ANTARA DR HAMKA DAN USTAZ KAZIM
Terkejut juga aku apabila membaca berita tentang
‘penolakan’ Ustaz Kazim untuk mengadakan ceramah di Perlis oleh Mufti Perlis
dengan alasan, "Jabatan ini tidak bersetuju dengan pemilihan panel Datuk
Kazim Elyas (sic) kerana beliau sering
terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu," sebagaimana dinyatakan
dalam suratnya bertarikh 27 Februari 2015.
Kisah penolakan penceramah
oleh Mufti telah pun berlaku di Johor pada tahun 1960 apabila Mufti Johor
ketika itu melarang Dr. Hamka untuk menyampaikan ceramah di negeri itu. Hanya
alasan penolakan sahaja yang berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Mufti
Perlis itu.
Penjelasan Dr. Hamka ialah,
“ Saya sudah mengalami satu bukti
bagaimana bangkrutnya (gagalnya) kekolotan dipertahankan dengan kekuasaan di
Johor itu pada tahun 1960. Mufti
Johor telah mengenal saya sebagai Kaum Muda dan Wahabi dari Indonesia. Setelah
mendengar bahawa saya akan datang ke beberapa negeri dalam kerajaan Johor,
Mufti memerintahkan kepada seluruh kadhi-kadhi dalam kerajaan Johor, menyuruh
tutup pintu sekalaian masjid dalam
kerajaan Johor, buat Hamka mengadakan syarahan (tabligh-ceramah)
Akhirnya apa yang terjadi? Saya masih berada
dalam sebuah Guesthouse di Melaka, telah datang utusan dari D.O (District
Officer – Pegawai Daerah) Muar, meminta supaya saya datang ke Muar mengadakan
syarahan. Bukankah Mufti melarang saya bersyarah di masjid? Tanya saya. Utusan
D.O. itu menjawab sambil tersenyum: kuasa mufti hanya di masjid,
ditempat-tempat di luar masjid, seumpama tanah lapang tidak ada kuasa mufti.
Apatah lagi kalau Tuan Hamka yang bersyarah di masjid pun tidak akan muat.
Begitulah saya terus bersyarah di Sindian,
Kluang, Batu Pahat dan kota Johor sendiri…” Petikan dari artikel “ Masalah
Khialfiah dan Tentang Taqlid dan Ijtihad” oleh Dr. HAMKA.
Aku melihat ‘pertembungan’ antara Ustaz Kazim
dengan Dr Asri dari sudut sesuatu yang positif khususnya kepada masyarakat umum
yang selama ini tidak pernah mempersoalkan langsung pengisian yang diajarkan
oleh penceramah agama di masjid-masjid
dan di surau. Sudah sekian lama masyarakat Islam di Malaysia ‘ditugaskan’ untuk
menjadi ‘tukang dengar’ dan ‘tukang angguk’ tentang apa saja yang disampaikan oleh
penceramah-penceramah berkenaan.
Kadang-kadang terdetik juga di hati pendengar
untuk menyoal sesuatu tentang fakta yang disampaikan oleh penceramah agama kita
tetapi ramai yang takut dituduh cuba mempersoalkan sesuatu yang bertentangan
dengan akidah. Dan kebiasaannya apa yang disampaikan oleh para pencermah adalah
sebagai sesuatu yang ‘muktamad’ dan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa
terutama golongan pendengar yang dianggap jahil itu.
Dengan cara dan ‘body language’ disertai pula
antonasi suaranya, maka para penceramah seolah-olah ‘menyalahkan’ pendengar
dengan contoh-contoh yang meletakkan kesalahan kepada para pendengar dan
menganggap apa yang disampaikan oleh mereka itu betul belaka. Keadaan sebegini
telah pun aku perhatikan berlaku semenjak zaman berzaman di mana tidak ramai yang
berani menyoal penceramah walaupun dirasakan sesuatu yang bertentangan dengan
pendapat si pendengar.
Satu trend yang sedang menular kini ialah majlis
ilmu kini sudah bertukar menjadi ‘pasar minggu’. Para penceramah bukan sahaja
datang untuk menyampaikan ceramah tetapi kedatangannya adalah juga untuk
menjual kitab-kitab yang dikarang oleh mereka. Dan kita tidak tahu samada
buku-buku agama yang dikarang itu adakah betul-betul authentic dan tidak
bercanggah dengan akidah
Bukan sekadar buku agama tetapi mereka juga
menjual ‘air penawar untuk terang hati’ ‘kismis’ yang boleh ‘menerang hati’ dan
berbagai-bagai perkara lagi untuk ‘menerang hati’.
