SLOGAN ‘ MUHIBBAH, PERPADUAN’ HANYA SLOGAN KOSONG
Sejak
puluhan tahun apa yang dianjurkan oleh pemimpin negara ini sebagai ‘muhibbah
dan perpaduan’ dikalangan masyarakat Malaysia semacam ‘pekikan’ slogan kosong
yang tidak bermakna. Dikatakan begitu kerana ditinjau dari segi realitinya,
walaupun masyarakat Malaysia peringkat bawahan mengamalkan apa yang
‘dislogankan’ namun para pemimpin atasan semacam berdolak-dalik dan tidak
menyatakan dengan sebenarnya apa yang tersirat dalam hati dan perasaan mereka.
Sebagai
contoh. Pemimpin PAS ketika berkempen di PRK Cameron Highlands dulu mengatakan
bahawa pengundi Melayu yang beragama Islam tidak sepatutnya mengundi calon
bukan Melayu yang bukan beragama Islam. Ringkasnya orang Kafir. Tetapi di
Tanjung Piai ‘lagu dan iramanya’ telah berubah. Pemimpin PAS telah menghujjahkan
bahawa tidak salah mengundi calon dari kalangan Kafir. Dan dikemukakanlah
hujjah-hujjah yang munasabah yang boleh meyakinkan pengikut mereka yang masih
fanatik. Tentulah luka lama berdarah kembali dan amat sukar untuk melenyapkan
tanggapan sedemikian.
Di
parlimen para wakil parlimen dengan tidak segan silu membicarakan tentang soal
ras dan perkauman. Mereka lupa bahawa apa yang diperkatakan di Parlimen itu
diikuti perbincangan berkenaan oleh masyarakat luar yang menyebabkan masyarakat
umum ‘pening’. Kenyataan yang berbunyi, ‘apa lagi Cina mahu’ yang dilafazkan
oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada suatu ketika dahulu sudah cukup untuk
mengguris hati kaum Cina dan tindakan mempersenda agama Hindu tentunya
menimbulkan kemarahan golongan beragama Hindu. Apatah lagi apabila ada pihak
yang cuba ‘menghina’ agama Islam tentunya juga mendatang kemarahan yang bukan
kecil.
Ditinjau
dari sudut yang lain menampakkan bahawa muhibbah dan perpaduan dikalangan
rakyat Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya memang wujud dikalangan
masyarakat akar umbi. Akan dapat dilihat suasana sedemikian dipraktikkan. Di
kawasan perumahan atau di kampung-kampung berhampiran bandar suasana sedemikian
memang wujud. Seolah-olah kewujudan harmoni di tempat-tempat demikian adalah di
atas dorongan dan perasaan mereka yang menghormati antara satu dengan yang
lain.
“Hypocricy’
yang paling ketara dan menonjol dapat dilihat dalam kempen-kempen pilihan raya
seperti yang berlaku di Tanjung Piai kini. Akan dapat dilihat para pemimpin
‘lidah bercabang’ ( dari kedua belah pihak) yang cuba memperkatakan sesuatu
untuk menawan hati pengundi dengan
kata-kata manis. Di sanalah akan berlaku kegiatan ‘berpeluk-pelukan’ antara
satu dengan lain untuk membayangkan kepada pengundi bahawa memang wujud muhibbah
dan perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia yang diamalkan oleh para pemimpin.
Persoalannya
ialah ‘apakah sebenarnya pelukan itu membayangkan keadaan perpaduan yang
sebenar?
·
Perpaduan
dan muhibbah yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu-Cina-India peringkat
bawahan adalah perpaduan yang sebenar.
·
Perpaduan
dan muhibbah yang ditunjukkan dalam pertandingan sukan boleh dianggap sebagai
perpaduan kaum yang sebenar.
·
Muhibbah
yang ditunjukkan oleh Kaum Melayu-Cina-India di pekan-pekan kecil adalah merupakan
muhibbah antara kaum yang sebenar.
Malangnya
apabila diperhatikan dengan teliti, perkataan ‘perpaduan’ yang terkeluar dari
kebanyakan pemimpin negara adalah merupakan ungkapan yang boleh dianggap
hambar. Maknanya semacam tidak dinayatakan dengan penuh ikhlas. Tidak bermaksud
semua pemimpin begitu. Mungkin digunakan ayat-ayat sedemikian bertujuan untuk
memancing undi ataupu sengaja untuk mengambil hati dan menarik perhatian.
Selagi
ada parti politik yang mementingkan satu kaum sahaja, maka selagi itulah
perpaduan negara tidak dapat tercapai. Selagi ada para pemimpin yang
menggunakan ras dan agama sebagai cara untuk memancing undi maka selagi itulah
perpaduan bangsa Malaysia tidak akan tercapai.
Ramai
para pemimpin di negara ini yang berpendapat bahawa mereka terpaksa menggunakan
isu ras dan agama sebagai jalan pintas untuk memancing undi. Dengan demikian
kita dapati setiap kali pilihan raya diadakan maka isu sedemikian digunakan
sepenuhnya dan kesannya boleh membawa kepada keadaan yang tidak diingini. Dan
jangan dilupakan bahawa keghairahan pemimpin menggunakan isu ras dan agama
adalah berpunca daripada sambutan yang diberikan oleh para pengundi juga.
Sekiranya para pengundi bijak dan rasional dalam memilih maka para pemimpin
juga akan berubah dari segi tindakan.
DS
Anwar Ibrahim sudah mula menunjukkan ‘jalan’ dengan cara ‘mengeluarkan’ dirinya
daripada konkongan isu ras dan agama. Dalam satu ucapannya di Taman Utama Pekan
Nenas baru-baru ini beliau dengan tegas mengatakan bahawa, ‘ Musuh kita adalah
rasuah, bukan DAP. Ini sebenarnya pendirian kita kerana semua perlu sedar,
masalah negara kita bukan Cina atau Melayu tetapi pemimpin yang curi duit’.
Rakyat
Malaysia harus sedar bahawa perpaduan kaum adalah elemen paling penting bagi
pembentukan sebuah negara bangsa yang kuat. Mahu tidak mahu kaum utama Melayu, Cina dan India, Iban,
Kadazan dll perlu bertaut dan bekerjasama. Sudah begitu keadaan negara Malaysia
kini dan tidak dapat dirombak lagi. Sudah begitu ditakdirkan. Apa salahnya kita
lupakan segala persengketaan dan memperbaharui tekad.
Jadikan
PRK Tanjung Piai sebagai tapak permulaannya.
abuhassanadam
13 November 2019
If you're looking to lose fat then you need to try this brand new custom keto plan.
ReplyDeleteTo design this keto diet, licenced nutritionists, personal trainers, and professional chefs united to develop keto meal plans that are powerful, convenient, price-efficient, and delightful.
Since their first launch in 2019, hundreds of clients have already remodeled their figure and health with the benefits a professional keto plan can give.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones offered by the keto plan.