Monday, August 19, 2013

PEMIMPIN PURBA DALAM UMNO PATUT BERUNDUR

PEMIMPIN PURBA DALAM UMNO PATUT BERUNDUR

Kenyataan Tun Mahathir dalam artikel berjodol,’ Loud & Clear From Dr M: UMNO itself not the problem. it is the people who run it” bertarikh 18 Ogos 2013 ( Malaysia Chronicle ) tentunya boleh menyedarkan para pemimpin UMNO yang sedang ‘tidur lena.’ Tentunya ramai yang menyokong dan amat bersetuju dengan kenyataan  demikian yang keluar dari mulut seorang pemimpin veteran, yang sentiasa memerhatikan perkembangan yang berlaku dalam UMNO. Tun Mahathir merasakan bahawa para pemimpin ‘purba’ dalam UMNO perlu sedar apabila beliau menyatakan,
"They will need to re-examine themselves, because the party has become old and a lot of the leaders have been there for quite a long time. The young people don't find the party attractive anymore……So the problem is this... Umno don't like and fear 'people smarter than their leaders',"  Malaysia Chronicle bertarikh 18 Ogos 2013.
Tun Mahathir lebih kurang menyindir mereka yang masih tidak ‘sedar’,
·      Mereka perlu menilik diri mereka. Mereka perlu sedar bahawa parti UMNO adalah parti yang sudah ‘berumur’ (67 tahun) dan ramai pemimpin UMNO kini yang sudah begitu lama berada dalam parti berkenaan. Maknanya seolah-olah golongan ini tidak mahu berundur langsung. Makananya seolah menganggap UMNO itu adalah ‘milik’ mereka.
·      Orang muda pula tidak berminat untuk menyertai UMNO kerana kehadiran mereka tidak disenangi oleh golongan ‘purba’ , yang bimbang dengan kehadiran bijak  pandai dari golongan muda. Mereka takut golongan muda akan mengambil tempat mereka.
Tanyalah siapa pun terutamanya orang Melayu. Mereka akan mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hampir sempurna dalam menjalankan ‘tugas’nya sebagai sebuah parti untuk membela agama, bangsa dan negara. Dan tentulah tidak selengkap seperti Perlembagaan Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad itu. Namun apabila mengenangkan tentang kepimpinannnya, pasti ramai pula yang menggelengkan kepala. Amat kecewa dengan tindak tanduk setengah pemmpin UMNO yang tidak sedar tentang perubahan uang begitu pesat di dunia yang menyebabkan UMNO harus berubah sama seiring dengan peredaran zaman. Namun UMNO masih ditakuk lama dipimpin oleh orang lama.

Dan kekalahan kebanyakan calon UMNO dalam PRU 12 dan 13 juga adalah disebabkan orang Melayu telah begitu meluat dengan setengah pemimpin UMNO yang seolah-olah tidak sedar diri akan tugas dan tanggungjawab mereka kepada bangsa dan negara. Jikalau sudah begitu ramai orang Melayu menolak UMNO, tidak hairanlah sekiranya kaum bukan Melayu hampir keseluruhannya menolak UMNO.