Perniagaan yang dijalankan terus ‘subur’
memandangkan kegiatan sebegini amat sesuai dengan sikap setengah orang Melayu
Islam yang ingin mengambil jalan pintas untuk mendapat kejayaan dalam
peperiksaan. Semenjak zaman berzaman ‘air penawar terang hati’ telah memainkan
peranan penting dalam kehidupan dan budaya orang Melayu terutama bagi ibu bapa
yang mana anak mereka berada dalam kelas peperiksaan. Nampaknya sampai kini
kegiatan sebgini masih berlelauasa. Aku tidak dapat mempastikan bahawa keadaan
sebegini juga merupakan antara aktiviti mengimarahkan masjid dan
surau…….Mungkin…
Dan antara keluhan yang sentiasa di dengar kini
juga ialah tentang bayaran untuk seorang penceramah kini adalah terlalu tiggi
dan sukar bagi masjid-masjid kampung ( yang kekurangan wang) untuk menjemput
penceramah-penceramah yang kredible. Lagi pun penceramah agama (Ustaz Korporat)
sedemikian akan memilih untuk pergi ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh
golongan korporat. Dengan demikian akan ketinggalanlah masjid-masjid dan surau
di kampung yang tidak memiliki ongkos yang lumayan untuk membiayai penceramah
berkenaan.
Aku merasakan bahawa sudah sampai masanya segala
seminar dan simposium yang dianjurkan oleh JAKIM di peringkat kebangsaan dan
negeri membincangkan tentang peranan penting yang harus dimainkan oleh golongan
agama untuk mengubah sikap orang Melayu/Islam dalam menempuh zaman yang serba
mencabar ini.
Dan yang paling penting sekali ialah harus
dimulakan usaha sedemikian dengan pegawai-pegawai JAKIM itu sendiri. Dan tidak
salah dan janggal agaknya juga sekiranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu
sendiri ‘turun padang’…..
Bukankah itu merupakan amalan Rasulullah……..
abuhassanadam
6 Mac 2015
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya setuju dgn kamisah, penulisan dr maza sentiasa saya baca, byk ilmu yg beliau sampaikan secara ilmiah. Byk penceramah bebas menyelitkan lawak jenaka dan nyanyian meniru lagu utk menarik pendengar tapi perlu diingatkan bahawa jenaka bkn sahaja wujud melalui cerita perbandingan tetapi boleh dibuat dgn pelbagai cara seperti nada suara, bahasa badan, olahan cara penyampaian dan lain lain. Apa yang pak abu ulas dalam artikel ini mmg tepat dan cadangan yang baik demi perkembangan islam
ReplyDeleteRazif, Kamisah,
ReplyDeleteAnda sebagai jenerasi penerus harus tampil menyuarakan pandangan secara jujur dan ikhlas demi kebaikan bangsa. Syabas!
Pak Abu
Tahniah tuan ats artikel menjentik minda dengan analogi silam.Sy sendiri byk membaca pnulisan Dr MAZA dan mendapt byk pencerahan terhadap salah laku dan amalan yg sudah terbiasa selama ini. Mungkin beliau belum boleh dinamakan sebagai mujaddid,tp buah fikirannya yg bersandarkan kepada nas2 yg jelas membantu kami membuat penilaian semula terhadap apa yang kami fikir, amal yg sgt selesa dipraktikkan selama ini.T kasih Dr MAZA.
ReplyDeleteTahniah tuan ats artikel menjentik minda dengan analogi silam.Sy sendiri byk membaca pnulisan Dr MAZA dan mendapt byk pencerahan terhadap salah laku dan amalan yg sudah terbiasa selama ini. Mungkin beliau belum boleh dinamakan sebagai mujaddid,tp buah fikirannya yg bersandarkan kepada nas2 yg jelas membantu kami membuat penilaian semula terhadap apa yang kami fikir, amal yg sgt selesa dipraktikkan selama ini.T kasih Dr MAZA.
ReplyDeleteAmir,
ReplyDeleteGembira melihat perkembangan minda yang kritikal dikalangan orang muda kini.
Pak Abu