Tuesday, March 17, 2015

PENAHANAN NURUL IZZAH – APAKAH TIDAK MEMALUKAN KITA DI MATA DUNIA?

Samuel P. Huntington dalam ‘ The Third Wave’ ada menyatakan, “Elections, open, free and fair are the essence of democracy, the inescapable sine qua non. Government produced by elections may be inefficient, corrupt, shortsighted, irresponsible, dominated by special interest, and incapable  of adopting policies demanded by the public good. These qualities make such government undesirable but they do not make them undemocratic. Democracy is one public virtue, not the only one, and the relation of democracy to other public virtues and vices can only be understood if democracy is clearly distinguished from the other characteristics of political systems” Fareed Zakaria,’ The Future of Freedom”

Semacam mirip pula keadaan yang digambarkan oleh Huntington itu dengan keadaan yang berlaku di Malaysia kini.

Seingat aku ler, semenjak zaman dulu-dulu lagi ia itu semenjak zaman Tunku Abdul Rahman Parlimen adalah tempat paling bebas untuk memperkatakan sesuatu isu yang berkaitan dengan masalah negara. Maknanya ahli parlimen boleh menyuarakan apa saja yang dirasakan tidak puas hati tentang perjalanan  dan pentadbiran negara. Ahli Parlimen itu begitu kebal sehinggakan parlimen itu merupakan tempat yang paling bermarwah.

Sebenarnya hanya pada tahun 2015 barulah aku ‘dengar’ yang ada perkaa-perkara tertentu yang tidak boleh diperkatakan di Parlimen sepertimana yang berlaku kepada YB Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Mengenai penahanan YB Nurul Izzah, peguamnya R Sivarasa menegaskan bahawa YB Nurul mempunyai kekebalan di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak boleh didakwa kerana ucapannya. Mengikut YB Nurul pula sejak tahun 1978 tidak pernah ada ahli parlimen yang disiasat dan menurutnya ini adalah satu isu penting dan akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia. "Kami akan mengambil tindakan. Kami akan memastikan bahawa penyalahgunaan seumpama itu tidak akan berterusan di bawah rejim ini," tegas beliau. (Malaysiakini 17 Mac 2015).

Menurut potal berita Malaysiakini bertarikh 17 March 2015, ‘Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli Parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan….Pakatan akan membentangkan usul itu di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, katanya.Seksyen 7 akta itu menyatakan bahawa tiada ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah berhubung ucapannya di Dewan Rakyat’

Ini menyebabkan aku ‘pening’. Aku rasa bukan aku seorang yang ‘pening’ tetapi hampir seluruh dunia ‘pening’ melihatkan keadaan di negara kita yang tercinta ini sudah ada peraturan di mana ada isu-isu tertentu yang tidak boleh diperkatakan di parlimen. Sudah ada isu-isu tertentu yang membolehkan para menteri samada ‘mahu’ menjelaskan di parlimen atau tidak. Rupanya undang-undang dan peraturan Undang-Undang Akta Rahsia (OSA) rupanya kuasanya boleh menembusi parlimen.

Selama ini aku memikirkan bahawa semua perkara dan semua isu boleh dibahaskan di Parlimen oleh wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat dalam pilihanraya. Sepatutnya begitulah. Rakyat telah memberikan mandat sepenuhnya kepada wakil rakyat yang dipilih oleh mereka untuk membahaskan sesuatu isu di parlimen. Tak kiralah samada seseorang itu wakil kerajaan atau pembangkang. Yang penting ialah seseorang wakil rakyat itu dilantik oleh rakyat.

Yang memalukan aku sebagai rakyat Malaysia (yang mempunyai agak ramai juga rakan taulan dari negara luar) ialah ada yang menanyakan tentang penahan YB Nurul Izzah ini. Mereka kata hampir seluruh akhbar dan media dunia membawa berita penahanan YB Nurul ini. Dan aku terbaca juga apa yang diperkatakan oleh Aljazeera yang memetik kata-kata YB N Surendra yang mengatakan,’ "This police investigation is illegal, unconstitutional and a serious interference with the rights and privileges of Parliament,"

Kemudian terbaca juga aku tentang kenyataan Phil Robertson, Deputy Asia Director of Human Rights Watch yang mengutuk sekeras-kerasnya nya penahanan YB Nurul itu. Katanya,"The Prime Minister Najib and his government are shamefully using the Sedition Act like an axe to hack down opposition politicians, community activists, and any others who dare speak their minds…….Prime Minister Najib needs to recognize that every sedition arrest of an opposition political leader is another step towards the destruction of rights-respecting democracy in Malaysia, and bring this campaign of abuse to an end."

Sebagai rakyat Malaysia tentulah aku malu apabila ada orang luar yang menyatakan sesuatu (yang tidak enak didengar) mengenai negara kita. Yang paling menyedihkan aku ialah apabila ada yang telah membandingkan negara kita dengan keadaan negara Zimbabwe di Afrika. Rakan-rakan dari negara luar turut ‘bersedih’ mengenangkan negara kita Malaysia yang pada suatu ketika dulu merupakan sebuah negara yang menjadi contoh bagi kebanyakan negara di dunia dari banyak segi dan malangnya kini telah bertukar menjadi sebuah negara yang sering diperkatakan dari segi aspek negatifnya.

Mungkin ada pihak-pihak tertentu di Malaysia (yang agak sempit cara berfikirnya) yang hanya ‘mempersetankan’ teguran dan pandangan dari orang luar itu. Kadang-kadang golongan ini semacam tidak mempedulikan apa orang lain kata. Dan yang anihnya mereka seolah-olah bermegah-megah dengan bersikap demikian, sikap bodoh sombong. Namun kita harus sedar bahawa Malaysia adalah sebahagian dari negara-negara di dunia. Kita harus rasa malu sekiranya tindakan kita berlainan dengan tindakan yang dilakukan oleh negara-negara yang beradab. Malaysia bukannya sebuah negara yang tidak berperadaban. Bukan. Dan datuk nenek kita juga telah menyemaikan perasaan malu dan supaya jangan bersikap biadap kepada orang lain. Justeru segala tindakan yang kita lakukan seharusnya bersendikan perasaan ‘malu’ itu dan menampakkan yang kita datangnya dari negara yang berperadaban bukan negara yang biadab.

Pemimpin negara dari semua peringkat harus membetulkan semula persepsi negara luar ini. Orang tua-tua kata ‘sesat dihujung jalan hendaklah balik ke pangkal jalan’.

Rakyat mendoakan yang terbaik….

abuhassanadam

18 Mac 2015

No comments:

Post a Comment