Monday, May 17, 2021

 SUMBANGAN GURU ASING KEPADA PELAJAR MELAYU

Sejujurnya sememang sudah lama terpendam di perasaan ku tentang hasratku untuk menulis tentang tajuk di atas. Memang tidak dapat dinafikan tentang sumbangan yang begitu besar yang telah diberikan oleh guru-guru bukan Melayu, khususnya guru dari kaum Cina dan India terhadap kemajuan anak Melayu. Maksudnya dalam zaman penjajahan sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Tahun 1955 aku diterima masuk ke 'sekolah orang putih' - Special Malay Class 1. Maknanya SMC1 - kelas 'sekolah orang putih' untuk anak Melayu sahaja. Sekolah berkenaan terletak di Padang Assam. Dah tak ada dah sekolah berkenaan dan diganti dengan Sekolah Kebangsaan Padang Assam. Kami berada di sekolah berkenaan hanya tiga tahun ia itu SMC1, SMC2 dan Standard VI. Setelah lulus Standard VI Entrance Examinations, dinaikkan ke Form 1 ia itu di Clifford School, Kuala Kangsar untuk meneruskan pelajaran menengah seterusnya.

Aku masih ingat lagi guru-guru yang mengajar di sekolah Padang Assam berkenaan. Guru besarnya bernama Mr Ang Chui Pek dan dibantu oleh Mr Lee Siew Wah, Mr Muthusamy dan Cikgu Wan Omar. Setiap kelas terdapat 30 orang pelajar. Kesemuanya Melayu dan ramai yang telah berjaya akhirnya menyandang berbagai jawatan penting dalam kerajaan dan swasta. Mahu tidak mahu perlu ditegaskan juga bahawa kejayaan anak Melayu berkenaan adalah juga merupakan sumbangan guru-guru bangsa asing yang tidak pernah kelihatan menganaktirikan pelajar-pelajar Melayu yang diajar pada waktu itu. Malah mereka dengan penuh dedikasi mengajar kami yang menyebabkan kami berjaya lulus peperiksaan dan berjaya ke sekolah menengah.

Satu perkara lagi yang tentunya menarik perhatian ialah tentang kesediaan penjajah Inggeris untuk membina sekolah Inggeris dan bersedia untuk memberikan pelajaran kepada rakyat Malaya (Melayu, Cina dan India) pada ketika itu. Walaupun sebagai penjajah, Inggeris seharusnya dikutuk, namun harus juga dipuji tentang kesediaan penjajah Inggeris untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak Melayu pada waktu itu.

Terdapat dua buah sekolah Inggeris yang dibina semata-mata untuk memberi peluang kepada anak Melayu dari kawasan luar bandar mendapat didikan Inggeris di daerah Kuala kangsar. Government English Schoola Padang Assam dan Government English School, Sayong Kota Lama Kanan. Kedua-dua sekolah inilah adalah sebagai 'feeder school' kepada Clifford School Kuala Kangsar, disamping memberi peluang kepada pelajar luar bandar mendapat didikan sempurna.

Di Clifford School Kuala Kangsar, pada ketika itu ( 1950an) hanya terdapat tiga orang guru Melayu ia itu Cikgu Mokhtar, Ckgu Sharbi dan Cikgu Syed Jaafar. Selebihnya terdiri guru-guru keturunan Cina, India. Dan Pengetuanya ialah Mr Karam Singh. Yang mahu aku tegaskan disini ialah bahawa sungguhpun kebanyakan guru-guru dari keturunan bukan Melayu dan ramai anak melayu yang menunutut di sekolah ini, namun guru-guru asing tidak pernah menunjukkan pilih kasih terhadap pelajar Melayu apa lagi menampakkan kebencian terhadap pelajar Melayu.

Jasa mereka sebagai guru tetap dikenang kerana atas sumbangan yang berharga merekalah ramai anak murid yang berjaya. Terima kasih Cikgu!

abuhassanadam

Padang Rengas

17 Mei 2021

Sunday, May 16, 2021

 ANTARA GURU KINI DAN GURU ZAMAN DULU


Jikalau ditanya anak-anak Melayu zaman penjajahan tentang apakah pekerjaan yang dipilihnya jika besar nanti, maka jawapan yang pasti terkeluar dari mulut mereka ialah untuk menjadi seorang guru. Mengapa begitu. Jawabnya ialah disebabkan hanya jawatan seorang guru yang sentiasa diperhatikan oleh ibu bapa ketika itu. Pakaian seorang guru kelihatan bersih dan bekerja hanya lima hari seminggu dan sebulan bercuti dalam bulan Ramadan. ( Pada zaman penjajahan, sebelum merdeka sekolah Melayu diberikan cuti sebulan pada bulan Ramdan).

Oleh itu mungkin atas alasan yang sedemikian jugalah maka emak dan bapak mengharapkan aku menjadi seorang guru. Menjadi gurulah aku sehingga kini. Amat berbangga rasanya menjadi seorang guru. Sekurang-kurangnya aku telah dapat mebahagiakan arwah emak dan bapak yang aku telah menyumpurnakan hasrat mereka agar aku menjadi seorang guru.

Bercakap mengenai guru tentulah aku tidak akan melupakan guruku yang bernama Cikgu Samad. Sudah banyak kali aku tuliskan mengenai sumbangan Cikgu Samad kepada anak muridnya. Namun disebabkan keunikan sumbangan Cikgu Samad maka menyebabkan aku tidak putus-putus melukis dan melakarkan sumbangannya kepada kami.

Tahun 1953. Aku dalam Darjah tiga di Sekolah Melayu Padang Rengas. Zaman penjajahan. Zaman sebelum merdeka lah tu. Salah satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah tentang dedikasi Cikgu Samad menyampaikan pelajarannya yang pada pandangan aku tidak akan dilakukan oleh Cikgu zaman ini sebagaimana yang dilakukan oleh Cikgu Samad. 

Pelajaran yang diajar oleh Cikgu Samad ialah Ilmu Alam atau Geografi (kata orang sekarang). Cikgu Samad mengajar mengenai sebuah pulau. Maka ditulisnya di papan hitam (menggunakan kapur putih) ayat, " PULAU IALAH SEKEPING TANAH YANG DIKELILINGI OLEH AIR'. Murid-murid perlu menghafal ayat berkenaan kerana inilah 'senjata' yang paling penting untuk membolehkan kami samada balik awal ataupun akan terus menjadi orang 'tahanan' sehingga dapat melafazakan ayat berkenaan tanpa merujuk ke papan hitam.

Pukul 12.30 tengah hari sampailah masa waktu pulang. Dan ketika inilah Cikgu Samad menggunakan ayat, " PULAU IALAH SEKEPING TANAH YANG DIKELILINGI OLEH AIR'sebagai tiket untuk kami pulang. Kami diarah berdiri atas kerusi dan berpaling ke belakang. Seorang demi seorang akan menyatakan ayat demikian. Sekiranya 'dengan penuh lancar' akan dibenarkan pulang. Biasanya ada seorang kawan aku yang nasibya agak malang yang sentiasa tidak dapat membacakan ayat yang sedemikian. Azhar ( bukan nama sebenar) namanya. Dan Azhar hampir setiap hari balik lewat disebabkan gagal 'ujian' yang diberikan oleh Cikgu Samad.

Satu hal yang unik mengenai Cikgu Samad ( ataupun guru-guru zaman dulu) ialah sebenarnya mereka bersungguh-sungguh benar menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka.  Disebabkan kesungguhna Cikgu Samad itu, beliau sanggup 'menunggu' sehingga Azhar betul-betul dapat membaca ayat yang diberikan. Berkaitan dengan peristiwa ini Cikgu Samad sanggup menunggu sehingga pukul 2.00 petang. Kelihatan semacam Cikgu Samad mahu mendenda Azhar tetapi sebenarnya Cikgu Samad 'mendenda' dirinya sendiri. Beliau sepatutnya boleh pulang lebih awal tetapi disebabkan dedikasi dan rasa bertanggung jawab kepada anak muridnya beliau sanggup bersama Azhar untuk pulang sehinggalah Azhar dapat menjawab soalannya.

Aku tidak dapat juga melupakan jasa Cikgu Samad apabila beliau memberikan hadiah kepada anak murid yang 'berjaya' dalam peperiksaan. Masih ada lagi hadiah yang berupa 4 buah buku tulis ( berharga 10 sen setiap satu) yang diberikan oleh Cikgu Samad kerana kejayaan ku dalam peperiksaan. Aku masih ingat juga hadiah kedua diberikan oleh Cikgu Samad tiga buah buku tulis kepada Khairuddin Arshad ( Dato Haji Khairuddin Arshad (Arwah) yang pernah menjadi Pengarah Pendidikan Perak ). Kami sama-sama dalam Darjah tiga pada tahun 1953 sebelum berpindah ke sekolah Inggeris.

