RAKYAT SEMACAM SUDAH 'MELUAT'
ADA MATA TENGOK ADA TELINGA DENGAR
Kebiasaannya apabila orang Melayu sudah melafazkan kata-kata, 'ada mata tengok dan ada telinga dengar' memperlihatkan bahawa mereka sudah betul-betul meluat dan benci melihat sesuatu keadaan yang menjijikkan ataupun suatu keadaan yang amat sukar dipulihkan. Dan ketika itulah terkeluar kata-kata seperti ' ada mata tengok dan ada telinga dengar'.
Pernah masyarakat Malaysia mengalami suatu keadaaan seolah-olah seolah-olah mereka begitu 'meluat' dengan kepimpinan kerajaan pada ketika itu. Ini berlaku semasa pemerintahan Perdana Menteri. ke lapan dan ke sembilan. Rata-rata anggota masyarakat yang aku jumpa merasakan rasa tidak senang dengan cara kepimpinan kerajaan kini. Rakyat sememang terasa kepedihan hidup yang dialami. Dan tentulah ada juga anggota masyarakat yang sentiasa memuji dan menyanjung kepimpinan yang ada kini. Rata-rata yang ditemui, yang tergolong dalam kategori 'miskin' boleh dikatakan 'menyampah' dengan kepimpinan kini.
Tenteulah tidak ada kajian terperinci yang dibuat untuk mengesahkan pemerhatian dan pandangan aku itu. Dan pandangan sedemikian juga berdasarkan pemerhatian dan penglihatan (secara langsung dan tak langsung) akan keadaan pergerakan anggota masyarakat yang berlegar. Misalnya ramai anggota masyarakat yang merasa meluat dengan sikap pemimpin yang kononnya beraliran Islam bercakap mengenai ekonomi negara sedangkan pemimpin berkenaan semacam tidak tahu 'sepatah haram' mengenai keadaan ekonomi negara apatah lagi dengan perkembangan ekonomi dunia. "Berani' mengatakan bahawa ekonom Malaysia sedang berkembang maju sedangkan rakyat negara sedang menderita. Dalam keadaan sedemikianlah masyarakat di Malaysia akan mengamalkan, ' ada mata tengok dan ada telinga dengar'.
Baru-baru ini Tan Sri IGP telah mencerita dan mendedahkan berbagai perkara yang jelek yang berlaku dalam PDRM. Tentulah amat merunsingkan kita rakyat Malaysia mendengar 'perkhabaran' yang tidak elok berlaku dalam PDRM. Persoalannya ialah jikalau begitu keadaannya tentulah perlu diperbetulkan dengan kadar segera agar pentadbiran negara ini dapat berjalan dengan aman dan tenteram. Ini tidak. Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang cuba 'menegakkan benang basah' mereka mempertahankan perkara-perkara yang salah yang berlaku dalam PDRM itu. Dalam keadaan sedemikian, apakah ada lagi tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat selain dari, ' ada mata tengok dan ada telinga dengar'.
Penghapusan peperiksaan UPSR merunsingkan banyak pihak juga tetapi yang anihnya seolah-olah rakyat telah menerima dengan hati terbuka tentang penghapusan UPSR berkenaan. Cuma yang kita dengar teguran dari DS Anwar Ibrahim ( yang pernah menjadi Menteri Pendidikan) tindakan penghapusan dilakukan dengan cara tergesa-gesa. Perlu juga diambil perhatian tentang teguran sedemikian kerana beliau telah melalui berbagai cabaran dalam melaksanakan berbagai dasar di Kementerian Pendidikan pada suatu ketika dahulu.
Sebagai insan yang amat rapat dengan pendidikan negara aku merasa amat sedih dengan penghapusan UPSR. Sedih kerana tidak 'dihazam dan dicanai' dengan sempurna sebelum sesuatu keputusan diambil. Apakah dengan mengambil tindakan sedemikian sudah dapat menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan sesi persekolahn yang lantas mengatasi masalah Cvid 19 yang menyerang.
Bagaimana pula dengan perasaan anak-anak yang sentiasa menunggu kehadiran UPSR bagi mereka munjukkan kebolehan dan kemampuan mereka 'menewaskan' UPSR dan lantas membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Bagi ibu bapa pula UPSR itu merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh anak mereka setelah enam tahun menunggu kedatangan 'cabaran' sedemikian. Dengan ketiadaan UPSR, seolah berlaku suatu kekosongan dihadapan anak-anak yang berada dalam Darjah VI kini. Aku amat simpati dengan nasib yang dialami oleh anak-anak UPSR kini. "Ada mata tengok ada telinga dengar!'
Cuma yang ingin aku persoalkan ialah apakah salah dan apakah dosa UPSR yang telah sekian lama wujud di negara ini dan telah banyak mendatangkan faedah kepada sistem pendidikan di negara ini. Sudah puluhan tahun UPSR dijalankan dan mendatangkan banyak kesan baik kepada pelajar, dan dengan kehadiran Covid 19, maka UPSR 'dikorbankan' dan 'terkorban' jugalah harapan anak-anak yang sedang berusaha untuk menduduki peperiksaan demikian dengan penuh debar.
Namun begitu mungkin juga pihak kementerian pendidikan sudah cukup bersedia dengan senjata dan perisai untuk mempertahan hujjah mengapa UPSR perlu dihapuskan. Hanya pihak berwajib sahaja yang boleh menentukannya. Rakyat hanya boleh menyuarakan pandangan. Kadang-kadang terpaksa jugalah mengamalkan 'falsafah' orang tua-tua, "ADA MATA TENGOK ADA TELINGA DENGAR'
abuhassandam
Padang Rengas,
3 Mei 2021
No comments:
Post a Comment