MEMPERSENDAKAN
UMUR CALON DIANGGAP AGAK BIADAB
Mungkin
dengan sepotong ayat akan menyebabkan BN akan ‘bungkus’ dalam PRK Tanjung Piai yang akan diadakan tidak lama
lagi. Bagi orang Melayu dan yang mengamalkan adat Melayu kenyataan Pengerusi
Barisan Nasional Johor, Datuk Hasni Mohammad ketika berucap pada majlis
pelancaran jentera pilihan raya Tanjung Piai telah dengan sinis menyatakan
bahwa beliau berharap tiada lagi PRK perlu diadakan selepas ini.
Menurut
akhbar Berita Harian bertarikh 28 Oktober 2019 beliau berkata, ‘ Calon mereka,
saya kira (berusia) 66 tahun, tahun depan 67 tahun. Saya harap kita tiada PRK
lagi’. Orang Melayu faham apa yang dimaksudkan olehnya. Disebabkan oleh usia
calon PH yang agak lanjut ( 67 tahun) maka ada kemungkinan usia yang sudah
lanjut dan berkemungkinan diadakan PRK
sekali lagi sekiranya PH menang PRK yang akan diadakan kelak.
Maknanya
kempen pembangkang boleh diertikan sebagai ‘hitting below the belt’. Peribahasa
Inggeris ini membakwa makna menyatakan sesuatu yang dianggap terlalu peribadi
dan mungkin tidak bersangkutan secara langsung dengan PRK yang akan diadakan di
Tanjung Piai itu. Membayangkan kebimbangan yang amat sangat terhadap calon
Pakatan Harapan yang mungkin dengan senang menewaskan calon BN pada PRK yang akan
datang.
Banyak
lagi isu berkempen yang boleh disentuh oleh Pengerusi Barisan Nasional Johor
itu selain dari menyentuh isu usia calon yang sudah lanjut. Dan sebagai orang
Melayu Johor yang sememang terkenal dengan masyarakat yang berpegang teguh
kepada adat dan budaya Melayu, beliau harus tahu dan faham bahawa apa yang
disuarakan oelh beliau merupakan ‘pukulan maut’ kepada beliau sendiri. Pihak
Pakatan Harapan hanya perlu memainkan isu ini berulang kali dan dengan
sendirinya calon BN akan ‘mengelupur’ di Tanjung Piai.
Pengerusi
BN Johor ini harus faham bahawa dalam masyarakat Melayu, apa yang dikatakan
oleh beliau itu merupakan satu kenyataan yang agak biadab terhadap orang tua. ‘Orang
Muda’ yang bersopan santun dalam masyarakat Melayu seperti di negeri Johor itu
pastinya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyatan yang terlalu peribadi
itu terhadap seseorang. Takut ‘terguris’ hati dan perasaan orang yang
mendengarnya. Itu yang dinamakan ‘menjaga hati’ dalam masyarakat Melayu.
Mungkin
agaknya Pengerusi Barisan Nasional Johor ini sudah tidak mengenali lagi adat
Melayu. Mungkin agaknyadisebabkan oleh pendidikan yang terlampau tinggi yang
dimilikinya maka beliau sudah agak melupakan adat orang Melayu. Mungkin!. Mungkin juga agaknya orang muda kini sudah
tidak mepedulikan adat dan budaya Melayu seperti yang diamalkan oleh pemimpin
yang dimaksudkan ini. Mungkin!
Berbagai
kemungkinan akan berlaku.
abuhassanadam
2 Oktober 2019
No comments:
Post a Comment