Thursday, March 26, 2015

RAMAI PEMIMPIN KINI TIDAK BERCAKAP BENAR

Aku tidak mengatakan semua pemimpin negara sentiasa tidak bercakap betul. Aku tak kata begitu. Tetapi apa yang dapat aku perhatikan semacam sudah ramai yang tidak mahu bercakap betul. Dalam bahasa kasarnya ‘BERBOHONG!’. Dalam bahasa yang agak terhormat ialah,’ tidak bercakap betul’.

Ketika aku di sekolah rendah zaman dulu-dulu, pernah Cikgu Samad berpantun. Katanya,

Siakap, Senohong, Gelama ikan Duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Itulah cara guru-guru zaman dulu mengajar anak muridnya supaya berperangai baik. Melalui pantun, peribahasa, teka-teki, cerita-cerita rakyat dan sebagainya. Dan sampai hari ini masih lagi diingati ajaran guru berkenaan dan ‘dipatuhi’. Akan terbayang wajah Cikgu Samad sekiranya ada ‘hasrat’ untuk berbohong atau menipu. Begitu berkesan sekali ajaran yang disampaikan oleh guru-guru zaman dulu.

Aku terpanggil untuk menyentuh isu ‘berbohong’ ini disebabkan begitu ‘lumrah’ sekali kegiatan berbohong berlaku dikalangan rakyat Malaysia kini. Berbohong dan menipu sudah merupakan kegiatan yang seolah-olah ‘dihalalkan’ dalam kehidupan manusia di Malaysia kini. Dan kegiatan ini dilakukan ‘bermulanya’ daripada tindakan setengah pemimpin yang dilihat suka berbohong dan tidak bercakap betul. Dan nampak semacam tepat kata-kata Cikgu Samad dimana sekiranya selalu bercakap bohong besar kemungkinan akan menjadi ‘pencuri’. Aku tidak dapat pastikan samada boleh dikaitkan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam IMDB.

Aku teringat pula kata-kata Cikgu Samad lagi,

Jiakalu guru kencing berdiri,
Maka anak murid akan kencing berlari.

Tepat juga kata-kata yang disampaikan secara turun temurun itu. Cikgu Samad hanya menyampaikan kata-kata yang telah diturun-temurunkan oleh generasi orang Melayu sebelumnya. Amat ‘relevan’ dengan keadaan kini juga. Disebabkan ramai pemimpin ( samada pemimpin politik atau pemimpin pejabat kerajaan) yang kelihatan suka berbohong, maka rakyat dan anak-anak di sekolah juga sudah semacam menganggap perbuatan ‘berbohong’ itu sesuatu yang biasa. Dapat dirasakan bahawa terlalu sedikit bilangan anggota masyarakat kita yang merasa takut dan gentar untuk berbohong. Malah berbohong sudah merupakan amalan biasa dan nampak semacam ‘hina’ sekiranya ada dikalangan masyarakat di Malaysia sekiranya tidak pandai berbohong! Kisah yang berlaku dalam TLDM mungkin ada juga kaitannya. Mungkin…

Kegiatan tidak bercakap betul atau berdoalk-dalik ini sudah semacam menular di Parlmen. Rakyat kurun ke 21 bukan lagi senang untuk ditipu sepertimana rakyat Malaysia yang tinggal dalam tahun-tahun 1960an dan 1970an dimana sumber maklumat adalah amat terhad. Kini sumber maklumat hanya berada di hujung jari dan boleh diperolehi dengan senang. Oleh itu kadang-kadang rakyat lebih tahu apa yang berlaku berbanding dengan pemimpin kita yang sentiasa mengharapkan kepada pembantu mereka untuk memberikan sebarang maklumat kepada mereka.

Yang ‘menakjubkan’ aku sampai kepada isu yang berkaitan dengan agama pun, ramai pemimpin kita yang tidak mahu bercakap betul atau ‘berdoalk-dalik’. Jelas kelihatan kadang-kadang bahawa pertimbangan politik mengatasi pertimbangan keagamaaan.Mereka tidak segan silu menyatakan sesuatu yang agak bertentangan dengan prinsip keagamaan. Ada pula pihak tertentu yang sentiasa menggunakan prinsip agama demi untuk meyakinkan masyarakat tentang hujah-hujah mereka.

Rakyat tahu ada setengah pemimpin kita berbohong berdasarkan maklumat yang diperolehinya. Dan telah terbukti bahawa ada juga antara menteri kita ketika memberikan jawapan di parlimen, memperlihatkan percanggahah fakta. Dalam bahasa hari ini dikatakan ‘flip-flop’. Rakyat tahu seseorang menteri itu tidak bercakap betul beradasrkan jawapan yang agak ‘longar’ yang disampaikan.

Tidak perlulah aku memberikan contoh-contoh terperinci tentang kegiatan ‘berbohong’ yang diamalkan oleh para pemimpin kita. Rakyat lebih tahu dan dapat menilai samada seseorang pemimpin itu bercakap betul atau berbohong. Dan yang menghairankan aku juga ialah seolah-olah golongan yang sentiasa berbohong ini seolah-olah langsung tidak memikirkan tentang larangan agama yang amat melarang seseorang itu berbohong. Apakah golongan ini sudah tidak langsung mematuhi ajaran agama.

Apakah sistem pendidikan kita di sekolah sudah tidak langsung menyentuh isu-isu sebegini sepertimana yang diterapkan oleh guru-guru zaman dahulu? Apakah disebabkan terlalu ‘materialistik’ dan menekankan tentang kepentingan sains dan teknologi lalu melupa dan mengabaikan terus penerapan nilai murni dikalangan anak-anak kita yang membawa kepada kemunculan pemimpin-pemimpin yang bersikap sedemikian juga.

Apakah begitu?

abuhassanadam

26 Mac 2015

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kamisah,

    Sebenarnya masih ramai tokoh-tokoh pendidikan yang masih boleh dirujuk pandangan dan nasihat mereka seperti TS Abd. Rahman Arshad, TS Omar bin Mohd hashim, TS Asiah Abu Samah, TS Wan Mohd Zahid Nordin dll. Terpulanglah kepada pihak yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka.

    Pak Abu

    ReplyDelete
  3. http://pemimpinrakyat.blogspot.com/2015/03/assalamualaikum-semua.html?m=1

    Kenapa Lim Guan Eng / DAP marahkan sgt Hj Hadi

    ReplyDelete