MENGAPA SEKOLAH ANTARABANGSA JADI PILIHAN?
Jawapan
yang tidak perlu berfikir panjang-panjang ialah kerana sekolah antarabangsa
lebih baik dari sekolah kerajaan. Itu merupakan jawapan yang tidak perlu banyak
berfikir dan tidak perlu dianalysis. Ringkas.
Sebenarnya
tajuk muka depan akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2019 yang bertajuk,
‘Sekolah antarabangsa jadi pilihan’ merupakan tajuk yang amat penting yang
memerlukan pemerhataian banyak pihak terutama pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dan yang lebih penting lagi sepatutnya Menteri Pendidikan sudah pun
memberikan ‘responsnya’ berkaitan dengan tajuk ini.
Sedar
tak sedar bilangan pelajar Malaysia yang menuntut di Sekolah antarabangsa pada
tahun 2019 sudah melebihi dua kali ganda pelajar dari luar negara (Pelajar
Malaysia – 44,575 sedangkan pelajar bukan warganegara Malaysia – 25,220).
Jumlah keseluruhan pelajar yang menuntut di sekolah antarabangsa berjumlah 69,795
orang berbanding pada tahun 2010 hanya berjumlah 19,929 orang. Itu merupakan
satu peningkatan yang agak drastik.
Penganalisis
merasakan fenomena sedemikian merupakan sesuatu yang membimbangkan kerana
kononnya ‘subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang wajib diajar di sekolah
antarabangsa juga tidak cukup untuk membina jati diri pelajar tempatan yang
mengikuti pengajian di institusi itu’. Demikian kata Teo Kok Seong, Felo Utama
Institute Kajian Etnik (KITA), University Kebangsaan Malaysia (UKM). Bukan
tugas aku untuk menyokong atau mempertikaikan pendapat beliau. Mungkin betul
dan mungkin tidak berapa betul.
Aku
lebih condong untuk memperkatakan tentang mengapa ibu bapa yang berkemampuan
sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit setahun untuk menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah antarabangsa. Dan mengapa terdapat peningkatan yang
begitu drastik ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.
Apakah para ibu bapa yang berkemampuan sudah hilang keyakinan kepada
sekolah-sekolah kerajaan untuk menyerahkan anak mereka menimba pelajaran di
sana?
Bermula
pada tahun 2010 hanya terdapat 8,077 orang pelajar Malaysia yang belajar di
sekolah antarabangsa. Dan dalam masa sepuluh tahun jumlah itu meningkat kepada
44,575 orang. Menampakkan peningkatan itu terus bertambah dari setahun ke
tahun. Menampakkan bahawa ibu bapa yang berkemampuan sudah mula ‘meindahkan’
anak mereka dari sekolah kerajaan ke sekolah antarabangsa. Apakah tindakan yang
dilakukan oleh ibu bapa berkenaan harus dianggap tidak patriotik dengan ‘mengenepikan’
sekolah kerajaan?
Ibu
bapa mana yang tidak sayangkan anak dan yang tidak mementingkan pendidikan anak
demi masa depan mereka. Tentulah ibu bapa yang berkemampuan akan berlumba-lumba
untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, apatah lagi
ibu bapa berkenaan sudahpun menyediakan simpanan dan peruntukan yang mencukupi
untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka. Lantas wang bukan lagi menjadi
persoalan dan pertimbangan mereka dan yang dipentingkan tentulah kualiti
pendidikan yang diterima.
Bertolak
dari keadaan sedemikian tentulah timbul persoalan tentang mengapa ibubapa yang
berkemampuan itu memilih sekolah antarabangsa dan ‘meninggalkan’ sekolah
kerajaan. Mahu tidak mahu semua pihak harus mengakui adanya kelemahan dalam
sistem pembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan. Pastinya kelengkapan
pembelajaran di sekolah kerajaan tidak dapat menandingi kelengkapan yang ada di
sekolah-sekolah antarabangsa. Namun begitu harus juga ada persediaan yang
mencukupi untuk menyediakan pendidikan ala kurun ke 21 dis sekolah-sekolah kerajaan.
