IMDB : TIDAK MUNGKIN MENTERI KABINET YANG LAIN TIDAK
TAHU
Sebenarnya isu yang berkaitan dengan IMDB memang
sudah lama diperkatakan. YB Rafizi Ramli dan YB Tony Pua sudah semacam ‘berbuih
mulut’ memperkatakannya tetapi ‘laungan’ mereka adalah ‘seperti anjing menyalak
bukit. Tidak dipedulikan . Semacam apa yang disuarakan oleh mereka itu
sengaja untuk mencari publisiti murah
ataupun sengaja menimbulkan ‘kekeliruan’ dikalangan masyarakat. Sementelahan
pula mereka adalah golongan pembangkang dan dengan demikian dengan senang
dicari alasan bahawa apa yang disuarakan oleh mereka itu adalah semata-mata
untuk mempolitikkkan sesuatu isu.
Rakyat Malaysia amat gembira mendengar kenyataan demi
kenyataan yang ‘membanggakan’ yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang
bertanggungjawab ‘menjaga’ IMDB sebagai ‘menjawab’ kepada persoalan yang
ditimbulkan oleh Rafizi dan Tony Pua. Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 20 Februari 2015
menyatakan,
"Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi
pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk
pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan
mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan
objektifnya," Mstar, Jumaat 20 Februari 2015- 1.56PM
Kenyataan YB Dato’ Ahmad Maslan. Timbalan Menteri Kewangan
Malaysia tambah ‘mengembira dan menyeronokkan’ rakyat Malaysia apabila beliau
mengulas mengenai IMDB. Dengan penuh yakin beliau menyatakan,"Keputusan
itu menunjukkan tidak ada perkara yang perlu diselindungkan.Tidak ada apa yang
tak kena dengan 1MDB tetapi ia masih dibangkitkan dan menjadi isu politik yang
keterlaluan….Kalau perkara positif dilihat dari sudut negatif, ia jadi negatif.
Tetapi apabila bangkit dengan saman dan membuka akaun, ia akan membersih nama
1MDB pada akhirnya…..Ia (1MDB) adalah anak syarikat milik penuh Kementerian
Kewangan yang berdaya saing dan maju tetapi diberi imej yang cukup negatif oleh
pembangkang yang tidak bertanggungjawab,"
Malaysiakini 8 March 2015 – 7.50PM.
Pihak
yang bertanggungjawab terus menerus menyalahkan pembangkang yang membangkitkan
isu yang amat penting yang boleh meruntuhkan ekonomi Malaysia ini. Rakyat yang
tidak faham tentang ilmu ekonomi yang kompleks sebegini pastinya akan sentiasa
‘mengangguk’ mendengarkan penjelasan yang ‘menyelerakan’ dan ‘manis’ pula
bunyinya sehinggalah keluar kenyataan Tun Mahthir yang memberikan gambaran
sebaliknya daripada kenyataan yang diberikan oleh ‘dua tokoh besar’ yang tahu
menahu tentang IMDB.
Kenyataan
Tun Mahathir bolehlah diibaratkan seperti halalintar membelah bumi dan
sememangnya akan menjadi ‘halalintar’ yang berkemungkinan ‘membelah bumi’
ekonomi Malaysia sekiranya tidak ditangani dengan segera dan penuh cermat. Dalam
kenyataannya yang berjodol,” Mahathir: Mana Lagi RM 27 billion 1MDB” menyatakan,”
Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap pembelian
1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa
RM27 bilion tidak dapat dikesan. Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya
menjadi RM14.7 bilion…Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal,” katanya.
Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya…..Di mana wang yang lain?” ( Malaysiakini 23 April 2015 – 2.35 PM)
Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya…..Di mana wang yang lain?” ( Malaysiakini 23 April 2015 – 2.35 PM)
Keadaan
negara kini sudah semacam ‘cacing sudah naik ke mata’. Maknanya sekiranya tidak
diubati dengan berkesan ‘mata’ akan menjadi buta. Bermakna keadaan ekonomi
negara kita sudah berada pada peringkat ‘nazak’ berdasarkan kepada statistik
dan fakta yang diberikan itu. Mungkin ‘tokoh-tokoh’ yang bertanggungjawab
kepada IMDB masih merasakan bahawa keadaan ini mungkin boleh diselamatkan dan
mungkin juga agaknya pada pandangan mereka Tun Mahathir sengaja mempolitikkkan
keadaan. Dan berkemungkinan juga rakyat di Permatang Pauh atau di Rompin akan
‘dinasihatkan’ supaya bersabar dan jangan mendengar khabar-khabar angin yang
bertujuan untuk menghancurkan negara.
Mungkin
para ‘pemimpin’ negara akan berduyun-duyun ke Rompin dan Permatang Pauh untuk
memberitahu rakyat di sana bahawa apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu
tidak benar dan hanya merupakan kenyataan pemimpin tua yang sudah nyanyuk. Dan ‘pemimpin’
peringkat bawahan di Permatang Pauh dan Rompin pula akan memberitahu rakyat
pengundi bahawa apa yang dikatakan oleh ‘pemimpin besar’ dari Kuala Lumpur
adalah betul belaka dan apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu hanya
sebagai ‘perangai buruk’ Tun Mahathir yang ‘tidak senang’ melihat ‘kejayaan’
kepimpinan sekarang.
Sekarang
semua ‘rahsia’ sudah terbongkar. Dan yang membongkarnya adalah bekas pemimpin
negara yang pernah menerajui Malaysia selama 23 tahun. Rakyat pastinya yakin
dan percaya tentang apa yang diperkatakan, apatah lagi segala hujah yang
dikemukakannya berlandaskan fakta yang cukup konkrit. Selagi tidak dinafi dan
tidak didakwa di mahkamah kenyataan yang dikeluarkan, maka selamgi itulah
rakyat akan terus meyakininya. Dan kini rakyat sudah betul-betul yakin tentang
apa yang disuarakan oleh Rafizi dan Tony Pua sebelum ini. Betul rupanya apa
yang diperkatakan oleh mereka.
Yang
menghairkankan aku juga ialah tentang sanggupnya pihak-pihak tertentu yang tahu
tentang selok-belok perjalanan IMDB menyembunyikan segala masalah dan keburukan
yang dialami oleh IMDB. Pastinya ada para menteri tahu tentang masalah yang
dialami oleh IMDB. Pegawai Tinggi kerajaan tentu ada juga yang tahu tentang
masalah yang dialami oleh IMDB. Mungkin pihak tertinggi Polis, SPRM juga tahu
tentang apa yang telah berlaku kepada IMDB. Mungkin juga pihak media arus
perdana tahu tentang apa yang berlaku tetapi hanya ‘mendiamkan diri’. Mungkin.
Mengapa
‘tokoh-tokoh’ ini tidak menasihatkan Perdana Menteri tentang cara-cara untuk
membaiki keadaan sebegini. Mengapa dibiarkan ‘sampai cacing naik ke mata’?
Takkanlah
anda tak tahu perkara sebegini telah berlaku…..
abuhassanadam
24 April 2015
Sir Abu Hassan I've been following your comments for sometime now . like most of it .and would like to share it if it's ok with you .tyvm
ReplyDelete