JENAYAH KINI - AHLI PARLIMEN PATUT DIPERSALAHKAN JUGA
Aku
tak kata semua ahli parlimen gagal.
Ramai yang berkebolehan dan mampu untuk membahaskan sesuatu isu. Yang
aku maksudkan ialah masih ramai yang datang ke parlimen itu hanya untuk
memanaskan kerusi dan ‘mengaut’ apa saja elaun yang diperuntukan kepada mereka.
‘Berpura-pura’ pandai dalam semua perkara tetapi hasilnya ialah sesuatu akta
yang diluluskan, tidak ‘diuli’ dengan terperinci dan hasilnya tentulah
menyusahkan rakyat juga.
Mengapa
timbul keadaan jenayah yang berleluasa sekarang?
Kita
boleh ‘memekik’ dan ‘terlolong’ menyalahkan semua orang. Kita marahkan pihak
polis. Kita marahkan anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kita
tudingkan jari kepada semua orang. Kita salahkan orang lain tetapi kita tidak
salahkan diri sendiri. Tetapi kita tidak menyalahkan wakil parlimen kita yang
membuat segala undang-undang yang menentukan hala taja kehidupan rakyat.
Sekarang
telah timbul suara-suara yang mahukan ISA dikaji semula kerana kononnya dengan
ketiadaan ISA maka keadaan keselamatan negara sudah terancam. Antara yang
menyuarakan hasrat ini ialah Ketua Wanita UMNO, yang masih merasakan yang
beliau masih diperlukan oleh masyarakat di Malaysia. Dan tentunya ramai juga
para ahli parlimen kini yang merasakan cadangan itu patut difikirkan. Dan
tentunya termasuk jugalah yang berada di dewan ketika akta dibahas dan
diluluskan.
Ini
yang dikatakan oleh orang tua-tua, ‘rumah siap pahat berbunyi’. Mengapa terjadi
demikian? Ketika isu ini dibincangkan di parlimen dulu ramai ahli parlimen kita
‘tidur’ atau tidak begitu bersungguh membincangkan isu yang sebegini penting.
Tidak diendahkan oleh mereka kesan yang akan menimpa rakyat terbanyak. Tidak
dipedulikan oleh mereka nasib rakyat bawahan. Mereka hanya mementingkan diri
dan keluarga mereka sahaja. Mungkin. Mereka tidak mengkaji secara terperinci
tentang sejarah mengapa undang-undang ini diwujudkan dan mereka tidak dapat
memikirkan apa pula akan terjadi sekiranya undang-undang ini ditiadakan.
Kini
ada pula pihak tertentu yang menyalahkan pembangkang yang bersungguh-sungguh
benar mahukan akta ini dihapuskan atau digantikan dengan akta lain. Pihak
pembangkang mempunyai alasan mereka yang tersendiri mengapa mereka mahukan akta
ini dihapuskan. Pada pandangan mereka akta ini kerapkali disalahgunakan untuk
‘menekan’ kegiatan mereka. Pihak tertentu dalam kerajaan sentiasa menggunakan
akta ini untuk menyekat apa saja kegiatan pihak pembangkang yang bertentangan
dengan aspirasi pihak parti Barisan Nasional walaupun kegiatan yang dilakukan
oleh pembangkang tidak langsung menyalahi perlembagaan negara.
Lantas
pihak pembangkang terus menerus menentang pelaksanaan akta itu. Dan DS Najib
terus membawa isu pemansuhan ISA ini ke parlimen untuk diperbahaskan.
Sepatutnya para ahli parlimen membincangkan dengan setulusnya kesan baik dan
buruknya. Para pembangkang telah menyatakan pandangan mereka bahawa akta
tersebut perlu dimansuhkan. Itu pandangan pihak Pembangkang. Persoalannya
mengapa pihak kerajaan ‘terikut-ikut’ dengan pandangan pembangkang. Ini yang dikatakan
bahawa sesuatu isu itu tidak diperhalusi dengan sejelas-jelasnya.
DS
Najib ketika mengumumkan tentang pemansuhan ISA dan menggantikannya dengan akta
baru pada 15 September 2011 telah menyatakan bahawa pemansuhan itu bertujuan, ‘to accommodate and realise a mature, modern and
functioning democracy; to preserve public order; enhance civil liberty and
maintain racial harmony’. Tidak salah langsung hasrat murni Perdana Menteri
itu. Dan sememangnya dikemukakan isu pemansuhan itu disebabkan terdapat tentangan
dan laungan yang amat kuat mengenai ISA ini.