Dilihat sepintas lalu menampakkan bahawa sumbangan Cikgu Samad kelihatan kecil tetapi penuh makna kepada kami berdua. Pernah satu hari ketika mereka (Cikgu Samad dan Dato Khairuddin masih ada ) aku dan Khairuddin mengunjungi Cikgu Samad di rumahnya. Ketika itu beliau sudah agak uzur disebabkan sakit tua. Pemergian kami adalah semata-mata untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada beliau kerana merupakan salah seorang guru yang membentuk penghidupan kami.

Secara kebetulan aku pulang bercuti dari London dan Khairuddin pula mengambil cuti semata-mata untuk bertemu Cikgu Samad. Memang merupakan satu drama sebabak apabila kami berjumpa dan bertemu dan memeluk Cikgu Samad. Air muta tumpak tidak disedari dari enam kelopak mata, Cikgu samad, Khairuddin dan aku. Sehingga kini aku tidak dapat melupakan peristiwa itu. 

Yang paling aku bangga sekali ialah apabila Cikgu Samad menegur kami dengan mengatakan, "BILA MIKE ME BALIK?' seolah-olah merasakan kami adalah muridnya yang masih dalam Darjah Tiga tahun 1953 sedangkan pada ketika itu aku sudah bertugas sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di London dan Khhairuddin sudah bergelar Dato sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Beliau masih ingatkan kami. Kononya sentiasa menyebut nama-nama kami ( menurut kata anaknya). Kini mereka sudah tidak ada lagi.

Semoga roh keduanya dicucuri rahmat.


abuhassanadam

16 Mei 2021

(Hari Guru)



Tuesday, May 11, 2021

 KENYATAAN DS HADI AWANG DANGKAL

Tentulah ramai yang rasa geli hati membaca saranan DS Hadi Awang yang menyarankan agar pegawai kerajaan meletakan jawatan sekiranya mereka tidak begitu serasi dengan kepimpinan kerajaan PN. Dengan sendirinya meletakkkan dirinya begitu 'rendah' dalam menilai kedudukan pegawai kerajaaan dalam pentadbiran negara. Tentulah tidak semudah itu untuk menyuruh pegawai kerajaan meletkkan jawatan sekiranya tidak secocok atau tidak mahu mengikut arahan dan perintah para menteri yang merupakan ketua di satu-satu kementerian.

Yang anihnya lagi ialah saranan ini datangnya dari pemimpin sebuah parti yang hanya memenangi 19 kerusi dalam PRU yang lepas dan 'bertuah' kerana dapat diterima oleh kerajaan 'tebuk atap' PN. Sepatutnya DS Haji Hadi terasa 'malu' untuk menyarankan saranan sedemikian kerana memang sebelum ini seingat aku belum ada lagi pemimpin sebuah parti kerajaan yang membuat saranan sedemikian. Mereka sebelum ini faham dan tahu bahawa antara pemimpin politik ( menteri khususnya) dengan para pegawai kerajaan adalah seperti air dengan tebing, kerjasama erat antara satu dengan yang lain. Dan sememangnya belum tercatat lagi dalam sejarah yang menunjukkan bahawa golongan pegawai kerajaan tidak bekerjasama dengan pimpinan politik. Belum ada lagi.

Jadi persoalannya mengapa ditimbulkan oleh DS Haji Hadi isu yang amat sensitif ini. Apakah sudah ada terdengar yang para pegawai kerajaan tidak mahu bekerjasama dengan pimpinan politik. Ada juga kemungkinan yang para pegawai kerajaan semacam enggan memberikan kerjasama dengan para pemimpin politik dari parti PAS memandangkan kecetekan pemikiran golongan berkenaan atau pun berkemungkinan kecetekan fikiran para menteri dari PAS berkenaan. Mungkin. Dan terbukti juga bahawa sudah terserlah bahawa para menteri dari PAS menampakkan tindakan kurang cerdik dalam mengendalikan kementerian yang dikendalikan oleh mereka. Maka dengan demikian mungkin para pegawai kerajaan yang mendokong kementerian berkenaan merasa kurang selesa berada di bawah kementerian berkenaan. Mungkin.

Pegawai kerajaan adalah ibarat  peranan sekor 'kucing' dan para pemimpin politik diibaratkan peranannya seperti seekor 'anjing'. 'Kucing' akan sentiasa berada dan menunggu di rumah sedanagkan anjing akan datang dan pergi. Para pegawai kerajaan akan terus menerus menguruskan kementerian yang diselenggarakan oleh mereka sedangkan para pemimpin politik akan datang dan pergi bergantung kepada kedudukan merea dalam sesuatu pilihanraya. Sekiranya mereka menang dan berkkuasa maka mereka akan menaungi sesuatu kementerian dan begitu juga sebaliknya. Keadaan sedemikianlah yang menentukan taraf seorang menteri.

Terlalu banyak kedengaran sungutan dan kritikan dari rakyat Malaysia tentang prestasi kerja seorang Menteri khususnya Menteri dari PAS. Sudah satu tahun diberikan peluang untuk mereka menunjukkan prestasi kerja mengendalikan sesuatu kementerian dan kini nampaknya belum ada lagi sesuatu tindakan yang boleh dibanggakan. Seolah-olah para menteri berkenaan mencari-cari dalam 'kegelapan' apakah langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan bagi memajukan rakyat. Seolah-olah mereka berada dalam kegelapan.

Dan sepatutnya kepimpinan PAS tidak merasa ragu-ragu terhadap  pegawai kerajaan yang kononnya dianggap tidak secocok dengan kepimpinan PN dan sepatutnya DS Haji Hadi melihat prestasi anak buahnya terlebih dahulu dan mengkaji sedalam-dalamnya hubungan kepimpinan politik dengan pegawai kerajaan sebelum menyuarakan saranan yang dianggap amat dangkal yang tidak pernah disuarakan oleh pimpinan kerjaan terdahulu, seingat aku.

abuhassanadam

Padang Rengas

11 Mei 2021


Monday, May 10, 2021

 MENYAMBUT AIDILFITRI DI RANTAU KRISTIAN

Masih terbayang difikiranku pada tahun 1995, aku menyambut Aidilfitri di London, sebuah negara yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian. Bukan setahun aku dan keluarga aku menyambut Aidilfitri di negara Kristian tetapi selama empat tahun aku terpaksa 'mengorbankan' perayaan Aidilfitri di negara orang.

Kebetulan pada malam itu salji turun dengan lebatnya. Sengaja aku duduk di tepi jendela di rumah aku No 17, Prothero Garden, Hendon, London, semata-mata untuk menikmati suasana Aidilfitri di kampung ku yang jauh dimata, membayangkan tentang malam yang dirayakan ibu bapa dan sanak saudaraku walaupun ketiadaan aku dan keluarga ku. Tentulah timbul kehampaan yang amat sangat yang dirasakan oleh ibu bapaku menyambut Aidilfitri dengan ketiadaan cucu-cucu tercinta. Aku dapat rasakan perasaan yang dirasakan oleh ibu bapaku.

Salji terus turun dengan lebatnya - bercucuran seolah-olah semacam mengiringi air mataku yang sedang mengalir tanpa ditahan dan disekat. Aku hanya seorang dalam bilik berkenaan tanpa ditemani isteri atau anak-anak tercinta. Sengaja aku berbuat begitu demi untuk aku merasakan suasana Aidilfitri yang penuh syahdu. Hanya air mata yang dapat 'mengerti' betapa sedihnya menghadapi Aidilfitri di rantau orang. Tidak dapat dibandingkan persamaan Aidilfitri di rantau orang dengan aidilfitri yang dirayakan di kampung sendiri.

Memang indah suasana malam diselimuti salji tetapi bagi aku tidak seperti suasana malam di kampungku ketika menjelangnya Aidilfitri.Memang terang-benderang suasana malam di Kampung Ekor Dusun ( kampungku) pada malam Aidilfitri, diterangi pelita panjut yang hampir setiap rumah memasang pelita berkenaan. Dan aku bayangkan pelita panjut yang dibuat dengan susunan tempurung tentunya hampir habis terbakar ketika menjelangnya pukul 3.00 atau 4 .00 subuh. Dan aku dapat meramalkan bahawa sekiranya 'panjut tempurung' itu dinyalakan pada pukul 8.00 malam, pastinya akan habis terbakar pada pukul 3.00 subuh. Dan gelaplah semula kampung Ekor Dusun kerana tidak ada lampu letrik yang meneranginya pada waktu tiu. Gelap gelita kampungku namun bagi aku itulah keindahan yang tidak tolak bandingnya.

