ASALKAN BERSERBAN, ASALKAN
BERJANGGUT PANJANG…
Semenjak zaman berzaman orang Melayu
Islam sering saja ditipu oleh para pendakwah songsang. Malah sehingga hari ini
pun masih ramai lagi orang Melayu Islam yang terus menerus ditipu oleh
pendakwah Islam songsang yang sentiasa ‘menyamar’ sebagai pendakwah Islam yang
hebat, yang authentic (kononnya) dan yang mempunyai authority (kononnya) dalam
hal selok belok agama Islam.
Orang Melayu bukan sahaja mudah lupa
( meminjam kenyataan Tun Mahathir) tetapi mudah percaya. Mungkin agaknya
disebabkan kejahilan dan kebodohan orang Melayu itu sendiri yang menyebabkan
golongan orang Melayu sedemikian mudah tertipu dan terpedaya. Dan yang
malangnya pula ialah golongan yang menipu itu adalah golongan bukan golongan
orang Melayu tetapi menyamar sebagai pendakwah Islam yang hebat.
Semenjak zaman berzaman orang Melayu
Islam telah merelakan dirinya untuk ditipu oleh golongan sedemikain. Semenjak
zaman Sheikh Al Hadi, ia itu awal Kurun ke 20, sering kita baca kisah para
pendakwah Islam dari negara Timur Tengah yang datang ke Tanah Melayu dan
menghawini gadis-gadis Melayu semata-mata untuk mendapat ‘berkat’ berkahwin
dengan ‘sheikh-sheikh’ dari Timur Tengah.
Asalkan berserban, asalkan
berjanggut panjang, asalkan berjubah, asalkan tahu sepatah dua berbahasa Arab,
asalkan pandai ‘berlagu’ Quraan maka orang Melayu pada ketika itu akan terpikat
dan bersedia untuk ‘menyerahkan’ anak dara mereka untuk dikahwini oleh ‘Pak
Sheikh’ dari negara Arab itu. Dengan sebab itulah seolah-olah para pendakwah
sedemikian ‘berpesta’ menGhawini anak-anak dara Melayu pada ketika itu.
Kedudukan para pendakwah songsang
ini (tidaklah semuanya begitu) amat dihormati dalam masyarakat Melayu. Ajaran
agama yang disampaikan pasti didengar dan dipatuhi walaupun banyak terdapat
unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Orang Melayu pada
ketika itu langsung tidak mempersoalkan betul tidaknya isi pelajaran yang
disampaikan sehingga pernah tersebar kenyataan tuan guru sedemikian yang
menyatakan, ‘ guru jangan disoal…berdosa!’
Sehingga hari ini penghormatan yang
‘membuta tuli’ terhadap para pendakwah luar masih diamalkan oleh sebahagian
besar orang Melayu. Asalkan berjanggut dan berjambang, berjubah, pandai
berbahasa Arab, tahu sedikit sebanyak hal yang berkaitan dengan agama Islam
pasti akan mendapat tempat di hati orang Melayu.
Mungkin agaknya disebabkan kebodohan
orang Melayu itu sendiri agaknya yang menyebabkan orang Melayu memandang
terlalu tinggi kepada pendakwah asing yang cuba menyampaikan dakwahnya di sini.
Ataupun mungkin juga sikap dan perangai orang Melayu yang terlalu memandang
tinggi melangit kepada orang asing sehingga kadang-kadang lupa akan kebolehan
bangsa sendiri.
Orang Melayu akan ‘cair’ apabila
yanng menyampaikan sesuatu ceramah di masjid dan surau itu terdiri dari
golongan yang didatangkan dari Timur Tengah walaupun isi ceramah yang
disampaikan tidak sehebat mana. Keadaan sebigini masih berlaku sehingga hari
ini. Akan dapat dilihat apabila menjelangnya bulan Ramdan nanti, maka akan
berduyun-duyunlah golongan yang ‘mencari makan’ ini datang ke negara kita.
Malah ada terdapat masijid-masjid di
Malaysia yang sanggup menggunakan khidmat imam Terawikh dari negara Timur
Tengah dan semacam ‘mengenepikan’ kemampuan imam-imam muda anak bangsa sendiri.
Ada pegawai-pegawai masjid yang lebih mementingkan golongan dari Timur Tengah
demi untuk menyemarakkan masjid. Seolah-olah imam-imam anak bangsa sendir tidak
boleh dan mampu menyemarakkan masjid.
Sampai bilalah agaknya orang Melayu
yang beragama Islam di Malaysia dapat diperbodohkan oleh pendakwah songsang ini…
Alahai bangsa ku…
abuhassanadam
21 April 2017
No comments:
Post a Comment