SYABAS NURUL IZZAH!.........
Seingat aku Nurul ‘tercampak’ di dalam kancah politik tanah air
(dalam keadaan terlalu awal) bukan atas
kerelaannya tetapi semacam dalam keadaan terpaksa. Namun demikian bukanlah
kehendaknya begitu tetapi seolah-olah telah ‘ditentukan’ dan ditakdirkan
terjadi sedemikian. Beliau terpaksa terlibat secara aktif untuk memperjuangkan
nasib ayahandanya Saudara Anwar Ibrahim yang terpaksa menghadapi berbagai
dugaan yang datang pada akhir tahun-tahun 1990an.
Dalam usia yang begitu muda beliau telah menjadi
‘jurucakap’, ‘duta’, ‘peguambela’, ‘diplomat’ bagi pihak ayahnda dan juga bagi
pihak rakyat Malaysia untuk menjelaskan sesuatu kepada masyarakat Malaysia dan
masyarakat antarabangsa mengenai nasib yang menimpa Anwar Ibrahim pada ketika
itu. Persepsi masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak yakin
dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau
terpaksa merengkok dalam penjara dan merupakan tanggungjawab Nurul pula untuk
menjelaskan kepada masyarakat Malaysia dan dunia tentang keadaan sedemikian
walaupun dibantu oleh pemimpin Pakatan rakyat lain.
Bak kata peribahasa Melayu,’ ke mana tumaphnya
kuah jikalau tidak ke nasi’. Begitulah keadaan Nurul. Walaupun boleh dianggap
sebagai ‘the reluctant politician’ pada ketika itu namun mungkin telah tersurat
yang beliau terpaksa memikul tanggungjawab seberat itu demi untuk menyambung
‘agenda yang belum selesai’.
Kini sekali lagi Nurul Izzah berhadapan dengan
suasana yang mungkin tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini ia itu
menjalankan tanggungjawab sebagai ‘ketua pembangkang’ di parlimen tugas dan
tanggungjawab yang begitu berat yang disandang oleh ayahandanya. Dengan
sokongan yang kuat daripada parti DAP ( yang sentiasa mendapat jolokan seperti
parti yang dimonopoli kaum Cina ) memberikan suatu isyarat yang jelas bahawa
inilah tokoh yang betul-betul layak dan diyakini menjadi pemimpin negara
Malaysia pada masa akan datang.
Nurul Izzah mungkin dianggap sebagai tokoh muda
berbanding dengan TG Haji Hadi Awang dari segi umur. Nurul Izzah juga boleh
dianggap sebagai kurang berpengalaman berbanding dengan YB Lim Kit Siang tetapi
Nurul adalah merupakan ‘wakil’ masyarakat Kurun ke 21 yang terdiri dari
golongan muda kini yang akan menempuh kurun berkenaan. Hanya pemimpin-pemimpin
muda seperti Nurul yang tahu dan merasakan denyut nadi masyarakat yang akan menempuh
kurun ini dengan agak berkesan.
Malah boleh juga dikatakan bahawa keadaan
kepimpinan negara kini sudah tidak sesuai berada di temapt mereka berada
sekarang disebabkan keadaan dunia yang berubah dalam keadaan yang terlalau
pesat sehinggakan ternampak semacam pemimpin negara kini sudah tidak dapat
menjejak perubahan-perubahan yang sedang berlaku. Dan apakah itu yang
menyebabkan negara kita Malaysia kini tidak maju sepertimana yang diharapkan.
Mungkin….
Pemimpin-pemimpin di Malaysia harus berfikir tentang
perubahan-perubahan drastik yang berlaku dan seharusnya pula bergerak seiring
dengan rentak dan gaya kehidupan masyarakat global. Pernahkah para pemimpin
lama di Malaysia berfikir bahawa China dan India akan menggantikan Amerika
Syarikat dan negara-negara Eropah lain sebagai kuasa besar dunia. Dan pernahkah
pemimpin kita berfikir bahawa Brazil dari Amerika Latin akan menjadi kuasa
ekonomi dunia juga disamping negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Jepun
dll. Sekiranya ‘mindset’ pemimpin lama tidak mahu berubah mengikut peredaran
zaman maka lambat laun Malaysia akan terus ketinggalan dalam keadaan ‘syok
sendiri’.
Nurul dan beberapa orang pemimpin muda lain harus sedar
tentang hakikat ini dan hendaknya jangan lepaskan peluang yang ‘terhidang’ di
hadapan anda walaupun kadang-kadang bukan dengan kerelaan. Nasib Nurul semacam
ada persamaan dengan nasib yang dihadapi oleh Benazir Bhutto, anak perempuan
kepada Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto. Sekembalinya ke Pakistan
dari pengajiannya di Oxford University pada tahun 1977 beliau telah diletakan
dibawah tahan di rumah selepas berlakunya rampasan kuasa tentera pimpinan
General Mohammad Zia ul-Haq yang melenyapkan kerajaan pimpinan ayahandanya Ali
Bhutto. Dari situlah Benazir melakar sejarahnya yang berakhir dengan dirinya
menjadi Perdana Menteri wanita Pakistan pertama pada tahu 1998 sehinggalah
pembunuhannya pada tahun 2007.
‘Langkah’ yang terlagang untuk Nurul mungkin sama juga
dengan ‘nasib’ yang dilalui oleh Puan Indira Gandhi anak perempuan kepada
Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India yang pertama. Setelah kematian ayahandanya
Indira telah dilantik menjadi Presiden Indian National Congress pada tahun 1960
dan tidak lama kemudiannya menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi negara India.
Apakah Nurul Izzah akan mengekori jejak langkah
pemimpin-pemimpin wanita ini untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi
negara Malaysia akan datang?
Hanya Allah yang menentukan..
abuhassanadam
10 Mac 2015
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKamisah,
ReplyDeleteMungkin ada betulnya pandangan anda mengenai kekurangan dan kemelahan seorang wanita itu. Namun jangan terlampau berpaut kepada 'traditonal assumption' demikian.
Pak Abu