Mungkin ramai penduduk kampung aku yang menghabiskan malam ini dengan berbagai kegiatan seolah-olah tidak mahu 'pergi'nya malam Aidilfitri dengan begitu sia-sia. Tidak banyak hari-hari dalam kehidupan penduduk desa yang boleh dianggap sebagai hari bergembira. Hari raya adalah satu-satunya hari yang tidak harus 'dilepaskan' begitu saja. Ada juga yang melakukan pembakaran lemang satu hari sebelum raya kerana tidak pasti bilakah Hari Raya akan tiba. Ramai juga yang memasak ketupat dan memasak rendang ayam kampung (kerana hapir seluruh penduduk kampung ku membela ayam kampung).

Aku masih 'berpaut' dijendela rumah ku melemparkan pandangan ke arah salji yang terus turun dengan lebatnya. Ini merupakan salah satu kegemaran aku ia itu melihat salji turun, apatah lagi apbila salji turun pada malam menyambut Aidilfitri. Aku dapat bayangkan juga tentang sanak saudaraku, Pak Ngah Said, Encik Yusuf dan Che Wa, Mak Cik Jah yang aku rasa masih mahu terus berada di rumah ku, bersembang sambil 'menemani' emak aku masak rendang ayam kampung yang diadun dengan santan kelapa yang dikait sebelah reban ayam di rumah ku. Memang tak boleh 'lawan' lemaknya.

Anak-anak ku pastinya rindu kepada Atuk dan Opah mereka tetapi aku pasti bahawa kerinduan mereka tentunya berbeda dengan kerinduan yang aku alami. Mereka tetap merindui sanak saudara dan sepupu mereka, tetapi tidak seperti aku yang merindui Mak Cik Lamah, Makcik Munah, Chu Mi dll. Aku tidak pula menyalah mereka (anak-anak ku) kerana mereka sudah biasa dengan Aidilfitri di negara orang.  Mereka pernah beraya di San Francisco, USA ( ketika aku menuntut di Stanford University, Palo Alto) pada tahun 1986-1987 dan pada tahun 1995-1998 beraya di London. Mereka tetap merayakan tetapi aku yakin bahawa 'penghayatan' mereka pasti berbeza. Mungkin. 

Aku amat simpati dengan mereka yang tidak dapat merayakan Aidilfitri di kampung bersama ibu bapa dan sanak saudara. Aku amat faham dengan perasaan yang 'dideritai' oleh mereka. Aku amat simpat dengan anak-anak yang merindui kasih dan belaian ibu, 'peluk-cium' opah dan nenek yang sudah sekian lama tidak mendakap cucu. Segala 'kerinduan' itu harapnya dapat diubati dengan kesabaran. Moga-moga sentiasa sabar selalu demi untuk menyelamatkan negara dari Covid 19.

abuhassanadam

Padang Rengas

10 Mei 2021

Saturday, May 8, 2021

 SEBUTAN LUCAH ADALAH SEBUTAN LUMRAH


Akhirnya anak yang bernama Ain Husniza yangmenyedarkan kita bahawa sebenarnya anak-anak di sekolah memang tidak selesa dengan perangai orang dewasa yang sentiasa melafzkan perkataan lucah samada di sekolah ( dilakukan guru-guru dalam bentuk gurauan), mau pun di Parlimen ( yang sentiasa dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen). 

Teguran dari anak Ain Husniza ini merupakan 'eye-opener' dan 'membuka mata' golongan dewasa bahawa sebenarnya apa yang dilakukan oleh golongan dewasa sebenarnya mendapat perhatian kanak-kanak. Sudah lama disedari bahawa apa yang dilakukan oleh ahli parlimen dalam melakukan perbahasan kadang kelihatan ' terbabas' dan semacam tidak disedari oleh mereka bahawa apa yang diperkatakan sudah melampau 'batas' sebagai seorang yang beraklhlak mulia. Kadang-kadang terdapat seseorang ahli parlimen yang sememangnya amat gemar menyelitkan huja-hujahnya dengan istilah lucah untuk menarik perhatian kononnya.

Sudah lama perbuatan sedemikian dilakukan oleh 'tokoh' sebegini namun perbuatan sedemikian semacam 'dibiarkan' oleh pihak Speaker tanpa ada 'sekatan' yang boleh menghalang agar perbuatan 'lucah' sedemikian diberhentikan. Kadang-kadang sebutan sedemikian dapat didengar dengan jelas ketika ucapan para 'pemimpin' ini disiarkan melalui siaran radio dan TV dan pastinya didengar oleh seluruh rakyat termasuklah kanak-kanak.

Seingat aku dalam budaya dan adat Melayu sememangnya  sesuatu yang amat dilarang bagi anak-anak (terutamanya) menyebut perkataan lucah dalam perbualan hari-hari. Ibu-ibu akan 'mencubit pipi' sekiranya didengarnya anak-anak melafazkan perkataan lucah sedemikian. Maknanya ada di antara anak-anak yang sudah di dewasa tetapi tidak tahu makna sesuatu perkataan lucah yang disebutkan itu. Sejujurnya dapat aku katakan bahawa tidak sepatah pun perkataan lucah yang pernah aku lafazkan ketika bercakap dengan arwah ibu sehinggalah arwah menghebuskan nafas akhirnya. Begitulah ajaran seorang ibu dalam masyarakat Melayu lama. Dan aku yakin ramai lagi para ibu yang bersikap sedemikian rupa yang berkaitan dengan persoalan perkataan lucah.

Kini menyebut perkataan lucah merupakan satu lumrah. Penceramah agama semacam tidak sah sekiranya ceramah mereka tidak dimasukkan perkataan dan gurauan lucah yang bertujuan kononnya untuk golongan muda supaya berminat kepada ceramah yang disampaikan oleh mereka. Kadang-kadang isu perkahwinan dan gurauan lucah merupakan inti pati yang amat penting dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah agama. Dan kononnya untuk menarik agar lebih ramai yang akan mengikuti ceramah sedemikian.

Apa yang disuarakan oleh Ain Husniza itu harus mendapat perhatian oleh para guru, para pemimpin di parlimen dan golongan dewasa yang pada umumnya harus sedar bahawa perbuatan mereka sudah mendapat perhatian anak-anak. Harus diberhentikan dengan segera agar penghormatan mereka kepada golongan dewasa tidak terhakis.

Sedarlah diri...

abuhassanadam

Padang Rengas

8 Mei 2021


Friday, May 7, 2021

 

ANWAR & AIN HUSNIZA


Aku mengikuti temuramah bekas Menteri pendidikan ( DS Anwar Ibrahim) dengan Ain Husniza yang pada pandangan aku merupakan temuramah yang amat perlu diikuti seluruh warga kementerian Pendidikan dan para guru di Malaysia. Ia memberikan kesedaran tentang keberanian seorang pelajar untuk menyuarakan pandangan tentang apa yang sepatut dan tidak sepatutnya berlaku di sekolah.

Aku tertarik dengan kenyataan Ain yang mengatakan seolah-olah ada guru-guru yang tidak menggalakkan pelajar-pelajar menyuarakan pandangan mereka secara kritikal terhadap sesuatu perkara. Dan dalam hal yang sedemikian seolah ada para guru yang menyekat perkembangan pemikiran anak-anak di sekolah. Dan ini merupakan perbuatan yang amat tidak digalakkan berlaku dikalangan guru-guru.

Aku masih teringat satu peristiwa satu perbualan antara aku dengan seorang pelajar dari negara China pada tahun 1986 ketika kami sama-sama berada di Stanford University, California USA. Kami sama-sama mengikuti kursus Sarjana di university berkenaan. Satu soalan yang dikemukakannya kepada aku yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga aku ialah tentang persoalan yang dikemukakan oleh Ain.  Rakan aku dari negara China itu mempersoalan bahawa dia merasa hairan tentang kehebatan pelajar-pelajar dari Amerika boleh menyuarakan pandangan dan pemikiran mereka dengan lancar tanpa ada sekatan berbanding dengan kami yang datang dari luar Amerika. Mungkin keberanian mereka itu disebabkan latihan yang mereka diterima disekolah dan didikan yang disemaikan oleh guru-guru mereka berbanding dengan kami yang amat kurang mendapat didikan sedemikian. Mungkin.

Terus terang aku katakan bahawa memang sebenarnya kami merasa 'cuak' apabila berhadapan dengan suasana sedemikian. Kami merasa bimbang takut kalau-kalau hujjah yang dikemukakan tidak diterima ataupun mungkin dianggap suatu hujjah yang lemah atau mungkin takut dianggap 'bodoh' dengan hujah yang dikemukakan. Lantas kami sentiasa dalam keadaan senyap sepi sedangkan pelajar-pelajar lain sibuk memberikan pandangan (walaupun pandangan mereka tidak sehebat mana pun). Dan kami hanya menyuarakan pandangan sekiranya dirasakan apa yang diutarakan itu merupakan satu pandangan yang betul-betul padat dan sarat dengan hujah-hujah yang bernas yang diyakini tidak akan dapat dipatahkan lagi hujah sedemikian.

