DEKLARASI RAKYAT MENENTANG DS NAJIB DAN KONCO-KONCONYA
Tertandatangannya
Deklarasi Rakyat bermakna bermulanya babak baru dalam sejarah Malaysia ia itu
pertembungan antara rakyat Malaysia dengan DS Mohd Najib dan konco-konconya.
Dalam kenyataan yang diberikan jelas menampakkan bahawa matlamat kumpulan yang
baru ditubuhkan ialah untuk menyingkirkan DS Najib Tun Razak dari terus menerus
menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Bukan itu saja
Pengisytiharan Deklarasi rakyat memasukkan juga syarat-syarat tentang
·
penyingkiran semua mereka
yang bersekongkol dengannya.
·
Pemansuhan semua
undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub
di bawa perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih.
·
Pemulihan integriti institusi
yangtelah dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.
Kumpulan yang
menandatangani Deklarasi Rakyat tidak menentang UMNO, walaupun ramai pendokong
parti pembangkang menandatangani deklarasi berkenaan. Dan tidak juga merupakan
pertubuhan pembangkang. Kumpulan ini adalah golongan yang amat sedar tentang
keadaan negara yang amat meruncing dan sekiranya tidak diambil tindakan
pemulihan adalah besar kemunkinannya negara akan menjadi lebih teruk lagi
ditinjau dari berbagai sudut.
Dan kumpulan
rakyat perihatin ini sedar bahawa salah satu punca besar yang menyebabkan
negara kini terjadi sedemikian adalah berpunca daripada tindakan Perdana
Menteri dan konco-konconya yang mentadbirkan negara ini seolah-olah ‘bersultan
di mata dan beraja di hati’. Lantas kumpulan ini juga bertanggungjawab atas
segala kecacatan yang menimpa negara dan rakyat Malaysia kini.
Mungkin ini
merupakan langkah terakhir bagi pemimpin perihatin untuk membetulkan keadaan
negara yang ditimpa malang ini. Tidak pernah berlaku lagi keadaan dimana
pemimpin (yang berbeza pendapat dan ideologi) sanggup ‘duduk semeja’, mencari
jalan yang sesuai untuk menyelamatkan negara yang hampir musnah ini. Tidak
pernah berlaku pemimpin yang bertaraf ‘otai’ sanggup melupakan prinsip
perjuangan dan ideologi masing-masing demi untuk kesejahteraan rakyat.
Masih ada lagi
pemimpin kerajaan yang seolah-olah ‘mempersendakan’ kumpulan yang menandatangan
Deklarasi Rakyat ini. Masih ada lagi pemimpin kerajaan yang merasakan bahawa
tidak ada apa-apa yang berlaku dalam negara kini. Seolah-olah mereka merasakan
apa yang dirasai dan dideritai oleh rakyat kin, tidak sedikit pun dirasai oleh
mereka.
Mungkin mereka
tidak merasakan tentang kenaikan harga barang yang melambung disebabkan mereka
memiliki wang yang ‘melimpah-ruah’. Mereka tidak merasakan keperitan untuk
membiayai pendidikan anak-anak. Mereka tidak mempedulikan apa yang akan berlaku
selepas tertandatangannya TPPA. Mereka tidak bimbang tentang pembiayaan
pendidikan anak-anak mereka di pusat pengajian tinggi disebabkan mereka mudah
mendapat pembiayaan itu daripada MARA atau JPA atau PETRONAS disebabkan mereka
‘berkuasa’ untuk memperolehinya. Lantas mereka merasakan bahawa mereka sentiasa
bahagia dan terus menerus menafikan bahawa seolah-olah tidak ada apa yang
berlaku dalam negara kini.
Deklarasi rakyat
menyeru, “ kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum,
ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama
selamatkan Malaysia daripada kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk
membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan
memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan
kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, professionalisme serta
integiri instutsi-institusi nasional.
Ibaratnya perahu
sudah diair dan perahu sudah ditangan. hanya masa menentukan untuk mengayuhnya.
Rakyat Malaysia dengan tidak mengira bangsa, agama dan keturunan seharusnya
menyambut baik saranan keumpulan yang menandatnagani Deklrasi Rakyat ini. Ia
bukan suatu jemputan untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan, tidak
juga menganjurkan demonstrasi besar-besaran tetapi hanya sekadarkan bergerak
mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan agar penerusan pemerintahan yang
ada sekarang disekat.
Bagi aku
penandatangana Deklarasi Rakyat adalah juga merupakan satu ‘watershed’ dan
tergarisnya satu ‘demarcation line’ antara zaman sebelum dan zaman selepasnya.
Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia dimana para pemimpin rakyat
yang berbeza pendapat dan pandangan sanggup bersatu hati dan bersatu tekad demi
menyelamatkan negara yang tercinta ini.
Diharapkan rakyat
Malaysia amat sedar tentang tanggungjawab setiap orang demi menyelamatkan
negara yang tercinta ini.
abuhassanadam
5 March 2016
No comments:
Post a Comment