ORANG MELAYU SUDAH MULA DIPERSALAHKAN
Seingat
aku belum pernah lagi aku merasa ‘terhina’ sebegini sebagai orang Melayu yang
tinggal di sebuah negara yang bernama Malaysia. Ke mana saja kita pergi pasti
orang akan bertanyakan mengenai IMDB. Samada di dalam negara atau di luar
negara. Negara Malaysia seolah-olah sudah menjadi negara yang betul-betul
terhina di mata dunia.
Aku
tidak menyangka langsung begini jadinya. Aku tidak menduga negara boleh
‘terjerumus’ ke lembah kehinaan sebegini. Aku amat terkejut seorang rakan dari
Whidby Island, Seattle USA dapat menghuraikan dengan lanjut mengenai isu IMDB.
Rakan ku itu dalam pelayaran mengelilingi dunia dan singgah sebentar di
Singapura. Dan di Singapuralah kami berjumpa dan dengan panjang lebar beliau
melahirkan kekesalannya tentang apa yang telah berlaku kepada negara Malaysia
dan nasib yang menimpa rakyatnya. Jikalau penduduk Whidby Island ( kawasan Ulu
Amerika) pun dapat mengetahui dengan sejelas-jelasnya apa yang berlaku di
negara Malaysia, maka aku tidak hairanlah seluruh dunia sedang memperkatakan
tentang negara kita. Tentunya mengenai keburukan dan nasib malang yang menimpa rakyat
negara ini.
Orang
Melayu sudah mula dipersalahkan mengapa keadaan jadi begini. Bukan orang Cina
yang mengatakan yang orang Melayu patut dipersalahkan. Tidak juga orang India. Dan tidak pula bangsa
lain-lain. Tetapi yang menyalahkan orang Melayu yang menyebabkan keadaan negara
jadi begini kini adalah orang Melayu sendiri. Bukan saja orang Melayu yang
mendapat didikan tinggi, lulusan luar negara tetapi orang Melayu yang mendapat
rezeki dari kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mereka sendiri
merasakan yang orang Melayu yang patut dipersalahkan.
Orang
Melayu bandar dan desa sudah ‘mangli’ dengan kisah IMDB dan kini telah mula
mepersoalkan pula tentang apa yang telah terjadi kepada Tabung Haji, FELDA,
MARA dan badan-badan kerajaan lain yang kononnya berjuang untuk memajukan orang
Melayu. Meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Supaya orang Melayu
itu…ini…begitu…begini…Pendek kata setiap kata-kata yang manis-manis terhambur
dari mulut yang empunya cerita.
Orang
Melayu sudah mula dipersalahkan. Yang menjadi Perdana Menteri orang Melayu
(keturunan Bugis katanya). Yang menjadi Timbalan Perdana Menteri orang Melayu (
keturunan Jawa katanya). Yang menjadi Menteri dan juga Setiausaha Agung UMNO
orang Melayu (keturunan pembesar Aceh katanya), Kebanyakan menteri-menteri
kabinet terdiri dari orang Melayu dan ada seorang dua sahaja yang bukan Melayu.
Kebanyakan wakil rakyat orang Melayu. Peguam Negara orang Melayu. Ketua Polis
Negara orang Melayu. Ketua Setiausaha Negara (namanya nama Melayu). Pegawai
Tinggi kementerian kebanyakannya Melayu. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan
hampir 90% Melayu. Pengetua/ Guru Besar, ‘Guru Kecil’ kebanyakannya Melayu.
Pendek kata negara ini dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu kecuali bidang
ekonomi saja yang masih belum dikuasai oleh orang Melayu.
Persoalannya
ialah apakah Melayu-Melayu ( termasuk aku )
ini tidak nampak dan kelihatan dengan apa yang berlaku dalam negara
kini. Membaca dan mendengar apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV arus perdana
di Malaysia sememangnya kita merasa lega dengan negara ini seolah-olah kita
berada dalam syurga, tetapi apabila membaca laporan dari luar negara, dari
akhbar-akhbar dan majalah luar negara, mahu kita menangis sekuat-kuatnya
mengenangkan nasib negara dan bangsa Malaysia yang ‘terhina’ ini. Dan apabila
kita merasakan sendiri himpitan hidup seharian di negara ini.
Aku
teryakin dengan sumber berita luar negara kerana apa yang dilaporkan oleh
mereka tidak diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Sekiranya apa yang
dilaporkan oleh mereka bukannya berita sahih, maka pihak kerajaan perlu
mengambil tindakan undang-undang. Dan sehingga kini belum ada lagi tindakan
sedemikian. Dengan demikian apa yang dilaporkan itu adalah sahih dan tepat.
