Sunday, November 17, 2019

KEMENANGAN DI TANJUNG PIAI BUKAN KEHEBATAN BN TETAPI KELEMAHAN PH


KEMENANGAN DI TANJUNG PIAI BUKAN KEHEBATAN BN TETAPI KELEMAHAN PH

            Walaupun beberapa faktor telah diutarakan yang menjadi penyebab kekalahan PH di Tanjung Piai, namun rata-rata merasakan bahawa kepimpinan Tun Mahathir seolah-olah sudah sampai ke penghujung. Maknanya sudah sampai masanya Tun Mahathir mengundur diri dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada DS Anwar Ibrahim. Pada umumnya merasakan itulah cara yang sebaik-baiknya untuk menyelamatkan negara ini dan untuk mengelakkan keadaan dimana PH hanya sebagai kerjaan untuk satu penggal.

            Melalui pemerhatian melalui blog-blog dengan jelas dinyatakan oleh para ‘pemerhati’ politik bahawa kemenangan di Tanjung Piai bukan disebabkan kehebatan calon atau rakyat mahu kembali kepada pemerintahan BN tetapi adalah disebabkan ‘kemarahan’ yang amat sangat kepada tokoh-tokoh ( menteri-menteri) PH yang masih lagi belum dapat meyakinkan rakyat tentang usaha yang dilakukan oleh mereka sebagai menteri.

            Walaupun telah dijelaskan beberapa kali tentang ‘usia’ pemerintahan PH yang masih belajar namun rakyat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat sedemikian. Rakyat sudah begitu muak dan jelak dengan pemerintahan BN sebleum ini yang begitu ‘ranggi’, bongkak mentadbir negara ini seolah-olah mereka akan terus kekal memerintah negara ini buat selama-lamanya. Namun PRU 14 telah ‘mengajar’ golongan yang ‘ranggi’ dan bongkak itu yang menyebabkan BN jatuh ‘tersungkur’ pada PRU 14. Begitu jugalah sikap rakyat dan pengundi di Tanjung Piai yang telah berjaya ‘menyedarkan’ ( harap-harapnya begitulah) pemimpin Pakatan Harapan bahawa kuasa adalah di tangan rakyat.

            Kini rakyat pada umumnya sudah begitu jelak melihatkan sikap setengah menteri yang begitu ranggi, angkuh seolah-olah mereka akan berada kekal selama-lamanya dan sentiasa ‘bergayut kepada seluar’ Tun Mahathir. Ada kelihatan menteri-menteri yang seolah-olah tidak ‘bergerak’ dan menjalankan tugas menteri sebagaimana yang sepatutnya. Seolah-olah mereka ‘tergamam’ dan terus merasakan bahawa tugas seorang menteri hanya melafazkan beberapa slogan dan memberi harapan angan-angan kepada rakyat. Mereka menjanjikan berbagai-bagai perkara kepada rakyat sehingga sanggup hendak melaksanakan kereta terbang!

            DS Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menyatakan kemenangan BN di Tanjung Piai menunjukkan yang orang Cina telah mula kembali kepada BN. Tidak tepat kenyataan sedemikian. Sebenarnya orang Cina tahu memainkan peranan mereka sebagai pengundi dan tahu juga apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai rakyat disebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Mereka telah melihat dengan ‘mata-kepala’ mereka sendiri bahawa PH tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentadbir negara. Dan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir tidak sehebat sebagaimana beliau menerajui negara pada pemerintahan awalnya dahulu. Lantas orang Cina membuat ‘keputusan’ meletakkan BN ( yang kebetulan pula calonnya kaum Cina) sebagai pemenang di Tanjung Piai.

            Pilihanraya PRK Tanjung Piai sebenarnya sebagai ‘eye-opener’ atau pembuka mata kepada kepimpinan PH khususnya Tun Mahathir sendiri. Barisan kepimpinan yang ditonjolkannya semacam tidak meyakinkan rakyat terbanyak tentang kemampuan mereka untuk melaksanakan tugas negara. Ada menteri yang cuba membuat berbagai perubahan tetapi tidak sampai kepada hasrat yang diidamkan oleh rakyat. Dan Tun Mahathir sendiri pernah mempertahankan para menterinya apabila dikritik oleh rakyat tentang peranan mereka yang seharusnya dilakukan. Dan seharusnya begitulah peranan seorang ketua mempertahankan ‘anak buah’ walaupun anak buah berkaitan tidak menjalankan tugas dengan betul.

            Suatu keadaan yang membawa ‘malang’ menjelangnya PRK di Tanjung Piai ialah ketiadaan berita yang membawa kegembiraan di hati rakyat tentang negara Malaysia. Keadaan ekonomi negara tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan hati rakyat. Rakyat pada umumnya masih merasakan bahawa mereka tidak banyak berubah berbanding dengan zaman sebelumnya. Bagi golongan peniaga tidak menampak suasana yang boleh mengembirakan perniagaan mereka terutama dari kalangan orang Cina.

            Sebelum tarikh pembuangan undi  Tun Mahathir sendiri telah menyeru kepada pengundi di Tanjung Piai agar memberikan undi kepada calon PH (dari Bersatu) namun para pengundi di Tanjung Piai seolah-olah tidak mempedulikan ‘rayuan’ dari Tun Mahathir itu.

            Jikalau ditinjau pandangan dari bekas Timbalan Presiden PKR Tuan Syed Hussein beliau dengan jelas menyatakan bahawa, ‘“The results are clear. The people are disappointed and want to teach Harapan, especially Dr M (a lesson). He (Mahathir) knows what should be done with immediate effect. Don't delay it any longer,..a large number of the rakyat are unhappy with Mahathir's leadership which has slid to his and Umno's old ways. 
            "It's best that Mahathir withdraws gracefully and make way to (PKR president) Anwar Ibrahim as soon as possible so that the latter can bring about reforms and prepare adequately for the coming general elections. Harapan should never be a one-term government," (Malaysiakini -16 Noveember 2019)
            Rata-rata berdasarkan cakap-cakap ‘di luar’ menampakkan bahawa kekalahan PH di Tanjung Piai kurang mendapat simpati rakyat terbanyak kerana mereka sememangnya meramalkan yang PH akan kalah. Cuma mereka tidaklah menduga yang PH (Bersatu)  akan kalah seteruk itu. Dan pemimpin Bersatu (terutamanya para menterinya) harus juga sedar bahawa kedudukan mereka adalah seperti ‘telur dihujung tandunk’ dilihat dari segi jumlah wakil mereka di parlimen.

abuhassanadam
17 November 2019



2 comments:

  1. Yang tak faham baca keputusan tu adalah Atuk 94 tahun Melayu Kerala Isle
    yg telah terbatin dalam psychenya yang Atuk saja boleh menyelesaikan masalah negara Malaysia mengikut model kroni kapitalise dan 'iron rule' yang dah BASI tu!

    ReplyDelete
  2. Did you hear there is a 12 word sentence you can communicate to your man... that will induce deep emotions of love and instinctual attraction for you deep inside his heart?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, adore and look after you with his entire heart...

    =====> 12 Words That Fuel A Man's Desire Impulse

    This instinct is so built-in to a man's mind that it will drive him to work harder than before to build your relationship stronger.

    Matter-of-fact, triggering this all-powerful instinct is absolutely binding to having the best ever relationship with your man that the second you send your man a "Secret Signal"...

    ...You will instantly find him expose his heart and mind for you in a way he never experienced before and he will recognize you as the only woman in the galaxy who has ever truly attracted him.

    ReplyDelete