RAKYAT HANYA MAHUKAN PENJELASAN……
Melihatkan kepada beberapa perkembangan dalam
negara kini
( yang semacam membimbangkan ) menampakkan seolah-olah ada
dikalangan pemimpin negara kini semacam sudah tidak berintegriti. Tidak
menampakkan ada perasaan malu kepada masyarakat yang dipimpin oleh mereka.
Tidak langsung ada segan silu untuk membohongi masyarakat yang dipimpin dengan
fakta-fakta yang diadakan. Tidak ada langsung merasa takut kepada Tuhan diatas
pembohongan yang dilakukan walaupun ada yang berlatarbelakngkan pendidikan
agama. Seolah-olah mereka langsung tidak memikirkan ‘hati dan perasaan’ roh
arwah ayahanda dan bonda yang sudah pergi. Langsung mereka tidak memikirkan hal
yang sedemikian.
Maruah diri adalah sesuatu yang perlu dijaga dan
dipelihara, apatah lagi bagi orang Melayu yang menganggap bahawa maruah diri
adalah sesuatu yang amat berharga untuk dimiliki. Bagi orang Melayu (lama)
maruah adalah lebih kurang sama dengan nyawa dibadan. Dan antara maruah dan budi
pula mungkin sama-sama dipelihara dan dijaga oleh orang Melayu. Seolah-olah
tidak adanya budi dan hilangnya maruah maka hilanglah orang Melayu itu sendiri.
Kini ada dikalangan pemimpin kita seolah-olah
sudah tidak mempedulikan maruah yang terhakis kepada diri mereka. Rakyat
semacam mempersoalkan tentang ‘apakah para pemimpin kita semacam tidak
bermaruah”. Tentulah ada asasnya mengapa rakyat menuduh para pemimpin kita kini
sudah tidak bermaruah. Ramai pemimpin semacam sudah tidak mempedulikan teguran
dan kritikan rakyat terbanyak tentang tindak-tanduk yang mereka lakukan. Mereka
seolah-olah tidak tahu bahawa rakyat terbanyak tahu dan sedar apa yang mereka
lakukan. Hanya mereka yang merasakan baahwa rakyat kurun ke 21 masih bodoh dan
tolol. Mereka seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata. Para pemimpin
hanya ‘menutup telinga’ apabila timbul ‘jeritan’ dan ‘kutukan’ yang dilimparkan
terhadap mereka. Dan yang amat malang lagi ialah apabila ada jabatan-jabatan
kerajaan yang sepatutnya bertindak terhadap sesuatu penyelewengan juga melakukan
tindakan yang serupa, ‘memekakkan telinga dan memejamkan mata’.
Banyak sangat aku baca dan aku dengar
diperkatakan mengenai IMDB. Banyak sangat jumlah duit yang terlibat dalam
perniagaan ini. Berbillion. Seperti juga orang Melayu miskin yang lain, aku tidak
dapat membayangkan sebanyak mana atau ‘seberat’ mana wang kertas yang berjumlah
satu billion ringgit itu. Disamping itu tidak dapat aku hendak membincangkan
isu yang berkaitan dengan 1MDB disebabkan kejahilan aku mengenai ilmu ekonomi.
Justeru tentulah aku mengharapkan sumbangan penulis lain untuk memberikan
‘input’ berkaitan dengan perjalanan 1MDB.
Berikut diperjelaskan pandangan Tun Dr. Mahathir
melalui blognya,’Che Det’ yang menceritakan mengenai IMDB. Katanya,’ 1MDB
ialah satu dana yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai dana kekayaan negara
(sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari
kekayaannya bagi masa depan. Biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara
pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat habiskan pendapatan setelah
mentadbir dan membangun negara”
“Malaysia
bukanlah negara pengeluar minyak yang besar. Hampir semua 650 ribu tong yang
dikeluar tiap hari diguna dalam negeri. Dan Malaysia pula mengalami defisit
dalam belanjawannya. Tidak ada lebihan wang untuk dana kekayaan negara. Oleh
itu Kerajaan terpaksa hutang untuk dana kekayaan ini….Pada 1 September 2009 1
Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila
bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin
oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas
membayar 3.6% sahaja”
“Jurucakap Kerajaan
menjelaskan bahawa 1MDB memiliki harta bernilai lebih dari RM40 billion
sedangkan hutangnya hanya RM38 billion. Oleh itu rakyat tidak perlu bimbang.
Tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi? Sebahagian wang yang
dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam
akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?”
Kini isu IMDB sudah hangat diperkatakan. Bukan
sahaja ‘hangat’ di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Seharusnya
isu sebegini secepat mungkin ditangani oleh pemimpin kita. Harus diambil
perhatian dan diperjelaskan oleh pihak tertentu supaya rakyat tidak
tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku. Tetapi yang menghairankan juga
ialah rakyat yang menjadi ahli UMNO seolah-olah tidak mahu tahu tentang perkara
sedemikian. Seolah-olah mereka sudah cukup puas hati tentang prestasi kerajaan
sehinggakan mereka senyap sepi dan tidak mahu tahu langsung. Mereka sudah cukup
yakin apa yang dilakukan oleh pemimpin yang mereka lantik itu sudah cukup dapat
memuaskan hati mereka dalam menjalankan pentadbiran di negara ini. Seolah-olah
mereka sokong dengan cara membuta tuli. Mereka tidak langsung memikirkan
peribahasa Melayu yang menceritakan tentang ‘sokong boleh membawa rebah’
Ada terdapat juga pemimpin UMNO yang
mempertahankan pemimpin negara secara
membuta tuli juga. Dan sebaliknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan
‘whistleblower’ yang dianggap sebagai sengaja bertujuan untuk memburuk-burukan
pemimpin negara. Itu anggapan mereka yang bersikap demikian. Tetapi sebenarnya
ialah hasrat golongan yang memperkatakan tentang 1MDB dan isu-isu lain adalah
untuk mendedahkan keburukan yang berlaku dalam negara dan mengharapkan pihak-pihak
tertentu untuk mengambil tindakan menyelesaikannya. Rakyat mana yang mahu merosakkan
negara. Adalah amat silap sekiranya ada pihak yang menuduh pihak pemberi
maklumat sebagai golongan yang bersifat perkauman dan anti kerajaan. Terlalu
jahil bagi mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian rupa
Hasrat mereka bukan untuk memburukkan nama negara
tetapi mengharapkan penjelasan dari pihak-pihak tertentu supaya rakyat faham
dan tidak keliru. Selagi para pemimpin tidak tampil untuk menjelaskan isu-isu
yang agak kusut ini, maka selagi itulah rakyat akan bertanya dan
mempersoalkannya. Seelok-eloknya DS Mohd Najib sendiri tampil dan jelaskan
kepada rakyat dan bukan hanya terhad kepada golongan ahli UMNO semata-mata.
Jelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum dan agama.
Salahkan rakyat bertanya dan ingin mengambil
tahu?
abuhassanadam
4 Mac 2015
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKamisah,
ReplyDeleteSepatutnya Perhimpunan Agung UMNO membincangkan hal yang sebegitu.
Pak Abu