KENYATAAN DS HADI AWANG DANGKAL
Tentulah ramai yang rasa geli hati membaca saranan DS Hadi Awang yang menyarankan agar pegawai kerajaan meletakan jawatan sekiranya mereka tidak begitu serasi dengan kepimpinan kerajaan PN. Dengan sendirinya meletakkkan dirinya begitu 'rendah' dalam menilai kedudukan pegawai kerajaaan dalam pentadbiran negara. Tentulah tidak semudah itu untuk menyuruh pegawai kerajaan meletkkan jawatan sekiranya tidak secocok atau tidak mahu mengikut arahan dan perintah para menteri yang merupakan ketua di satu-satu kementerian.
Yang anihnya lagi ialah saranan ini datangnya dari pemimpin sebuah parti yang hanya memenangi 19 kerusi dalam PRU yang lepas dan 'bertuah' kerana dapat diterima oleh kerajaan 'tebuk atap' PN. Sepatutnya DS Haji Hadi terasa 'malu' untuk menyarankan saranan sedemikian kerana memang sebelum ini seingat aku belum ada lagi pemimpin sebuah parti kerajaan yang membuat saranan sedemikian. Mereka sebelum ini faham dan tahu bahawa antara pemimpin politik ( menteri khususnya) dengan para pegawai kerajaan adalah seperti air dengan tebing, kerjasama erat antara satu dengan yang lain. Dan sememangnya belum tercatat lagi dalam sejarah yang menunjukkan bahawa golongan pegawai kerajaan tidak bekerjasama dengan pimpinan politik. Belum ada lagi.
Jadi persoalannya mengapa ditimbulkan oleh DS Haji Hadi isu yang amat sensitif ini. Apakah sudah ada terdengar yang para pegawai kerajaan tidak mahu bekerjasama dengan pimpinan politik. Ada juga kemungkinan yang para pegawai kerajaan semacam enggan memberikan kerjasama dengan para pemimpin politik dari parti PAS memandangkan kecetekan pemikiran golongan berkenaan atau pun berkemungkinan kecetekan fikiran para menteri dari PAS berkenaan. Mungkin. Dan terbukti juga bahawa sudah terserlah bahawa para menteri dari PAS menampakkan tindakan kurang cerdik dalam mengendalikan kementerian yang dikendalikan oleh mereka. Maka dengan demikian mungkin para pegawai kerajaan yang mendokong kementerian berkenaan merasa kurang selesa berada di bawah kementerian berkenaan. Mungkin.
Pegawai kerajaan adalah ibarat peranan sekor 'kucing' dan para pemimpin politik diibaratkan peranannya seperti seekor 'anjing'. 'Kucing' akan sentiasa berada dan menunggu di rumah sedanagkan anjing akan datang dan pergi. Para pegawai kerajaan akan terus menerus menguruskan kementerian yang diselenggarakan oleh mereka sedangkan para pemimpin politik akan datang dan pergi bergantung kepada kedudukan merea dalam sesuatu pilihanraya. Sekiranya mereka menang dan berkkuasa maka mereka akan menaungi sesuatu kementerian dan begitu juga sebaliknya. Keadaan sedemikianlah yang menentukan taraf seorang menteri.
Terlalu banyak kedengaran sungutan dan kritikan dari rakyat Malaysia tentang prestasi kerja seorang Menteri khususnya Menteri dari PAS. Sudah satu tahun diberikan peluang untuk mereka menunjukkan prestasi kerja mengendalikan sesuatu kementerian dan kini nampaknya belum ada lagi sesuatu tindakan yang boleh dibanggakan. Seolah-olah para menteri berkenaan mencari-cari dalam 'kegelapan' apakah langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan bagi memajukan rakyat. Seolah-olah mereka berada dalam kegelapan.
Dan sepatutnya kepimpinan PAS tidak merasa ragu-ragu terhadap pegawai kerajaan yang kononnya dianggap tidak secocok dengan kepimpinan PN dan sepatutnya DS Haji Hadi melihat prestasi anak buahnya terlebih dahulu dan mengkaji sedalam-dalamnya hubungan kepimpinan politik dengan pegawai kerajaan sebelum menyuarakan saranan yang dianggap amat dangkal yang tidak pernah disuarakan oleh pimpinan kerjaan terdahulu, seingat aku.
abuhassanadam
Padang Rengas
11 Mei 2021
No comments:
Post a Comment