Dalam masa perbincangan kami sentiasa tidak bercakap banyak tetapi 'kehebatan' pelajar luar Amerika ialah apabila berhadapan dengan soalan peperiksaan bertulis. Disitulah akan terserlah kecemerlangannya. Tetapi persoalan yang ingin aku paparkan disini ialah tentang persoalan yang dikemukakan oleh Ain ia itu mengenai ada para guru kini yang tidak menggalakkan pelajar untuk mengemukakan pandangan secara kritikal  disamping juga tidak menggalakkan pelajar mengeluarkan pandangan secara bebas.

Sebagaimana yang disuarakan oleh DS Anwar Ibrahim bahawa keadaan sedemikian harus tidak berlaku kini. Anak-anak harus digalakkan untuk menyampaikan pandangan mereka secara bebas dan mengeluarkan pandangan walaupun kadang-kadang pandangan mereka terkeluar dari garis perbincangan sebenar. Menyekat kebebasan pelajar mengeluarkan pandangan harus diberhentikan. Begitu jugalah perbuatan-perbuatan yang tidak harus dilakukan oleh guru seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan dihadapan murid harus diberhentikan.

abuhassanadam

Padang Rengas

7 Mei 2021


Thursday, May 6, 2021

 PEMIMPIN PAS GAGAL MEYAKINKAN PENGIKUTNYA

Sudah lebih setahun PAS bersekongol dengan Perikatan Nasional (PN) dan bersama-sama kononya untuk memajukan negara. Itulah harapan yang dijanjikan kepada pengikut setia PAS bahawa mereka akan memperjuangkan Islam dan melakukan sesuatu yang mengikut landasan Islam. Namun begitu sehingga kini tidak kelihatan lagi perancangan yang konkrit yang dilakukan oleh para menteri lantikan Perikatan Nasional dari PAS mahu pun dari para menteri yang datang dari UMNO.

PAS tentu sudah sedar kini bahawa memang senang melemparkan kritik dan menuding jari menyatakan kesilapan seseorang. Dan sepanjang yang diingati itulah amalan para pemimpin PAS mencari kesalahan para pemimpin kerajaan yang terdahulu. Dan kini mereka sudah berada dalam kerajaan Perikatan Nasional dan sepatutnya mereka melakukan perubahan sebagaimana yang diwar-warkan oleh mereka sebleum ini. Yang jelasnya hukum Hudud yang cuba diperkenalkan oleh mereka sehingga kini sepi sesepinya. Begitu juga dengan tindakan yang sepatutnya mereka lakukan terhadap kegiatan yang bertentangan dengan amalan Islam di negara ini. Terus berleluasa. Kegiatan perjudian misalnya. Terus berleluasa. Jangankan hendak menutup pusat perjudian besar seperti di Genting Highlands. Sepatutnya mereka mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya bagi membendung perbuatan sedemikian.

Tentulah ada jawapan dan hujjah bagi menangkis mengapa mereka tidak mengambil tindakan sedemikian. Tentulah ada 'dalil-dalil' yang boleh di ketengahkan bagi meyakinkah pengikut yang mereka pimpin selama ini yang terus menerus mempercayai tentang apa yang mereka lakukan. Para pengikut setia PAS tentu sudah nampak dan jelas kelihatan bahawa tidak kelihatan walau pun satu tindakan yang drastik dan berkesan yang dilakukan oleh pimpinan mereka yang berada dalam kabinet TS Muhyiddin Yassin. Mungkin ada dan aku sahaja yang rabun dan tidak nampak!

Yang ada dan yang sentiasa diwar-warkan ialah kononnya ada menteri dari PAS yang telah pergi ke Turki suatu ketika dahulu dan membawa pelaburan ratusan jutaan ringgit hasil rundingan penjualan kelapa sawit di negara-negara berkenaan. Itu pun diragu dan sangsikan. Dan jika mahu dilihat sebagai satu kemajuan lawatan YB Menteri agama ke Timur Tengah satu ketika dahulu dengan menggunakan jet persendirian, maka kemungkinan akan ada lagi lawatan yang sedemikian menggunakan kemudahan sedemikian demi memajukan negara dan bangsa dan agama kononnya.

Rakyat sebenarnya berhasrat benar mahu melihat tentang kemajuan-kemajuan yang boleh diilhamkan oleh pemimpin PAS yang berada dalam kabinet PN kini sepertimana juga rakyat mahu melihat sumbangan wakil rakyat UMNO dalam kepimpinan sedemikian. Hampir semacam tidak ada sumbangan dari pemimpin PAS yang berada dalam kerajaan PN ke arah memajukan bangsa dan negara ataupun yang terarah ke arah  kemajuan Islam. Yang sentiasa kedengaran ialah kisah kereta Mercedes yang menjadi pemakaian Exco negeri Kelantan disamping sungutan rakyat Kelantan yang menghadapi masalah air yang kelihatan sukar sekali untuk diselesaikan.

Sudah sampailah masanya para pemimin PAS memikirkan tentang hasrat dan cita-cita para penyokong PAS yang bersungguh-sungguh benar memberikan sokongan pada suatu ketika dahulu yang akhirnye meletakkan anda di tempat sedemikian. Mungkin ada saat dan ketikanya rakyat yang memberikan sokongan itu akan menarik 'brek' setelah mereka faham bahawa sebenarnya para pemimpin yang disokong sebelum ini hanya mementingkan diri sendiri dan mungkin baru disedari oleh mereka bahawa pemipin yang mereka sokong sebenarnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk mentadbir walaupun sebuah kementerian kecil di peringkat pusat.


abuhassanadam

Padang Rengas

6 Mei 2021


PAS LEADERS FAILED TO CONVINCE HIS FOLLOWERS

It has been more than a year that PAS has conspired with Perikatan Nasional (PN) and together supposedly to develop the country. That is the hope promised to the loyal followers of PAS that they will fight for Islam and do something in line with Islam. However, until now there is no concrete planning done by the ministers appointed by Perikatan Nasional from PAS or by the ministers who came from UMNO.

PAS has certainly realized now that it is easy to throw criticism and point fingers at someone's mistakes. And for as long as I can remember, that is the practice of PAS leaders to find fault with previous government leaders. And now they are already in the government of Perikatan Nasional and they should make changes as they preached this time. What is clear is that the Hudud law that they tried to introduce has been quiet until now. The same goes for the actions they should take against activities that are contrary to Islamic practice in this country. Continue to spread. Gambling activities for example. Continue to spread. Don't want to close a big gambling center like in Genting Highlands. They should take appropriate steps and actions to curb such acts.

Of course there are answers and arguments to counter why they don't take such action. Of course there are 'proofs' that can be highlighted to convince the followers they have led all this time who continue to believe in what they are doing. The loyal followers of PAS have certainly seen and clearly seen that not even one drastic and effective action has been taken by their leaders who are in TS Muhyiddin Yassin's cabinet. Maybe there is and I'm the only one who is myopic and doesn't see!

What there is and what is constantly being advertised is that there is supposedly a minister from PAS who went to Turkey some time ago and brought investments of hundreds of millions of ringgit as a result of negotiating the sale of palm oil in the countries concerned. Even that is doubted and doubted. And if it is to be seen as a progress of the YB Minister of Religion's visit to the Middle East once upon a time using a private jet, then it is possible that there will be another such visit using such facilities for the sake of advancing the country and nation and religion so-called.


 AZAN ENCIK KONTAK

Apabila masuk waktu Isyak, maka Encik Kontak pun mengalunkan azannya. Nama sebenar Encik Kontak ialah Abdul Rahman tetapi semua orang kampung mengenalinya  dengan panggilan Encik Kontak. Dia bukan sahaja 'tukang azan' di surau Kampung Ekor Dusun tetapi semacam pemimpin kecil tempat orang 'menumpang kasih' disamping sebagai 'pusat pengaduan' sekiranya ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Dan beliau pula dengan rela hati mahu menolong.

Encik Kontak berperanan sebagai tukang azan bukan sahaja di surau Kampung Ekor Dusun sahaja tetapi ketika solat Jumaat, Encik Kontak juga 'tukang azan' di masjid Kampung Keroh Hilir. Maknanya memang hebatlah alunan suara Encik Kontak dalam mengalunkan azan. Ibarat macam suara Bilal pada zaman Rasullallah. Agaknya begitu ler.

Apabila sudah kedengaran alunan suara Encik Kontak mengalunkan azan maka kami (kanak-kanak tahun 1950an) berhenti main kejaran disekitar surau Kampung Ekor Dusun dan bersedia pula untuk menunaikan solat Isyak dan seterusnya Solat Terawikh. Kadang-kadang terfikir juga aku bahawa apakah benar hasrat dan tujuan kami ketika itu, ia itu antara untuk mendapat pahala solat Isyak dan Terawikh ataupun mengharapkan jamuan kuih muih selepas solat terawikh. Sejujurnya aku katakan bahawa kebanyakan kami lebih mengharap kepada jamuan More yang disediakan selepas solat terawikh. Biasalah, kanak-kanak...

