IMDB – KE MANA MENGHILANGNYA PERKASA DAN ISMA
Walaupun tidak semua namun aku merasakan majoriti
orang Melayu patut dipersalahkan. Betul sebagaimana kata Dr. Mahathir yang
orang Melayu mudah lupa. Betul kata penjajah British yang menjajah Tanah Melayu
dulu yang mengatakan orang Melayu sukakan hiburan. Betul juga kata setengah
orang Melayu yang mengatakan orang Melayu boleh ditundukkan dengan
menghadiahkan sehelai kain batik. Betul juga kata orang kampung aku bahawa
orang Melayu kampung boleh ‘dibeli’ hanya dengan sebatang rokok saja.
Aku terpanggil untuk bersama-sama mengemukakan
pandangan aku apabila terbaca artikel Datuk
Kadir Jasin yang berjodol, ‘ Be haste in Tracking Down Jho Low’
bertarikh 11 Mac 2015. Aku amat terusik terutama apabila para akhir rencana berkenaan
mengatakan,
“ The rakyat and their elected representatives
must step up the pressure to ensure that the task force carries out its mandate
transparently and freely. Never mind if the 160-UMNO divisional leaders, who
attended the redi shirt solidarity day on March 8 at the PWTC, believed
unequivocally in their Presidents explanation of IMDB”
Aku ‘takut’ untuk menterjemahkannya.Takut silap.
Namun biarkanlah aku sisip fahaman dan pentafsiran aku mengenai apa yang
diperkatakan oleh Dato’ Kadir itu. Aku merasakan bahawa beliau amat bimbang
tentang apa yang berlaku kini dan kebimbangan itu samalah yang dirasakan oleh
rakyat Malaysia yang perihatin akan nasib malang yang akan dilalui oleh negara
sekirannya tidak dilakukan ‘pengubatan’ yang sesuai dan berkesan. Peristiwa BMF
yang menimbulkan kesan buruk yang mendalam kepada negara Malaysia masih segar
dalam ingatan rakyat yang merasai dan berada dalam zaman itu.
Dengan sebab itulah agaknya beliau menyeru rakyat
dan wakil yang dilantik oleh mereka untuk tanpil untuk memberikan tekanan
kepada pihak tertentu untuk menyegerakan tugas menyiasat hal yang berkaitan
dengan 1MDB ini. Seolah-olah tidak ada tempat lain untuk mengadu, melainkan
menyerahkan kepada rakyat yang masih mahu berfikir dan menyelamatkan bangsa dan
negara Malaysia yang tercinta ini. Dan beliau menambah agar kita tidak
mempedulikan sikap 160 ketua bahagian UMNO yang hadir mendengar penjelasan
daripada DS Najib tempoh hari yang berkaitan dengan !MDB. Biarkanlah mereka
bersikap demikian. Biarkanlah mereka berkeadaan sedemikian sekiranya mereka
yakin dan percaya sepenuhnya penjelasan yang diberikan.
Aku tidak menyalahkan sepenuhnya orang Melayu
yang tidak faham tentang perjalanan 1MDB tetapi aku hanya mahu menyalahkan
sikap setengah orang Melayu yang tidak mahu langsung mendengar penjelasan yang
diberikan oleh pihak-pihak yang arif tentang 1MDB ini. Kadang-kadang ternampak
semacam sudah ‘tertutup’ telinga mereka dari mendengar penjelasan mengenai isu
yang hangat diperkatakan ini. Seolah-olah apa yang disampaikan kepada mereka,
masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
Nampaknya rakyat tidak boleh lagi menggantungkan
harapan kepada UMNO kerana pemimpin mereka sudah diperjelaskan mengenai 1MDB
dan mereka yakin dan percaya tentang penjelasan itu. Rakyat terutamanya orang
Melayu tidak boleh mengharapkan PERKASA atau ISMA dalam hal ini kerana sehingga
kini belum terdengar lagi suara mereka yang mempersoalkan tentang IMDB
berbanding dengan tindakan pantas dan cepat mereka apabila muncul isu-isu
seperti kalimah Allah. Begitu jugalah NGO-NGO lain yang pada suatu ketika dulu
amat aktif memperjuangkan sesuatu isu terutama yang kononnya membabitkan orang
Melayu tetapi kelihatan sunyi sepi kini.
Hendak mengadu kepada Saudara Anwar Ibrahim,
beliau telah dipenjarakan. Hendak mengadu kepada Tuan Guru Nik Aziz beliau
telah kembali lebih awal. Jikalau dulu Karpal Singh akan ‘mengaum’ apabila
timbul isu yang membabitkan rakyat, kini mendiang juga telah pergi lebih awal.
Cuma yang masih ada tempat untuk ‘menyangkutkan dagu’ ialah kepada YB Lim Kit
Siang, Rafizi Ramli, Tony Pua dan beberapa orang lagi pemimpin muda yang terus
menerus memperjuangkan nasib rakyat.
Apakah pemimpin muda ini akan ‘tenggelam’
ditenggelamkan oleh kejahilan sebahagian besar rakyat Malaysia?
abuhassanadam
12 Mac 2015
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKamisah,
ReplyDeleteSaya pun tidak begitu arif tentang IMDB tetapi harus kita merujuk kepada tokoh yang lebih tahu untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar. Kemudian baru difikir dan dipertimbangkan menggunakan akal yang dikurniakan Allah..
Pak Abu