Apakah mereka ( Melayu dan bukan Melayu yang menolak UMNO) harus dipersalahkan? Dan sudah pun dipersalahkan oleh setengah pemimpin UMNO yang menyalahkan kaum Cina yang menyebabkan berlakunya kekalahan secara besar-besaran calon BN dalam PRU 13 baru-baru ini. Mereka menggelarkan fenomena itu sebagai Tsunami Cina. Dalam keghairahan mereka untuk menyalahkan orang lain yang menyebabkan kekalahan itu, mereka tidak pula cuba ‘mencermin’ diri, menganalisis punca kekalahan itu. Tidak pula mereka mahu mengkeritik tentang kesilapanan dan kegagalan pemimpin mereka yang menyebabkan rakyat mengambil keputusan menolak mereka. Sebaliknya mereka mengambil sikap untuk menyalahkan ‘orang lain’. Aku rasa tindakan sedemikian amat tidak kena.
Ini adalah merupakan suara rakyat Melaysia yang sudah sekian lama ‘terpekik’ dan ‘terlolong’ menyatakan apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu. Para pemimpin UMNO seolah-olah memekakkan telinga dan memjamkan mata berkaitan dengan isu ini.
Aku masih ingat pada tahun-tahun 1970an dan 1980an di mana ramai anak muda yang terpelajar ( ketika itu ) yang ‘terkorban’ atau ‘dikorbankan’ oleh pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian ketika mencuba nasib mereka merebut jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian. Ramai diantara mereka yang cuba menawarkan diri mereka untuk berkecimpung dalam UMNO tetapi malangnya tidak kesampaian disebabkan berbagai ‘ sekatan’ dan ‘halangan’ yang dikenakan oleh pemimpin-pemimpin tua yang sudah sedia bertapak di setiap cawangan  dan bahagian.
Lantas ramai yang kecewa dengan UMNO. Bukan disebabkan mereka membenci UMO tetapi mereka meluat dengan sikap setengah pemimpin peringkat cawangan dan bahagian. Sehingga kini masih lagi terdapat pemimpin purba yang berperangai sedemikian yang masih berpaut pada UMNO sehingga akhir hayat. Ada terdapat pemimpin UMNO yang  dianggap sebagai ‘ super purba’ tetapi masih mahu memegang jawatan di cawangan dan bahagian.
Anak muda yang berhasrat untuk mengabdikan diri dalam kepimpinan UMNO pasti kecewa dengan keadaan sedemikian. Mengikut Tun Mahathir apabila keadaan sedemikian muncul, maka ramai golongan profesional seperti Peguam, Jurutera, Doktor akan menjauhkan diri dari UMNO dan seterusnya menyertai parti selain dari UMNO. Parti PAS misalnya.Dan akhir-akir ini sudah ramai pula golongan cerdik pandai Melayu yang menyertai Keadilan.
Tun Mahathir juga melihat bahawa,“The spirit to fight for the people, religion and country is no longer present. There is no loyalty to Umno because allegiance has now shifted from the party to selected individuals,” Amat tepat sekali pandangan Tun Mahathir pada pandangan aku. Kenyataan ini tentu sekali dapat dibuktikan dengan fenomena yang berlaku kini.
·      Ada yang menyatakan bahawa kepimpinan UMNO tidak perlu dipertandingkan. Maknanya apa yang dilakukan oleh pemimpin atasan UMNO adalah baik sekali. Tidak perlu dipersoalkan. Maknanya ahli UMNO sudah begitu puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Apa salahnya sekiranya dipertandingkan. Bukankan itu yang dimaksudkan dengan pengamalan demokrasi.
·      Ramai ahli UMNO seolah-olah sudah boleh ‘dicucuk’ hidung dan sentiasa menjadi ‘Yes-Men’. Keadaan yang begitulah yang disifatkan oleh Tun Mahathir sebagai , ‘ there is no loyalty to UMNO because allegiance has now shifted from the party to selected individuals’
Pemimpin UMNO harus faham bahawa, golongan professional Melayu menyokong parti yang bukan UMNO ( PAS-Keadilan) bukan disebabkan mereka membenci UMNO tetapi mereka terlalu ‘meluat’ dengan sikap dan tindakan kebanyakan pemimpin UMNO yang sudah keterlaluan.
Terlalu ‘GETIK’ ( loghat Perak) melihat perangai sebahgian besar pemimpin UMNO.

Abuhassanadam
19 Ogos 2013


1 comment:

  1. artikel yang memboomkan orang Melayu UMNO,bagus semoga boleh mencairkan bendalir otak beku dikalangan ahli UMNO kampongan.

    ReplyDelete