Hampir semua (yang bertaraf) kanak-kanak di Kampung Ekor Dusun hadir menunaikan solat terawikh disamping ibu bapa kami yang juga turut serta. Jadi riuh rendahlah surau Ekor Dusun pada bulan Ramdan dan tentu sekali berbeza dengan malam-malam lain yang bukan bulan Ramdan. Seolah-olah surau kampung kami hanya dipenuhi pada bulan Ramdan dan kesunyian pada malam yang lain. Nampaknya semacam begitu. Kini surau itu sudah tidak ada lagi. Hanya tinggal kenangan.

Kedudukan surau Kampung Ekor Dusun memang strategik. Maksud aku amat sesuai sebagai tempat untuk mencari ketenangan. Mungkin bagi orang muda kini sesuai dilabelkann sebagai sesuai untuk tempat melepak. Apa tidaknya. Terletak berhampiran sungai yang airnya sentiasa jernih mengalir deras, di pinggiran sawah padi yang luas mata memandang berlatarbelakangkan Gunung Pondok yang berdiri megah menghijau. Di seberang Kampung Ekor Dusun ialah Kampung Pulau yang selalu disebut sebagai Hawaii. Yang memisahkan antara Kampung Ekor Dusun dengan Kampung Pulau ialah sawah padi yang terbentang luas.

Bayangkan lah suasana petang ketika matahari hampir terbenam sambil melemparkan pandangan ke arah sawah padi yang sedang menguning disapa oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Tidak dapat aku ulangi suasana sedemikian walaupun berada di pantai di Hawaii ataupun di Bali ataupun di mana-mana sahaja di dunia ini. Kampung Ekor Dusun tetap unggul.

Indahnya kampung ku.

abuhassanadam

Padang Rengas,

6 Mei 2021



Wednesday, May 5, 2021

 RAKYAT MALAYSIA YANG 'MEREBUS BATU'

Entah berapa ratus kali aku mendengar ceramah-ceramah agama yang disampaikan oleh para penceramah tentang kisah di bawah:

"Dikutip dari buku 'The Khalifah' karya Abdul Latip Thalib, di suatu malam Umar mengajak asistenya Aslam melakukan ronda keliling kota. Umar melihat sebuah pondok dengan kompor yang menyala di tengah jalanan yang sepi. Umar juga mendengar suara anak-anak yang menangis dari pondok tersebut.

Amirul Mukminin kemudian pergi ke pondok tersebut untuk mengetahui kondisi sebenarnya. Umar melihat seorang ibu yang terlihat memasak sesuatu di tengah pondok dikelilingi anak-anak yang menangis. Umar kemudian mengetuk pintu pondok dan bertanya penyebab anak-anak tersebut menangis. Umar juga bertanya makanan yang sedang dimasak ibu tersebut untuk anak-anaknya

Ibu tersebut menjawab anak-anaknya menangis karena lapar. Di dalam panci yang dimasak sebetulnya adalah air dan batu. Sang ibu berharap anak-anaknya lelah menunggu masakan matang hingga akhirnya tertidur. Semua bahan makanan yang ada dalam rumah tersebut sudah habis, hingga dia dan anak-anaknya kelaparan selama tiga hari belakangan"

Apakah peristiwa sebagaimana digambarkan itu akan muncul dan berada di tengah masyarakat kita di Malaysia dalam suasana rakyat menghadapi zaman kesulitan sebegini. Hendaknya janganlah ada rakyat Malaysia yang merebus batu untuk meyakinkan anak-anak agar tidur sementara menunggu ketibaan rezeki yang mendatang. Mungkin sudah ada anggota masyarakat yang telah pun mengalami keadaan begini, menunggu makanan di atas meja.

Para pemimpin kita tidak membuat bancan tentang berapa ramai anak buah yang mengalami nasib sebegini. Tidak diketahui berapa ramai rakyat Kelantan yang berada di pendalaman yang bersahur hanya bertemankan sebji telur rebus. Tidak diketahui juga rakyat Terengganu yang hanya mampu bertahan hanya dengan makanan sewaktu berbuka puasa sahaja. Kita tidak tahu di pendalaman negeri Pahang, ibu-ibu sedang menanti bantuan dari pihak-pihak tertentu untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai rakyat yang bahagia di negaranya sendiri. Begitu jugalah keadaan yang ada di Sarawak, di Sabah dan di negeri-negeri lain.

Tetapi malangnya para pemimpin  kita seolah-olah tidak mempedulikan penderitaan rakyat. Para pemimpin semacam tidak mengendahkan nasib yang dilalui oleh rakyat. Tidak kelihatan sebarang tindakan drastik untuk memajukan kehidupan rakyat jelata. Dan seolah-olah mereka hanya memikirkan tentang bagaimana mengisi 'tembolok' mereka sahaja. Mereka semacam lupa bahawa yang menjadikan mereka seorang menteri atau wakil rakyat adalah rakyat. Mereka lupa...!

Yang paling menyedihkan lagi ialah bukan sahaja mereka semacam tidak pedulikan nasib rakyat tetapi kelihatan mereka tidak simpati pun tentang nasib rakyat. Apa tidaknya. Mereka sanggup mempamirkan kehebatan mereka menaiki jet untuk pergi ke sesuatu destinasi dengan berbelanja puluhan juta ringgit sedangkan mereka hanya boleh menaiki pesawat biasa untuk sampai ke situ. Berilah alasan apa pun, namun perbuatan yang sedemikian tidak dapat diterima oleh rakyat sedangkan mereka memekik terlolong menyatakan bahawa mereka peduli tentang rakyat.

Tidak terdengar juga usaha para pemimpin yang berlandaskan agama ini mahu mencontohi apa yang diamalkan oleh Rasullullah dan para pemimpin Islam yang terdahulu.Kebanyakan pemimpin ini hanya mementingkan perut mereka. Tidak kedengaran langsung usaha mereka untuk betul-betul membantu rakyat. Mereka hanya pandai mencipta rithorik dan cogan kata dan hanya pandai berkata-kata ketika menyampaikan ceramah agama.

Apakah mereka sedar bahawa mungkin sudah ada peristiwa 'merebus batu' yang bukan sahaja berlaku dalam zaman Khalifah Umar tetapi juga sudah berlaku dalam zaman kerajaan pimpinan TS Muhyiddin Yassin yang bersekongkol dengan kepimpinan PAS.

abuhassanadam

Padang Rengas

5 Mei 2021




Tuesday, May 4, 2021

 SOLAT TERAWIKH DI MALAYSIA HALL LONDON


Kebiasaannya pada setiap tahun, waktu bulan puasa begini fikiran aku menerawang ke sejarah lama yang telah aku lalui dan ingin sekali dikongsi kepada anak-anak yang membaca coretan atau 'sejarah' yang aku paparkan. Kadang-kadang ia hanya merupakan satu catetan ringkas tetapi pastinya satu ketika nanti menjadi satu dokumen sejarah yang amat penting untuk dijadikan panduan dan pedoman bagi anak-anak cucu pada masa hadapan.

Sebagai contoh tentunya apa yang aku cuba 'hidangkan' kepada anak cucu pada kali ini ia itu tentang kegiatan solat terawikh di Malaysia Hall London, yang terletak di 44-46, Bryanston Square London. Sesiapa sahaja yang melintasi Bryanston Square pada tahun-tahun yang akan datang ( mungkin 100 tahun yang akan datang!) pastinya mengingati apa yang sedang aku catetkan ini. Tentulah pada ketika itu tidak terfikir di benak mereka bahawa pada suatu ketika pernah diadakan solat terawikh sepertimana solat terawikh yang diadakan di kampung-kampung di Malaysia.

Mungkin rencana yang sedang aku tulis menjadi dokumen sejarah yang amat penting untuk anak-anak di zaman itu nanti menggunakan sebagai kajian sejarah mereka. Perlu disedari bahawa Malaysia Hall di Bryanston Square sudah tidak ada lagi sebab bangunan bersejarah itu bukan milik kerajaan Malaysia. Ia hanya disewa oleh kerajaan Malaysia semenjak tahun awal 1950an (sekiranya aku tak silap!). Dan kini bangunan bersejarah itu masih ada tetapi fungsinya sebagai Malaysia Hall atau sebagai tumpuan pelajar Malaysia sudah tidak ada lagi.

Hanya tinggal kenangan!!

