ANWAR IBRAHIM MASIH RELEVAN
Agak
tidak keterlaluan sekiranya aku katakan Anwar Ibrahim persis Nelson Mandela.
Oleh kerana belum wujud seorang tokoh yang mirip dengan Mahatma Gandhi maka
agak keterlaluan juga sekiranya aku katakan perjuangan Anwar ‘menghampiri’
perjuangan Mahatma Gandhi ataupun perjuangan Jose Rizal di Filipina.
Mungkin
ada yang mempertikaikan pandangan aku yang agak keterlaluan ini. Tak apa. Itu
tak penting. Apa yang aku akan katakan hanya merupakan satu persepsi. Apa yang
aku fikir dan aku rasa.
Walau
bagaimana pun aku merasakan bahawa tokoh-tokoh seperti Shahidan (DS Shahidan
Kassim) ataupun Hishamuddin Rais ( Tukar Tiub) akan ‘bersetuju’ dengan apa yang
aku katakan ini. Mungkin juga dalam hati kecil DS Rosmah Mansor juga akan
bersetuju dengan apa yang aku katakan kerana tokoh-tokoh ini melihat dengan
mata kepala sendiri perjuangan dan ‘sepak terajang’ Anwar Ibrahim ketika berada
di campus university Malaya, akhir tahun-tahun 60an dan awal 1970an.
Anwar
Ibrahim ‘meletop’ di sekitar tahun-tahun 1968/1969 ia itu ketika menerajui
Persekutuan Bahasa Melayu University Malaya (PBMUM). Dan pada ketika itu
seolah-olah telah menenggelamkan UMSU ( University Malaya Students Union) yang merupakan
persatuan induk di university pada ketika itu. PBMUM unggul disebabkan adanya
Anwar Ibrahim sebagai pemimpinnya.
Di
situlah tapak mulanya perjuanagan Anwar Ibrahim, walaupun benih perjuangan
beliau telah mula tersemai ketika memimpin badan agama Islam di Kolej Melayu
Kuala Kangsar. Dan University Malaya bertukar ‘corak’ dengan adanya Anwar
Ibrahim. ‘Sudut Pidato’ ( dah takada dah!) menjadi begitu sibuk sekali sebagai
tempat mendengar ucapan-ucapan pemimpin pelajar yang pada ketika cuba mengasah
bakat masing-masing. Ibarat anak kerbau yang baru menyurung tanduk. Namun
begitu Anwar Ibrahim lah yang ‘mengimarahkan’ Sudut Pidato dengan ucapannya
yang berapi-rapi megkeritik apa saja dasar kerajaan yang merugikan rakyat.
Pada
ketika itu belum berkuat-kuasa lagi Akta Kolej dan University dan tentulah
tiada halangan bagi pemimpin pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka tentang
apa saja yang terlintas di hati. Dalam hal ini pelajar-pelajar disekitar
tahun-tahun berkenaan agak bertuah kerana dapat mengasah bakat dari sudut
kepimpinan. Para pelajar diberikan peluang seluas-luasnya untuk mengamalkan
kebebasan bersuara pada ketika itu.
Pernah
dalam perjumpaan kecil-kecilan dengan para pelajar di pusat pengajian tinggi
kini dan mereka sering bertanyakan kepada aku tentang bagaimana keadaan
university pada ketika Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Tentulah tidak
selengkap mana penjelasan aku tentang keadaan pada ketika itu. Namun begitu,
setelah mendengar ‘cerita’ aku, para pelajar merasa satu kehilangan yang amat
besar kerana mereka tidak dapat menikmati keadaan sebagaimana yang aku gambarkan
ketika itu – akhir tahun 60an dan awal 1970an.
Para
pelajar kini seolah-olah amat terkilan kerana mereka tidak dapat mengecap
kebebasan sebagaimana yang dikecapi oleh ‘orang tua’ yang sezaman dengan aku.
Dan yang paling mereka kesalkan bahawa sudah tidak wujud lagi tokoh seperti
Anwar Ibrahim di mana-mana campus di negara ini. Semacam tidak wujud pengganti
Anwar Ibrahim. Seolah-olah apa yang dikatakan ‘patah tumbuh hilang berganti’
itu tidak tepat dalam hal pengganti Anwar Ibrahim.
Apabila
ada ‘tokoh’ yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi di
negara ini, maka itu hanya merupakan pengucapan politik yang tidak mempunyai
asas yang kukuh. Dan berkemungkinan juga kenyataan itu dilafazkan seperti ayam
ketika ‘perut dipenuhi dedak’. Mungkin!
Sehingga
kini, ‘the silent majority’ yang ‘sewaktu’ dengan Anwar Ibarhim ketika di
university masih mengikuti perjuangan beliau walaupun beliau berada dalam
penjara. Kita tidak mengikuti beliau secara membuta-tuli. Golongan ini tidak
mendapat ‘dedak’ untuk menyokong perjuangan beliau. dan sepanjang perjuangannya
Anwar Ibrahim tidak menampakkan kecondongannya untuk menyimpang dari perjuangan
asal – memperjuangkan ‘the conscience of the majority’.
Obor
itu tidak pernah padam. Perjuangan Anwar Ibrahim akan terus menyala walaupun
ada segelintir yang merasakan bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak relevan.
Mungkin
golongan ini tidak mengenali siapa Anwar Ibrahim sebenar. Ataupun mungkin
mereka pura-pura tidak mahu mengenali Anwar Ibrahim….
abuhassanadam
18 Disember 2016
No comments:
Post a Comment