SEKAWAN
Ketika berada di New Zealand aku kagum melihat
perangai lembu dan biri-biri di sana. “Perangainya’ tidak serupa dengan
perangai lembu di Malaysia. Di Malaysia, lembu mengotori jalanraya dengan
najisnya yang berada di mana-mana;. Tetapi di New Zealand tidak begitu. ‘Berdisiplin’
lembunya. Begitu juga dengan kawasan ladang lembu dan biri-biri di sana sangat
bersih dan teratur susunannya.
Yang menyebabkan aku terdetik untuk menulis
tentang lembu dan biri-biri ialah
tentang ‘perangai’ binatang-binatang’ tersebut. Aku memberhentikan kereta sewa
aku di tepi jalan disebuah ladang ternakan biri-biri yang tidak berapa jauh
dari Auckland. Sudah lupa aku nama tempat berkenaan. Yang pentingnya untuk aku
kisahkan ialah tentang ratusan ekor ( mungkin ribuan) biri-biri yang ada di
situ yang sedang meragut rumput. Dan tidak jauh dari situ kelihatan pula
kawasan menternak lembu. Ratusan ekor lembu berada di situ.
Teringat pula aku tentang keadaan orang kampung
aku menternak lembu dan kerbau. Teringat juga tentang bagaimana Atuk aku
dulu-dulu menternak kerbaunya. Paling banyak yang diternaknya sebanyak empat
ekor. Dan antara orang kampung aku yang dikira ‘hebat’ dari segi binatang
ternakan (kerbau) ialah Atuk aku. “Berjaya’ menternak empat ekor kerbau!.....Orang
lain kebanyakannnya seekor. Ataupun lebih-lebih dua ekor.
Timbullah persoalan di benak aku. Mengapa orang
kampung aku tidak menternak kerbau atau kambing sepertimana yang dilakukan oleh
orang New Zealand sedangkan terdapat juga kawasan yang luas untuk dijadikan
padang rumput. Dan sekiranya memerlukan bantuan kerajaan pastinya pihak
kerajaan akan membantu. Lihat sahajalah bantuan ternakan lembu yang diberikan
kepada Dato Seri Shahrizat yang berjumlah ratusan juta ringgit. Tentunya
kerajaan tidak keberatan untuk memberikan bantuan kepada orang kampung untuk
menternak kerbau atau lembu atau kambing secara besar-besaran. Lagi pun
tentulah pihak kerajaan lebih yakin dan percaya kepada penternak-penternak
lembu di kampung daripada orang politik yang tinggal di Damansara Height.
Agaknya begitulah.
Melihatkan sekawan lembu dan kambing biri-biri
berkenaan tentulah fikiran aku teringatkan tentang perangai manusia yang ada di
Malaysia kini. Kadang-kadang aku ternampak semacam perangai lembu dan biri-biri
itu. Aku tidak mengatakan orang di Malaysia sperti lembu dan biri-biri. Aku tak
kata begitu. Yang aku perhatikan ialah tentang perangai binatang-binatang itu.
Kadang-kadang menyeronokkan juga apabila melihat susana sedemikian terutamanya
dalam suasana alam yang sungguh nyaman yang ditiup angin sepui-sepui
bahasa di negara Kiwi ini.
Ini yang dikatakan herd mentality atau mob
mentality. Apabila ada seekor antara ‘rakan-rakan’ mereka berlari menghala ke
suatu arah maka yang lain juga akan mengekori tanpa memikirkan kesan-kesan buruk
yang akan menimpa. Dengan sebab itulah agaknya pengembalanya tidak memerlukan
ramai orang untuk mengembalakan sekawan kambing. Dan di New Zealand atau di
Australia aku perhatikan, hanya diperlukan beberapa ekor anjing sahaja untuk
mengawal sekumpulan ratusan biri-biri. Biri-biri ini pasti akan patuh dan
terlalu takut kepada anjing-anjing itu.
Kisah sekawan lembu yang aku perhatikan dalam
program ‘National Geograhy’ juga menarik. Dikatakan lembu-lembu ini akan
bergerak mencari ‘greener pastures’ apabila sampai waktu dan ketikanya. Pada
ketika inilah akan dapat diperhatikan perangai lembu-lembu ini yang bergerak
dalam keadaan luar biasa. Disebabkan sikap ‘herd mentality’nya lembu-lembu itu
akan bergerak dalam satu pasukan tanpa memikirkan kesan buruk yang akan
dihadapi dalam perjalanan.
Satu kebaikan dari ‘sikap’ lembu yang bergerak
dalam satu pasukan ini ialah musuh (singa) tidak akan menyerang mangsa ketika
berada dalam satu pasukan. Hanya mangsa yang terkeluar dari pasukan sahaja yang
akan diserang. Dengan sebab itulah pemangsa akan cuba meleraikan mangsa dari
pasukan mereka.
Tetapi berbeza keadaannya dengan perangai
pemangsa seperti buaiya. Buaiya akan menyerang walaupun mangsa berada dalam
satu pasukan.
Yang anihnya lembu-lembu ini akan terus menerus
menyeberangi sungai berkenaan walaupun (mungkin) dia tahu bahawa sungai itu
dipenuhi dengan buaiaya. Mereka tidak peduli. Terus terjun dan seolah-olah
menyerahkan nasib kepada takdir. Ada antara ‘rakan-rakan’ mereka yang dibaham
oleh buaiya namun mereka terus menerus juga menyeberangi sungai berkenaan
disebabkan ‘herd mentality’ yang ‘dimiliki’ oleh binatang-binatang itu. Dan
mereka tidak ‘memikirkan’ langsung kesan buruk kepada pasukan mereka. Itu kisah
binatang……..
Di Malaysia, dikalangan bangsa Malaysia juga
sudah wujud semacam ‘herd mentality’ yang dimiliki oleh rakyat seperimana yang
‘diamalkan’ oleh biri-biri dan lembu-lembu itu.
Apakah ada diantara kita yang sudah meletakkan
jawatan sebagai seorang manusia dan berminat untuk menjadi biri-biri dan lembu?
abuhassanadam
8 Mac 2015
No comments:
Post a Comment