Atas dasar itulah hasrat pemansuhan ISA
dikemukakan di Parlimen. Maka akta ISA dimansuhkan dan digantikan dengan
Security Offences ( Special Measures) Act 2012 yang mendapat perkenan YDP Agung
pada 18 Jun 2012.Maknanya akta ini mendapat mandat daripada ahli parlimen kita.
Dalam bahasa ‘orang kampung’, semua ahli parlimen (penyokong kerajaan) setuju.
Semua penyokong kerajaan setuju kepada akta ini diluluskan. Kini telah timbul
pula suara supaya dikaji semula. Ini yang dikatakan ‘surung-sentap’ namanya
(maaf terpaksa menggunakan loghat orang Perak).
Aku tabik pada sikap Menteri Keselamatan Dalam
Negeri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Dr. Ismail bin Abdul Rahman.
Tegas. Tidak mudah ‘digoyang’ dan ‘digoncang’. Tokoh yang berpegang pada
prinsip. Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri beliau menyatakan,
“
I maintained then and I maintain now the view that the Internal Security Act is essential to the security of
this country especially when democracy in
interpreted the way it is interpreted in this country. To those in opposition to the government
democracy is interpreted to mean
absolute freedom, even the freedom to subvert the nation……I am convinced that the Internal
Security Act as practised in Malaysia is not
contrary to the fundamentals of democracy. Abuse of the Act can be prevented by vigilant public
opinion via elections, a free press and above
all the Parliament’ Wikipedia.
Lebih kurang Tun Dr. Ismail mengatakan bahawa
akta ISA itu penting dulu dan kini untuk keselamatan negara ini, khususnya
apabila konsep demokrasi itu diterjemahkan dalam konteks negara kita. Bagi
pihak pembangkang mungkin lain persepsi mereka mengenai konsep demokrasi.
Beliau yakin, katanya yang ISA yang diamalkan di Malaysia tidak bertentangan
dengan konsep demokrasi yang sebenarnya. Sebarang penyelewengan dan
penyalahgunaan boleh dihalang melalui kritikan dari masyarakat yang menyalurkan
melalui kebebasan akhbar dan melalui parlimen.
Rencana
ini bukan bertujuan untuk
menyatakan bahawa ISA itu perlu diwujdukan semula. Yang menjadi pertikaian
dalam rencana ini ialah sikap ahli parlimen yang acuh tak acuh mengenai sesuatu
isu penting negara. Rakyat sudah pun memberi mandat untuk mewakili mereka di parlimen. Dan sememangnya
itu pun tugas mereka. Bukannya untuk membincangkan projek-projek yang
memberikan keuntungan kepada mereka dan keluarga mereka.
Yang peilknya juga ada isu-isu yang difikirkan
perlu untuk dibincangkan di parlimen, tetapi telah ditolak oleh pihak Speaker
dengan alasan-alasan yang berbagai-bagai. Mereka fikir rakyat tidak tahu
mengapa sesuatu isu itu tidak dibincangakn. Rakyat bukan bodoh. Rakyat boleh
agak bahawa sesuatu isu tidak dibincangkan adalah disebabkan untuk menjaga
kepentingan pihak-pihak tertentu. Maka
lantas sesuatu isu yang melibatkan rakyat terbanyak ditolak begitu sahaja.
Kepentingan rakyat diabaikan.
Sudahlah…Fikirkanlah kepentingan rakyat yang
menderita di luar.
Abuhassanadam
4 Ogos 2013
Setelah membaca tulisan tuan saya amat bersetuju keluruhan mereka ahli perliman BN memang tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang memileh mereka. Mereka mementingkan siapa yamg mencalunkan mereka, jika tidak memberi sokongan untuk PRU yang akan datang ketua mereka tidak akan memileh sebagai calun lagi. Oleh hal demikian terlepas mereka untuk mendapat habuan dari ketua ketua mereka. Selagi adanya manusia sebegini yang mengejar dunia tanpa memikirkan tanggungjawab yang sepatutnya dipikulnya sebagai 'wakil rakyat'.....
ReplyDelete