Mengenang kembali peristiwa solat terawikh pada bulan Ramdhan pada tahun-tahun 1995-1998  merupakan kenangan yang amat manis bagi aku yang pada ketika itu boleh dianggap sebagai 'ketua kampung' menjaga anak-anak buah  (pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom dan Eire). Berbagai kenangan menerpa benak yang kadang-kadang perlu dihamburkan keluar, dikisahkan  agar tidak terus 'beku' dalam ingatan. Kadang-kadang terfikir juga aku bahawa perlu dikongsikan setengah peristiwa yang tersimpan dalam lapan hati dan perasaan agar dpat dinikmati dan kadang-kadang boleh juga dijadikan panduan. Tentulah dipilih yang mana sesuai dan yang mana tidaknya.

Tentulah ramai juga yang merasakan bahawa sesuatu yang mustahil untuk mengadakan solat terawikh berjemaah di sebauh bangunan di London kerana bagi kebanyakan rakyat di Malaysia tentunya sentiasa menghubungkan London dengan Oxford Street atau Harrods atau London Bridge dll.Tentulah tidak terfikir bahawa jumlah jemaah yang hadir pada setiap malam hampir mencecah 300 orang yang terdiri dari kebanyakannya pelajar-pelajaar Malaysia yang menuntut di persekitaran London.

Aku memulakan tugas sebagai Pengarah Penuntut Malaysia di United Kingdom dan Eire  bermula daripada 1 Disember 1994. Masih terasa yang kedatangan aku  dan keluarga di London disambut oleh musim sejuk yang amat sangat. Winter. Dan beruntungnya ialah dapat puasa hanya beberapa jam sahaja kerana berbuka puasa di London pada musim winter ialah sekitar 3.45 petang sahaja. Jadi tidak hairanlah tidak ada sebab seseorang Islam berhasrat untuk tidak berpuasa.

Setelah dua bulan berada di negara orang putih itu maka menjelanglah bulan Ramadhan. Aku mula bertanya-tanyakan kepada para pegawai dan penduduk Malaysia yang biasa dengan keadaan di London tentang apakah yang sesuai diadakan pada bulan Ramadhan. Mereka menyatakan bahawa keadaan di Malaysia Hall tidak banyak berbeza dengan keadaan di Malaysia. Ada majlis berbuka puasa, ada solat terawikh dan sebagainya.

Malam pertama puasa aku menghadirkan diri untuk berbuka puasa dengan ahli jemaah. Lebih kurang 10 orang dan terus menyumpurnakan solat terawikh selepas itu. Tak silap aku waktu Isyak ialah pada pukul 7.30 petang. Winter. Terus mengadakan solat terawikh seringkas-ringkasnya. OK ler. Sekurang-kurangnya ada dilakukan. Sekurang-kurangnya ada kesedaran ke arah itu.

Persoalan yang berlegar di dihadapan ku ketika itu ialah bagaimana langkah ku seterusnya  untuk menarik ratusan pelajar Malaysia yang berada disekitar London untuk sama-sama memeriahkan bulan Ramadhan yang mulia itu. Jawabnya ialah MOREH!. Apabila disebut MOREH akan terbayanglah makanan.Tidak pula aku bermaksud bahawa pelajar Malaysia begitu 'kemaruk' untuk makan. Sebenarnya perkataan MOREH itu merupakan satu tarikan yang penting. MOREH ialah elemen budaya milik orang Melayu. Maknanya pada bulan Ramadhan mesti ada MOREH yang merupakan satu kemeriahan yang hanya wujud pada bulan puasa.

Tindakan yang aku lakukan ( dengan izin Allah juga!) tepat. Solat terawikh yang pada mulanya hanya disekitar 10 orang jemaah telah berkembang menjadi lebih kurang 300 orang yang menyebabkan aku 'membuka' tiga balik di Malaysia Hall untuk menampung jemaah yang begitu ramai.

Belum lengkap lagi kisah 'Solat terawikh di Malaysia Hall'. Akan aku ceritakan kisah menarik ini seterusnya...

abuhassanadam

Padang Rengas

4 Mei 2021

Monday, May 3, 2021

 RAKYAT SEMACAM SUDAH 'MELUAT'

ADA MATA TENGOK ADA TELINGA DENGAR

Kebiasaannya apabila orang Melayu sudah melafazkan kata-kata, 'ada mata tengok dan ada telinga dengar' memperlihatkan bahawa mereka sudah betul-betul meluat  dan benci melihat sesuatu keadaan yang menjijikkan ataupun suatu keadaan yang amat sukar dipulihkan. Dan ketika itulah terkeluar kata-kata seperti ' ada mata tengok dan ada telinga dengar'.

Pernah masyarakat Malaysia mengalami suatu keadaaan seolah-olah seolah-olah mereka  begitu 'meluat' dengan kepimpinan kerajaan pada ketika itu. Ini berlaku semasa pemerintahan Perdana Menteri. ke lapan dan ke sembilan. Rata-rata anggota masyarakat yang aku jumpa merasakan rasa tidak senang dengan cara kepimpinan kerajaan kini. Rakyat sememang terasa kepedihan hidup yang dialami. Dan tentulah ada juga anggota masyarakat yang sentiasa memuji dan menyanjung kepimpinan yang ada kini. Rata-rata yang ditemui, yang tergolong dalam kategori 'miskin' boleh dikatakan 'menyampah' dengan kepimpinan kini.

Tenteulah tidak ada kajian terperinci yang dibuat untuk mengesahkan pemerhatian dan pandangan aku itu. Dan pandangan sedemikian juga berdasarkan pemerhatian dan penglihatan (secara langsung dan tak langsung) akan keadaan pergerakan anggota masyarakat yang berlegar. Misalnya ramai anggota masyarakat yang merasa meluat dengan sikap pemimpin yang kononnya beraliran Islam bercakap mengenai ekonomi negara sedangkan pemimpin berkenaan semacam tidak tahu 'sepatah haram' mengenai keadaan ekonomi negara apatah lagi dengan perkembangan ekonomi dunia. "Berani' mengatakan bahawa ekonom Malaysia sedang berkembang maju sedangkan rakyat negara sedang menderita. Dalam keadaan sedemikianlah masyarakat di Malaysia akan mengamalkan, ' ada mata tengok dan ada telinga dengar'.

Baru-baru ini Tan Sri IGP telah mencerita dan mendedahkan berbagai perkara yang jelek yang berlaku dalam  PDRM. Tentulah amat merunsingkan kita rakyat Malaysia mendengar 'perkhabaran' yang tidak elok berlaku dalam PDRM. Persoalannya ialah jikalau begitu keadaannya tentulah perlu diperbetulkan dengan kadar segera agar pentadbiran negara ini dapat berjalan dengan aman dan tenteram. Ini tidak. Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang cuba 'menegakkan benang basah' mereka mempertahankan perkara-perkara yang salah yang berlaku dalam PDRM itu. Dalam keadaan sedemikian, apakah ada lagi tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat selain dari, ' ada mata tengok dan ada telinga dengar'.

Penghapusan peperiksaan UPSR merunsingkan banyak pihak juga tetapi yang anihnya seolah-olah rakyat telah menerima dengan hati terbuka tentang penghapusan UPSR berkenaan. Cuma yang kita dengar teguran dari DS Anwar Ibrahim ( yang pernah menjadi Menteri Pendidikan) tindakan penghapusan dilakukan dengan cara tergesa-gesa. Perlu juga diambil perhatian tentang teguran sedemikian kerana beliau telah melalui berbagai cabaran dalam melaksanakan berbagai dasar di Kementerian Pendidikan pada suatu ketika dahulu.

Sebagai insan yang amat rapat dengan pendidikan negara aku merasa amat sedih dengan penghapusan UPSR. Sedih kerana tidak 'dihazam dan dicanai' dengan sempurna sebelum sesuatu keputusan diambil. Apakah dengan mengambil tindakan sedemikian sudah dapat menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan sesi persekolahn yang lantas mengatasi masalah Cvid 19 yang menyerang. 

Bagaimana pula dengan perasaan anak-anak yang sentiasa menunggu kehadiran UPSR bagi mereka munjukkan kebolehan dan kemampuan mereka 'menewaskan' UPSR dan lantas membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Bagi ibu bapa pula UPSR itu merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh anak mereka setelah enam tahun menunggu kedatangan 'cabaran' sedemikian. Dengan ketiadaan UPSR, seolah berlaku suatu kekosongan dihadapan anak-anak yang berada dalam Darjah VI kini. Aku amat simpati dengan nasib yang dialami oleh anak-anak UPSR kini. "Ada mata tengok ada telinga dengar!'

Cuma yang ingin aku persoalkan ialah apakah salah dan apakah dosa UPSR yang telah sekian lama wujud di negara ini dan telah banyak mendatangkan faedah kepada sistem pendidikan di negara ini. Sudah puluhan tahun UPSR dijalankan dan mendatangkan banyak kesan baik kepada pelajar, dan dengan kehadiran Covid 19, maka UPSR 'dikorbankan' dan 'terkorban' jugalah harapan anak-anak yang sedang berusaha untuk menduduki peperiksaan demikian dengan penuh debar.

