Friday, March 4, 2016

MENUNGGU ‘SUARA’ ANWAR IBRAHIM DARI PENJARA

            Kadang-kadang aku merasakan semacam tidak ada harapan langusng untuk terus hidup secara aman dan bahagia di negara Malaysia (yang tercinta ini) sepertimana yang pernah aku lalui sebelumnya. Dan kadang-kadang aku merasa begitu sedih mengenangkan nasib yang dilalui oleh anak-anak ‘mengharungi suasana negara yang penuh dengan ‘azab dan derita’ dan penuh dengan pancaroba ini. Lebih menakutkan aku ialah apabila mengenangkan nasib yang akan dilalui oleh anak cucu dalam menempuh zaman-zaman selepas ini dalam suasana negara yang sebegini.

            Untuk menenangkan perasaan yang ‘duka-lara’ ada juga terdengar suara-suara yang mengatakan bahawa Pilihanraya yang akan datang akan mengubah segalanya. Akan meletakkan semula keadaan negara ini pada keadaan yang sepatutnya. Aku merasa sangsi. Jikalau pun dapat ‘memulihkan’ semula keadaan negara ini, persoalannya ialah apakah dapat dipulihkan seperti keadaan sebagaimana yang pernah kita kecapi seperti tahun-tahun 1980an dan 1990an. Apakah negara yang sudah hampir menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ ini dapat dipulihkan dalam sekelip mata. Mustahil. Jiakalu adapun perubahan dalam tampuk pemerintahan negara, pastinya mengambil masa yang agak lama berbanding dengan ‘usaha’ yang dilakukan untuk ‘meruntuhkannya’.

            Dan aku terus menyoal beberapa soalan untuk diri aku sendiri menjawabnya. Apakah dapat rakyat Malaysia membuat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan kepada usaha pihak pemerintah sekarang yang terus menerus menunjukkan ‘taring dan sengat’ mereka yang seolah-olah tidak mepedulikan langsung asas undang-undang yang sepatutnya dipatuhi oleh sesebuah pemerintahan. Yang paling menyedihkan ialah keghairahan pihak pemerintah ‘bersultan dimata dan beraja dihati’ dalam melakukan apa saja yang diperlukan tanpa memikirkan ‘pandangan dan pemerhatian’ negara-negara luar. Seolah-olah pegangan mereka ialah ,’ peduli dan persetankan apa negara luar kata’.

            Amat menakutkan lagi ialah berbagai usaha yang dilakukan kini mengadakan berbagai peraturan dan undang-undang (melalui kelulusan di parlimen) yang menampakkan sebagai satu usaha untuk terus menguasai negara ini walaupun rakyat dapat membuat penentuan dalam pilihanraya yang akan datang. Pihak pemerintah seolah-olah tidak mahu melepaskan pegangan mereka terhadap negara ini walaupun dapat diperhatikan ( melalui persepsi ) bahawa sebahagian besar rakyat di negara ini sudah menunjukkan yang kerajaan yang memerintah kini sudah tidak dapat  diterima oleh rakyat terbanyak.

            Kesediaan Tun Mahathir untuk meninggalkan UMNO dan bersedia pula untuk bekerjasama dengan ‘siapa saja’ demi untuk ‘memperbetulkan pemerintahan’ di negara ini ada lah satu bukti bahawa negara ini sedang dalam keadaan ‘amat parah’ dan yang tidak pernah dialami sebelum ini. Dan kesediaan Saudara Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sebarang ‘perselisihan’ yang ada juga menunjukkan bahawa sudah sampai masanya setiap pejuang tampil memperjuangkan sesuatu yang boleh dikira dapat membetulkan semula keadaan negara Malaysia yang agak ‘tercela’ ini.

            Sebenarnya sudah begitu lama rakyat Malaysia semacam ‘hilang semangat’ dan kehilangan arah tuju disebabkan ketiadaan pemimpin yang dapat membimbing mereka untuk menunjuk arah. Ketiadaan Saudara Anwar Ibrahim seolah-olah telah membuka ruang yang seluas-luasnya untuk pihak-pihak tertentu melakukan apa saja ‘bersultan dimata dan beraja di hati’. Dan rakyat negara ini pula seolah-olah sudah ‘mati’ sebelum menemui ajal sebenarnya.