Dan
sekiranya apa yang dilaporkan oleh Wall Street Journal atau The Economist atau
The New York Times itu merupakan berita yang sahih maka mengapa tidak ada
‘suara’ langsung dari para Menteri Kabinet kita yang seolah-olah apa yang
dilakukan oleh kerajaan kini betul belaka. Mengapa para wakil rakyat (BN) tidak
langsung ‘berketik’ menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan
kerajaan kini. Dan mengapa para pegawai kerajaan kita tidak langsung ‘bersuara’
menyatakan sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku dalam pentadbiran negara
kini.
Dilaporkan
bahawa kedudukan DS Najib sudah semakin kukuh kini disebabkan sokongan dari
kalangan ahli UMNO. Apakah tidak ada dan tidak terdapat langsung para ahli UMNO
(hanya segelintir yang menentang ) yang
agak ‘celik’ untuk menyatakan sesuatu yang tidak kena mengenai pentadbiran
negara kini. Atau apakah kesemua ahli UMNO yang terdiri dari orang Melayu di
negara ini begitu yakin dan percaya dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan
negara kini sehingga tidak terdapat langsung cacat celanya.Dan yang paling
menyedihkan ialah apakah golongan ini tidak memikirkan langsung tentang nasib
anak cucu mereka yang akan mewarisi negara ini kelak.
Mungkinkah
mulut mereka telah tersumbat dengan kertas?
abuhassanadam
16 Mac 2016
tersumbat dengan kertas yang bernilai tinggi?
ReplyDeleteAssalamualaikom Pak Abu,
ReplyDeleteSemuanya berbalik kepada nawaitu.
Jika perjuangan setiap insan itu di jalan yang betul.Allah swt akan titipkn sentuhan hati yang kuat untuk bertindak balas.Dan Dia kurniakan rasa tanggungjawab dan keberanian di hati untuk menetang penganiayaan atau kezaliman.
Sedihnya tiada insan melayu yang betul betul sanggup lagi mempertahankan maruah keluarga, bangsa dan negara.
Allah tutupkan hati mereka yang menghalalkan yang haram , dengan kesibukan dunia dan mulut mereka di kunci dengan ketaksuban/syirik khafi.Nauzzubillah.
Assalamualaikom Pak Abu,
ReplyDeleteSemuanya berbalik kepada nawaitu.
Jika perjuangan setiap insan itu di jalan yang betul.Allah swt akan titipkn sentuhan hati yang kuat untuk bertindak balas.Dan Dia kurniakan rasa tanggungjawab dan keberanian di hati untuk menetang penganiayaan atau kezaliman.
Sedihnya tiada insan melayu yang betul betul sanggup lagi mempertahankan maruah keluarga, bangsa dan negara.
Allah tutupkan hati mereka yang menghalalkan yang haram , dengan kesibukan dunia dan mulut mereka di kunci dengan ketaksuban/syirik khafi.Nauzzubillah.
Orang melayu tidak mampu lagi mencapai tahap ketamadunan dunia.Tidak berupaya membawa sejarah gemilang untuk bangsa.
ReplyDeleteItu yang cuba di sampaikan oleh masyarakat dunia.Hanya pemimpin kita yang tidak menyedarinya.
Selamat petang saudara-saudari,
ReplyDeletePernah sekali saya membaca berhubung peletakkan jawatan oleh Tun Hussein Onn. Antara yang telah memberi komen merupakan salah seorang ahli politik DAP. Saya tidak ingat dengan betul nama penuh beliau, tetapi bermula dengan "Tan". Beliau melafazkan bahawa "Dengan peletakan jawatan oleh arwah Tun Hussein Onn berakhirlah zaman untuk keluhuran dan kebenaran di kancah politik Malaysia".
Apa yang kita perhatikan berlaku di negara kita menunjukkan kebenaran penyataan oleh ahli politik DAP tersebut. Kenapakan dalam sesebuah negara dengan rakyatnya hampir 30juta dengan rukun negara yang sebegitu murni, kita membenarkan beberapa orang mempergunakan kita dan menjatuhkan maruah negara sebegitu mendalam?
Apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia dalam mengembalikan Malaysia ke jalan yang benar? Sekiranya kita tunduk kepada kezaliman dan kepentingan diri, adakah erti kita mendakap Tuhan. Ini adalah persoalan yang perlu ditanya oleh setiap dari kita. Tidak berguna berfikir bila nasi telah menjadi bubur.
Pemimpin BN / UMNO mana faham baca suratkhabar org putih...sbb tu depa x baca...yg bc suratkhabar ini adalah golongan yg sygkn negara aja...huhuhu...
ReplyDeletePemimpin BN / UMNO mana faham baca suratkhabar org putih...sbb tu depa x baca...yg bc suratkhabar ini adalah golongan yg sygkn negara aja...huhuhu...
ReplyDelete