Namun begitu mungkin juga pihak kementerian pendidikan sudah cukup bersedia dengan senjata dan perisai untuk mempertahan hujjah mengapa UPSR perlu dihapuskan. Hanya pihak berwajib sahaja yang boleh menentukannya. Rakyat hanya boleh menyuarakan pandangan. Kadang-kadang terpaksa jugalah mengamalkan 'falsafah' orang tua-tua, "ADA MATA TENGOK ADA TELINGA DENGAR'

abuhassandam

Padang Rengas,

3 Mei 2021

Sunday, May 2, 2021

 PEMIMPIN SUDAH HILANG RASA MALU

Mungkin agaknya ada perbezaan besar antara perasaan 'malu' bagi Melayu yang lahir sebelum merdeka dengan manusia Melayu yang lahir selepas kemerdekaan. Mungkin. Aku berkata begitu disebabkan ternampak perbezaan yang ketara antara orang Melayu 'dulu-dulu' dengan orang Melayu 'sekarang'. Dan sebenarnya aku tak tahu dimanakah garis pemisah antara orang Melayu 'dulu-dulu' dengan orang Melayu 'sekarang'. Dan apabila aku mengatakan bahawa tarikh kemerdekaan negara itu (1957)  garis pemisahnya, maka sebenarnya tidak ada kjian yang aku buat untuk 'menghalalkan' hujjah berkenaan.

Cuma yang dapat aku katakan di sini ialah bahawa 'manusia Melayu' di Malaysia kini umumnya sudah tidak lagi memiliki perasaan 'malu'. Tentulah apabila dikatakan begitu, tidak pula aku bermaksud semua orang Melayu bersifat demikian. Dan tidak pula yang bukan Melayu lebih baik dari orang Melayu. Tidak juga. Yang menjadi tumpuan aku ialah untuk cuba 'meninjau' secara umum tentang mengapa kelihatan pada umumnya bahawa orang Melayu sudah mengenepikan perasaan 'malu' yang dulunya dimiliki oleh orang Melayu, sehingga membawa kepada kelemahan orang Melayu itu sendiri.

Yang paling ketara dan yang menyebabkan aku terpanggil untuk membincangkan isu 'malu' ialah disebabkan sudah begitu lumrah manusia yang bernama Melayu itu 'membuang' jauh-jauh perasaan malu itu terutamanya para pemimpin kita. Tidak kiralah samada pemimpin politik, pemimpin agama, para pentadbir negara secara umum dan lain-lain. Kadang-kadang kelihatan sebagai satu kebanggaan pula bagi mereka kerana memiliki perasaan 'tidak malu' yang membolehkan mereka bertindak tanpa segan dan silu.

Biar aku sorot sedikit sejarah pembentukan peribadi orang Melayu yang berkait rapat dengan perasaan malu. Seingat aku ketika di sekolah rendah zaman British ( sebelum negara mencapai kemerdekaan) perasaan malu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maksudnya malu yang disamakan dengan maruah dan integriti. Ada peristiwa sejarah yang boleh dicontohi, dimana disebabkan terasa malu yang amat sangat sesorang tu sanggup melakukan sesuatu perkara di luar dugaan yang membabit peristiwa membunuh diri. Kitab Sejarah Melayu ada menceritakan peristiwa sedemikian.

Cerita benar tentang kisah seorang rakan aku yang dihukum 'Public Canning' atas satu kesalahan yang dilakukannya. Beliau telah memohon kemaafan diatas kesalahannya. Namun pihak sekolah terus menjatuhkan hukuman terhadapnya. Kesannya disebabkan rasa malu yang amat sangat, rakan ku terus tidak hadir ke sekolah lagi walaupun beliau merupakan seorang pelajar yang pandai. Disebabkan perasaan malu yang menebal dan dibantu pula oleh rasa untuk menjaga maruah diri, maka beliau sanggup melakukan tindakan sedemikian.

Berlatarbelakangkan kisah itu aku merasa hairan tentang sikap ramai pemimpin yang langsung tidak memiliki perasaan malu sekiranya melakukan sesuatu kesalahan. Jangankan mereka merasa kesal dan insaf di atas kesalahan yang dilakukan, malah mereka seolah-olah mempertahankan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka mengharapkan pihak mahkamah yang akan menentukan kesalahan mereka. Dan yang menghairankan juga mereka tidak malu apabila pihak menhkamah menjatuhkan hukuman terhdap  mereka. Masih boleh tersenyum dan ketawa.

Apakah begitu sikap yang diajar oleh ibu bapa mereka atau guru-guru mereka agar tidak memiliki perasaan malu, walaupun setelah melakukan sesuatu kesalahan. Dimanakah silapnya. Apakah pendidikan di sekolah ( dulu dan kini ) sudah tidak mementingkan lagi aspek moral dan akhlak lagi dan sentiasa menumpukan kepada pencapaian peperiksaan. Walau apa pun alasannya kita tidak harus menyalahkan seratus peratus kepada guru sekolah atau ajaran ibu bapa. Itu hanyalah merupakan bimbingan.

Kini kelihatan bahawa perasaan malu sudah tidak ada lagi pada kebanyakan para pemimpin di negara ini. Kegiatan rasuah berleluasa. Pencemaran moral berlaku di mana-mana. Negara kini seolah-olah telah mengambil sikap bahwa keadaan yang bermaharajalela satu keadaan yang tidak dapat dikawal langsung. Sikap 'pejam sebelah'mata' semacam amalan yang sedang berleluasa dan merupakan amalan kepimpinan di setiap peringkat.

Kesimpulannya sudah begitu ramai yang mengamalkan tindakan 'tak tahu malu'...

abuhassandam

Padang Rengas

2 Mei 2021

 

SEPETANG DI BULAN RAMDHAN

Aku kerap bertanya pada diri aku tentang apa sebenarnay yang menyebabkan rasa gembira yang amat sangat ketika menjelangnya Ramdhan atau bulan berpuasa. Hati dan perasaan ini melonjak gembira walaupun perut dalam kelaparan ketika menjelangnya bulan Ramadhan. Itulah perasaan yang amat sukar untuk digambarkan oleh sesiapa sahaja, anak kampung terutamanya pada bulan puasa.

Apakah yang sebenarnya yang menukarkan suasana sebelum Ramadhan dan selepas berada di bulan Ramadhan? Terlalu sukar untuk dimengertikan oleh sesiapa sahaja yang bukan anak kampung atau yang 'bergelumang' dengan suasana kampung. Amat sukar untuk dihayati dan dimengerti. Yang aku dapat rasakan ialah bahawa sekiranya keadaan yang telah dilalui itu dapat 'dikembalikan' maka pastinya 'dialu-alukan'. Namun tentulah keadaan sedemikian tidak akan dapat berulang.

Suasana kampung yang akan aku bayangkan ialah disekitar tahun 1955. Belum Merdeka. Maknanya suasana kampung yang akan aku ceritakan ialah ketika aku masih kanak-kanak.- berumur 11 tahun. Belum ada letrik untuk menerangi kampung aku. Kampun Ekor Dusun. Belum ada air paip masuk ke rumah. Hampir seluruh penduduk kampung mendapatkan bekalan air dari perigi ataupun dari air sungai yang mengalir (kebetulan ketika itu air sungai yang mengalir agak bersih dan tidak seperti air sungai kini). Tidak ada jalan raya untuk menghubungkan kampung Ekor Dusun dengan pekan Padang Rengas. Yang ada hanyalah jalan (pejalan kaki) dan hanya untuk muat untuk sebuah basikal.

Pusat tumpuan penduduk lelaki di Ekor Dusun pada bulan puasa ialah surau Ekor Dusun. Memang strategik kedudukan surau berkenaan. Kini sudah tidak ada lagi surau berkenaan. Terletak ditepian sungai yang mengalir dan boleh menghalakan pandangan ke arah sawah padi sekiranya berada di surau berkenaan. Tidak dapat aku bayangkan nikmat yang dapat dirasakan sekiranya berada di surau berkenaan pada waktu petang sambil menghirup udara dan melemparkan pandangan ke sawah padi yang sedang menguning, berlatarbelakangkan Gunung Pondok yang tersergam indah ( sebelum dirobohkan oleh kilang simen).

Ada dua perkara yang pada anggapan aku yang menyebabkan tercetusnya suasana yang sungguh kelainan dengan hari-hari biasa yang bukan bulan puasa. Adanya penjual air batu yang menjual air batu, kegiatan menghantar dan bertukar kuih-muhi dari rumah ke rumah, waktu berbuka puasa di surau disamping melakukan sunat Terawikh di surau. Bagi aku, sekiranya ada pilihan untuk menentukan yang mana 'johan' yang menyebabkan berubahnya suasana bulan Ramadhan, maka aku akan pastikan 'penjual air batu' menjadi 'johan'. Tempat kedua mungkin jatuh kepada ' kegiatan bertukar-tukar kuih muih.

Kegiatan penjual air batu yang berjual pada waktu petang pada bulan Ramadhan sudah tidak ada lagi. Pastinya sudah tidak dapat dinikmati suasana demikian oleh kanak-kanak zaman ini. Maklumlah hampir setiap rumah sudah memiliki peti sejuk yang tidak perlu mendapatkan ketul air batu  (yang berbalut dengan serbuk kayu untuk mengelakkan hakisan) dari penjual batu. Dan tentulah suasana sedemikian sudah tidak dapat dinikmti lagi.

Satu jam sebelum berbuka puasa akan dapat dilihat kegiatan 'bertukar kuih' dari rumah ke rumah. Itu merupakan amalan yang amat murni yang mungkin sudah tidak diamalkan lagi kini disebabkan berbagai faktor. Dan yang aku pasti ialah kegiatan sedemikian tidak diamalkan di bandar-bandar. Aku masih ingat lagi aku ditugaskan untuk menghantar kuih-muih ke rumah-rumah yang berdekatan - rumah Makcik Jah, rumah Wan Timah, Wan Meriam...Dan kebiasaannya bekas yang dipulangkan nanti tidak kosong dan pasti akan berisi juga. Dengan demikian berbagai juadah yang dapat dinikmati apabila berbuka nanti. Murninya budi bahasa orang kampung ku. Dan kampung lain juga begitu agaknya.

Pukul 6.00 petang sudah kelihatan tumpuan penduduk di kampung Ekor Dusun ke surau untuk berbuka puasa secara beramai-ramai. Juadah yang disediakan tidaklah semewah mana. Bubur lambuk (atau kanji istilahnya di kampung aku) dimakan dengan 'Pencuk' ( Kerabu). Biasanya pencuk ialah kerabu pucuk paku atau taugeh. Disertakan juga dua butir buah kurma setiap seorang dan segelas air serbat ( manisan). Itulah juadah berbuka puasa pada ketika itu. Yang menghairankan suasana sedemikian amat menyeronokan.

Kami akan terus berada di sekitar surau sehinggalah masuk waktu Isyak dan seterusnya menunaikan solah Terawikh. Antara waktu selepas berbuka puasa dengan solat Terawikh, kami isi dengan kegiatan 'bermain-main kejaran' dalam suasana yang separuh kelam ( ketiadaan lampu). Hanya pada malam bulan punama yang kami dapat menikmati suasana terang yang bertemankan cahaya bula. Seronoknya anak-anak kampung seperti aku menimati cahaya bulan yang terang benderang.

Melonjak rasa hati untuk kembali ke zaman keriangan berkenaan....Apakan daya!!

abuhassanadam

Padang Rengas

2 Mei 2021

Saturday, May 1, 2021

 SEBUAH KEDAI MELAYU DI PADANG RENGAS

Tahun 1955 hanya terdapat sebuah kedai runcit milik Melayu di pekan Padang Rengas. Dan pada Kurun ke 21 tidak lagi terdapat sebuah kedai milik Melayu di pekan ini. Jangan tanya aku mengapa begitu keadaannya. Cuma yang aku selalu dengar ialah sungutan, kebebalan orang kampung aku tentang ketiadaan orang Melayu yang melibatkan diri dalam perniagaan di sini. Masing-masing menyalah dan menuding jari kearah satu dengan yang lain. Begitulah keadaannya. Semenjak zaman menuntut kemerdekaan ( tahun 1955) sehinggalah tahun 2021, puluhan tahun selepas kemerdekaan.

Tuan punya kedai runcit di pekan Padang Rengas tu namanya Pak Mail ( Ismail lah tu). Sebelah kedai Moh Kaw ( kedai Cina ler tu). Kini dah tidak ada lagi. Kedai Pak Mail pun tidak ada, kedai Moh Kaw pun tidak ada. 'Meghacun!' kata orang Perak.

Yang aku ingat dan segar dalam ingatan aku ialah arwah bapak ( Pak Adam) sentiasa menyantuni dan sentiasa berusaha untuk memakmurkan kedai Pak Mail. Barangan keperluan rumah sentiasa dibeli di kedai Pak Mail. Tidak pula dinyatakan bahawa dia mahu menolong dan memakmurkan perniagaan orang Melayu. Tak pernah aku dengar dia kata begitu. Cuma dia menyuruh aku membeli belah di kedai pak Mail saja sekiranya memerlukan sesuatu.

Tak ramai orang Melayu di kawasan Padang Rengas yang 'berusaha' untuk memajukan perniagaan Pak Mail. Dan kedai Pak Mail pun semacam hidup segan mati tak mahu. Tidak mendapat sokongan dari orang Melayu di kawasan Padang Rengas ini sedangkan penduduk di kawasan ini adalah majoriti orang Melayu. Aku tak tahu apa sebabnya jadi begitu. Orang Melayu tak mahu memajukan perniagaan bangsanya sendiri. Sehingga kini masih begitu keadaannya. Aku pun hairan dan tidak ada jawapan.

Sebelah kedai Pak Mail tu ialah kedai milik Moh Kaw. Hampir keseluruhan orang Melayu di kawasan Padang Rengas ini tertumpu ke kedai Moh Kaw. Ini termasuklah arwah Mak yang pastinya mengunjungi kedai Moh Kaw sekiranya dia ke pekan Padang Rengas. Moh Kaw tu kawan lama dia, katanya. Kawan dari kecil. Sememangnya arwah emak dengan Moh Kaw sememangnya rapat. Malah Moh Kaw dan aku dan adik aku juga begitu rapat dengan dia.

Kononnya ada satu jalinan cerita yang panjang bagaimana terjalinnya hubungan persahabatan yang rapat antara Moh Kaw dengan arwah emak. Diceritakan oleh arwah emak bahawa keluarga Moh Kaw (Ah Soon - bapak Moh Kaw) pernah tinggal di kampung, menumpang tanah atuk aku sebelum mereka berpindah ke New Village (kawasan petempatan) di Padang Rengas. Jadi memanglah berkawan rapat semenjak dari kecil sehinggalah sama-sama menempuh zaman tuanya. Dengan sebab itulah persahabatan arwah emak dengan Moh Kaw begitu rapat sekali. Macam adik beradik. Amat menghairankan aku!

Semangat perpaduan Melayu/Cina/ India bukan sahaja tumbuh dengan subur di Padang Rengas tetapi di kebanyakan tempat lain pun begitu juga. Cuma yang akan aku sentuh ialah Padang Rengas yang amat dekat dengan hati dan perasaan aku ia itu tempat kelahiran aku. Maka dengan demikian denyut nadi yang 'berdenyut' di Padang Rengas dapat aku rasakan. Dan yang menyebabkan aku terpanggil untuk menulis tentang hal perkauman ialah terasa 'jijik'nya aku apabila melihat sesorang yang memperkatakan tentang perpaduan bangsa di Malaysia secara negatif, apatah lagi sekiranya seorang itu terdiri dari golongan yang dianggap berpengetahuan .

Perpaduan kaum di Malaysia adalah merupakan isu yang berpanjangan dan berterusan. Isu ini juga digunakan oleh ahli politik untuk memancing undi terutamanya apabila menjelangnya musim pilihanraya. Dan selepas pemilihan akan diwujudkan pula suasana damai, sedamai-damainya perpaduan Melayu/Cina/India itu. Dan trend sedemikian juga diterima ramai. Itulah namanya masyarakat Malaysia yang mampu hidup secara aman dan damai di tanah bertuah ini.

Sebenarnya aku merasa amat hairan tentang mengapa tidak terdapat satu perniagaan orang Melayu di pekan Padang Rengas. Aku bukan mahu menyentuh soal perkauman. Dan aku juga yakin bahawa kaum Cina dan India di kawasan ini juga hairan mengapa tidak terdapat walau sebuah kedai Melayu di pekan ini sedangkan pembelinya rata-rata orang Melayu. Bukan tidak ada ditubuhkan kedai Melayu di sini. Ada. Tetapi tak tahan lama. Satu ketika dulu, zaman sebelum merdeka ( sebelum 1957) ada kedai membeli getah milik Watan &Co milik Pak Sidun. Kemudian ada juga kedai beli getah milik Tuan Haji Abdul Rahman. Dan kedai runcit hanya ada sebuah iaitu milik Pak Mail. Kini setelah negara mencapai kemerdekaan tidak ada lagi walau sebuah kedai pun milik Melayu di Padang Rengas. Mengapa jadi begitu.

Tak tahu aku nak memberikan jawapannya...

abuhassanadam

Padang Rengas

1 Mei 2021