malaysia dari beberapa generasi yang akan datang yang terpaksa menanggung
hutang yang berbilion ringgit.
Pemilihan
Dr Wan Azizah sebagai calon Permatang Pauh adalah tepat disebabkan banyak
faktor. Aku merasakan bahawa pemilihan
Dr Wan Azizah ini adalah sebagai untuk ‘menjaga hati dan perasaan’ pengundi
Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya hati pengundi di sini ‘terubat’ juga dengan
pemilihan Dr Wan Azizah yang merupakan isteri kepada Saudara Anwar Ibrahim yang
merupakan ‘darling’ rakyat Permatang Pauh.
Antara
Anwar Ibrahim dengan Permatang Pauh adalah seperti Nelson Mandela dengan
kampung Qunu di Afrika Selatan. Anwar Ibrahim adalah anak jati Permatang Pauh.
Dan ke mana sahaja beliau pergi dan berada, nama ‘Permatang Pauh’ tidak akan
lekang daripada sebutannya. Menampakkan bahawa antara Anwar Ibrahim dengan
Permatang Pauh adalah seperti Aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku.
Bermakna pengundi Permatang Pauh akan sentiasa diingati dalam masa senang dan
dalam masa susah.
Justeru
aku mengatakan bahawa pemilihan Dr Wan Azizah adalah pemilihan yang tepat. Dan
sekiranyalah pihak kepimpinan Pakatan Rakyat tersilap membuat percaturan dan
meletakkan calon lain untuk Permatang pauh, maka besar kemungkinannya PRK ini
kehilangan banyak undi walaupu masih dapat mengekalkan kemenangan di sini.
Aku
masih yakin antara pengundi Permatang Pauh dengan Anwar Ibrahim ‘dihubungkan’
antara hati dan perasaan. Bagi pengundi Permatang Pauh Anwar Ibrahim adalah
‘anak kandung’ mereka dan sebagai ‘anak’ mereka akan terus mempertahankan
Anwar. Dan bagi mereka yang boleh ‘menggantikan’ Anwar adalah isteri Anwar
ataupun anak Anwar atau pun mungkin pada suatu ketika nanti cucu Anwar.
Mungkin.
Perasaan
sebegini adalah perasaan orang Melayu yang diwarisi turun temurun. Pernah
diceritakan dalam sejarah Kesultanan Johor di mana ‘Orang Laut’ tidak memberikan taat setia mereka kepada
keturunan Bendahara selepas kemangkatan Sultan Mahmud mangkat dijulang.
Walaupun Sultan Mahmud dianggap sebagai zalim, dan dibunuh oleh Bendahara yang
kemudiannya menjadi Sultan di Johor namun ‘Orang Laut’ yang secara tradisinya
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada keturunan Sultan enggan
memberikan taat setia kepada Bendahara yang bukan berasal dari “Bukit Seguntang
Mahamiru’
Itulah
perbandingan yang hampir sama yang dapat aku berikan tentang suasana yang ada
di Permatang Pauh mengenai hubungan ‘hati dan perasaan’ antara pengundi Permatang
pauh dengan Anwar Ibrahim. Semacam mereka tidak mahu ‘renggang’ dengan Saudara
Anwar Ibrahim. Tiada “Aur’ tebing akan runtuh dan robohnya ‘tebing’ Aur tidak
boleh tumbuh…
Sekurang-kurangnya
Isteri Anwar Ibrahim ( Dr Wan Azizah)
dapat ‘mengubati’ hati yang luka lara pengundi Permatang Pauh…
abuhassanadam
25
April 2015
Memenangkan DSWA, demi meneruskan perjuangan DSAI. Demi Rakyat, Lawan tetap lawan! Menumbangkan rejim yang zalim dan korupsi.
ReplyDelete#kitalawan
Saudara,
ReplyDeleteAnak muda harus berjuang. Syabas!
Pak Abu
Terima kasih Pak Abu memberi sokongan..tiada yang lama, tiadalah yang muda..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete