Saturday, April 11, 2015

DS NAJIB HARUS HAYATI NASIHAT TUN DAIM

Kata Tun Daim, bekas Menteri Kewangan Malaysia,

“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah…..Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno….Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya, baru mereka ambil tindakan….Mungkin Umno masih yakin tetapi tidak senang hati sebab-sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat," katanya. (Malaysiakini 10 April 2015)

Tun Daim dikenali sebagai seorang yang ‘pendiam’ dan sentiasa ‘diam’ dan tidak bercakap banyak. Dan apabila Tun Daim sudah bersuara bermakna sudah ada ‘sesuatu’ yang sedang ‘berlegar’ yang mana ramai antara kita yang tidak tahu apa yang sedang berlegar itu. Hanya segelintir rakan-rakan dan sahabatnya sahaja yang dapat ‘menicum’ apa yang sedang diperkatakan mengenai politik tanah air kini.

Ayat terakhir dalam kenyataan di atas yang berbunyi,’…Itulah yang kita takut terlambat” mempunyai implikasi (yang terselindung) yang memberikan erti yang cukup bermakna. Seolah-olah Tun Daim menyarankan sesuatu tindakan yang drastik yang perlu diambil oleh DS Najib untuk mengelakkan keadaan-keadaan sepertimana yang dialami oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun Daim telah memberikan bayangan tentang keadaan ‘nasib’ yang menimpa ke atas kedua-dua orang pemimpin itu.

Yang jelasnya ialah Tun Daim seolah-olah menasihati DS Najib agar jangan meletakkan kepercayaan yang begitu tinggi di atas sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO. Belum pernah lagi seorang pemimpin memberikan nasihat yang begitu jelas dan ikhlas untuk dihayati mengenai sikap dan tindakan ahli-ahli UMNO.
“….Umno ini caranya memang begitulah…..Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno”.

Beliau mengemukakan contoh-contoh tentang apa yang terjadi kepada Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi tetapi tidak menceritakan apa yang telah terjadi kepada Saudara Anwar Ibrahim.

Aku melihat sendiri ‘dengan mata kepala’ tentang sikap ahli UMNO sebagaimana yang dijelaskan oleh Tun Daim itu.  Aku melihat sendiri ‘mainan’ setengah pemimpin UMNO yang berlagak ‘depan lain belakang lain’ sebagaimana yang dibayangkan oleh Tun Daim itu. Peristiwa yang menimpa Saudara Anwar Ibrahim boleh dijadikan contoh yang paling baik dan berkesan untuk dihayati oleh siapa sahaja yang bergelar pemimpin kini dan berkemungkinanan akan menjadi seperti Anwar Ibrahim satu ketika nanti.

Namun bagitu bagi Saudara Anwar Ibrahim beliau merasa bahagia kerana mendapat sokongan rakyat Malaysia yang menyeluruh tidak mengira bangsa dan agama. Tun Daim menjelaskan bahawa ahli UMNO sahaja yang bersikap demikian dan beliau tidak pula menyentuh tentang sikap keseluruhan Malaysia. Tetapi mungkin ada juga antara rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian rupa. Dan aku amat setuju dengan pandangan sedemikian kerana dalam kes Anwar Ibrahim, walaupun ahli UMNO yang pernah ‘mencium tangannya’ meninggalkannya tetapi rakyat Malaysia yang bukan ahli UMNO memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini.

Betul kata peribahasa Melayu,” Yang ketawanya ramai dan yang menangisnya keseorangan”

Masih terbayang dimata aku malam bersejarah Saudara Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipecat juga dari menjadi ahli UMNO. Aku masih terbayang bagaimana beberpa orang pemimpin (dan ada yang menjawat jawatan menteri kini) memberikan pengakuan akan ‘sehidup semati’ dengan Saudara Anwar Ibrahm. Dari seluruh negara mereka datang, kononnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Saudara Anwar dan akan sama-sama memperjuangkan nasib beliau.

Betul kata Tun Daim, ‘“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah…..Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno….’

Anwar masih mendapat sokongan. Tetapi yang menyokongnya bukan ahli UMNO tetapi rakyat dari semua bangsa dan agama. Sokongan rakyat ini telah berputik dan bercambah semenjak tahun 1999 lagi. Sehingga kini mereka masih merupakan rakan setia ‘sehidup semati’ memperjuangkan idealisme yang diperjuangkan oleh Saudara Anwar Ibrahim.

Penyokong Anwar dari kalangan ahli UMNO telah ‘ghaib’ entah ke mana’. Malah yang dikatakan ‘sahabat sehidup semati’ itupun ghaib dan bukan sahaja ‘ghaib’ tetapi sama-sama memberikan ‘kutukan’ kepada Saudara Anwar Ibrahim. Seolah-olah merekalah ‘jaguh’ yang berada di medan hadapan mengutuk dengan mengatakan yang ‘mereka yakin yanag Anwar tetap bersalah dan melakukan perbuatan terkutuk itu..”. Aku masih ingat ‘tokoh’ inilah yang telah ‘melutut’ di hadapan Anwar pada suatu ketika dulu.

Dan nasihat Tun Daim elok dihayati oleh DS Najib apabila beliau dikatakan mendapat sokongan padu kini dari pemimpin UMNO,MCA,MIC dan lain-lain.

Elok juga difikirkan sedalam-dalamnya kata Tun Daim yang berbunyi,’ …Itulah yang kita takut terlambat…..”


abuhassanadam
11 April 2015


7 comments:

  1. Pak abu
    no, we are not to late .what now we need someone who is more powerful and can Unite all Malaysia to # kita Lawan at 1st May,dan mendapat sokongan padu kini .......haho

    ReplyDelete
  2. Pak abu
    no, we are not to late .what now we need someone who is more powerful and can Unite all Malaysia to # kita Lawan at 1st May,dan mendapat sokongan padu kini .......haho

    ReplyDelete
    Replies
    1. King,

      Negara berbangga mempunyai anak negeri seperti anda.

      Pak Abu

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamisah,

      Moralnya ialah kena berhati-hati.

      Pak Abu

      Delete
  4. Saya bkn mahir sgt hal politik tapi apa yg pak abu tulis saya setuju, politik malaysia berbeza dengan negara maju iaitu ptgkan kelangsungan hidup ahli politik dan perjuangan rakyat no 2

    ReplyDelete
  5. Razif,

    Tak salah merendah diri......

    Pak Abu

    ReplyDelete