Walaupun
Menteri Pendidikan dan pihak Kementerian Pendidikan merasakan bahawa sekolah
kerajaan sudah cukup bersedia dengan berbagai kelengkapan dan cara pengajaran
dan pembelajaran yang canggih untuk menghadapi Kurun ke 21 ini, namun
perpindahan yang agak ketara ke sekolah antarabangsa itu seharusnya membuka
mata pelaksana dasar di Kementerian Pendidikan. Tidak harus ada perasaan ‘syok sendiri’
dengan mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berjalan kini sudah
boleh dianggap sesuai untuk era globalisasi dunia.
Pihak
kementerian pendidikan seharusnya tidak berasa ‘segan dan malu’ untuk meninjau
apakah yang sedang berlaku disekolah-sekolah antarabangsa yang menyebabkan
‘penghijrahan’ yang ketara ke sekolah-sekolah antarabangsa. Harus diadakan
‘penempatan’ guru-guru dari sekolah kerajaan di sekolah antarabangsa demi untuk
meninjau dan mempelajari cara-cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah
berkenaan. Tentulah jauh pencapaian yang dilakukan oleh sekolah antarabangsa
yang menyebabkan ibu bapa ‘berduyun-duyun’ menghantar anak-anak mereka di sana.
Salah
satu faktor yang menyebabkan berlaku perpindahan berkenaan adalah disebabkan
oleh kebebasan ibu bapa untuk berinteraksi dengan guru-guru meninjau tentang
perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Tidak pula bermakna di sekolah-sekolah
kerajaan, ibu bapa tidak berbuat demikian. Bezanya ialah di sekolah-sekolah
antarabangsa ibu bapa sedar yang mereka ‘melabur’ wang yang begitu banyak
terhadap pendidikan anak-anak mereka dan dengan demikian mereka mengharapkan
‘pelaburan’ mereka mendatangkan faedah yang maksimum. Lantas guru-guru di
sekolah antarabangsa juga perlu bersiap-siaga apabila mengahadapi ibu bapa pada
‘Report Card Day’.
Guru-guru
disekolah antarabangsa bukan sahaja diawasi oleh pentadbir sekolah tetapi
diawasi juga oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak segan-segan mengkritik apa yang
dilakukan oleh para guru disekolah kerana mereka merasa bertanggungjawab
terhadap pelajaran anak-anak mereka. Guru ada ‘suara’ menentukan kehadiran
seseorang guru untuk mengajar anak-anak mereka. Sekiranya prestasi guru tidak
menepati harapan yang diperlukan maka guru-guru akan dilepaskan jawatan dari sekolah
berkenaan.
Keadaan
kebimbangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan kini bukan sahaja ramainya
pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sekolah-sekolah antarabangsa, tetapi
ramai juga pelajar Melayu yang ‘berhijrah’ ke sekolah-sekolah Cina. Aku tidak
memiliki statistik mengenai keadaan ini tetapi berdasarkan pemerhatian dan
cakap-cakap perkembangan sedemikian agak membimbangkan.
Kementerian
Pendidikan dan khususnya Menteri Pendidikan harus mengambil perhatian serious
tentang hal sedemikian dan bukan sekadar memperkenalkan kasut hitam di
sekolah-sekolah.
abuhassanadam
28 November 2019
If you're looking to lose weight then you absolutely have to start using this totally brand new tailor-made keto diet.
ReplyDeleteTo create this service, licenced nutritionists, fitness couches, and professional cooks have joined together to develop keto meal plans that are efficient, suitable, economically-efficient, and delightful.
Since their launch in 2019, thousands of individuals have already remodeled their body and health with the benefits a professional keto diet can give.
Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto diet.