            Kini jelas menampakkan bahawa rakyat di negara ini masih benar-benar memerlukan pimpinan Saudara Anwar Ibrahim. Jikalau tidak diketemukan dengan ‘orang’nya maka ‘suara’nya pun sudah mencukupi untuk menyatukan rakyat Malayisa untuk memperjuangkan sesuatu demi kebaikan negara ini. Dan sekiranya terjadilah ‘pertemuan’ yang bersejarah antara Tun Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim, pastinya merupakan satu pertemuan ‘biduk lalu kiambang bertaut’.

            Sebagaimana yang telah dinyatakannya dar penjara,Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini. Persefahaman bersama ini akan menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Dato’ Sri Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara. Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan” Anwar Ibrahim 3 Mac 2016
            Inilah sifat seorang pejunag sebenar yang melupakan segala-galanya demi penerusan kesejahteraan bangsa dan negara.
            Dan rakyat amat memerlukan ‘suara dari penjara’ itu.

abuhassanadam
4 Mac 2016



2 comments:

  1. Assalamualaikom saudara Abu Hassan Adam,
    Kadang -kadang kebenaran itu terserlah tidak dengan cara berdepan,mahupun dengan perkataan tapi kebenaran boleh menjelma apabila sampai masa dan ketikanya.Tiada siapa di antara kita menyedari bahawa kebenaran selalunya berada bersama kita.
    Begitu lah juga setiap kebenaran telah terbiasa timbul setelah kita melakukan pengorbanan yang besar.
    DSAI dan Tun M, kedua-duanya berjiwa pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas.Cuma masing masing tidak menyedari bahawa mereka berdua mempunyai matlamat yang sama untuk memajukan negara dan rakyat.

    Hanya di saat kegemilangan itu,masing -masing di uji tentang kekuasaan,kemewahan,kesetiaan ,kecintaan dan kesucian budi.Tidak tahu di mana silapnya tapi yang benarnya pilihan Tun yang melantik DSAI tu sudah tepat tapi pilihan keduanya terbukti silap dan seterusnya amat silap kerana sudah ada yang menuding jari tentang kesilapan itu tapi bak kata orang-orang terdahulu ,apa apa pun yang pertama itu ada lah tepat/benar yang kemudian itu batil.Kerana yang pertama itu dari gerak hati dan yang kefua itu dari hasutan.Di sini lah keteguhan hati di uji.

    Namun,suara dari penjara hampir melupakan peristiwa hitam tahun 1997-98.Yang jelasnya sudah terbayang dua tokoh negara ini mengabdikan seruan lagu "Negaraku" kepada rakyat.
    Di sekolah era saya,setiap pagi saya menyanyikan lagu negaraku penuh khusyuk sambil memandang ke arah gambar Agung Sultan Abdul Halim di atas papan Hitam.Lagu saya nyanyikan penuh penghayatan walaupun ketika itu saya baru berusia 10 tahun.Apa yang saya ingat adalah Tuhan,Agung dan Rakyat.Rakyat bersatu,Agung bertahta dan Tuhan kurniakan rahmat.
    Kini kisah Deklarasi, DSAI dan Tun Mahadhir bersatu untuk berjuang untuk selamatkan Malaysia mengingatkan saya "Tanah Tumpah Darahku".
    Soalnya...antara keduanya siapakah yg terlebih dahulu menyedari suara rakyat yang merintih sekian lama mahu bersatu teguh.
    Bila?hanya pengorbanan menghilangkan
    keegoan dapat memusnahkan kemungkaran.

    ReplyDelete
  2. Norissa Jane,

    Sebuah analisis yang padat. Pandangan sedemikian seharusnya dimiliki oleh lebih ramai rakyat di negara ini.Teruskan. Saya amat bangga..

    Pak Abu

    ReplyDelete