DS NAJIB KENA TUNJUK JALAN
Aku tak sedar samada negara kita Malaysia ini
maju atau belum. Sepanjang kurun ke21 bermula daripada tahun 2000 sehingga
sekarang aku merasakan bahwa aku berada di suatu alam yang agak ‘sibuk’ tetapi
tidak menguntungkan. Itu yang aku rasa. Itu persepsi aku. Aku tak tahu apa yang
‘dirasakan’ oleh masyarakat Malaysia lain. Tentulah tidak dapat aku hendak
‘meraba’ perasaan orang lain.
Yang menyebabkan aku merasakan demikian ialah
disebabkan aku tidak tahu ke manalah arah hendak dituju dan ke mana arah hendak
dibawa oleh kepimpinan negara. Yang aku dapat rasakan ialah rakyat sepanjang kurun ke 21 (sehingga kini) sentiasa bercakap
fasal politik. Pergilah ke mana saja di negara ini. Samada di kampung atau di
bandar topik perbincangan masyarakat Malaysia ialah mengenai keadaan politik di
negara ini. Samada di majlis khenduri atau menghadiri majlis pengkebumian,
topiknya ialah politik dan kepimpinan negara. Kebiasaannya memperkatakan
sesuatu yang negatif mengenai pemerintahan negara.
Malaysia boleh diiktiraf sebagai ‘johan’ dalam
hal ini. Berbanding dengan negara-negara lain yang meletakkan isu ‘politik’
sebagai satu isu sampingan, Malaysia menjadikan isu politik sebagai agenda utama.
Bukan sahaja orang politik (maksud aku orang yang ‘mencari makan’ melalui
penglibatannya dalam politik) yang membincangkan isu berkenaan, malah
pelajar-pelajar sekolah menengah juga memperkatakan sesuatu mengenai
pemerintahan negara , dari aspek negatifnya. Memberikan gambaran kepada aku
bahawa ibu bapa mereka juga sentiasa memperkatakan sesuatu mengenai politik
tanah air ketika mereka berada di rumah, ketika menikmati makan malam misalnya.
Tidaklah dapat aku mahu membezakan yang mana
lebih penting dan lebih berguna antara cakap ‘politik’ seperti di Malaysia atau
cakap ‘bola’ seperti yang diamalkan oleh penduduk di England misalnya. Di
England terlalu mudah mencari kawan dan rakan sekiranya kita tahu sedikit
sebanyak fakta megenai ‘bola’. Tahu menyebut ‘Manchester United’ atau ‘Chelsea’
atau ‘Liverpool’ disamping dapat menyebut nama-nama pemain bola club-club bola
di England. Cukup ‘syarat’ untuk kita mengambil bahagian dalam ‘perbincangan’
di sana – maksud aku perbincangan kedai kopi.
Berbalik memikirkan keadaan di negara ini dimana
sebagaimana yang aku katakan bahawa ‘politik’ menjadi isu teratas dalam topik
perbincangan di negara kita. Yang difikirkan juga ialah apakah rakyat kita
boleh dikira maju sekiranya kita terus menerus mengutamakan topik politik dalam
kehidupan seharian kita. Apakah rakyat di negara ini tidak langsung memikirkan
wawasan masa hadapan seperti dalam zaman kepimpinan Dr. Mahathir dulu. Dan akau
kerasakan bahawa ‘wawasan 2020’ sudah ‘hilang’ dan ‘ghaib’ entah ke mana. Malah
pelajar-pelajar kita juga sudah agak ‘melupakan’ wawasan 2020 kita.
Aku dapat membezakan antara zaman kepimpinan Dr.
mahathir dan zaman kepimpinan kini. Aku masih ingat apa yang dilakukan oleh Dr.
mahathir ketika mula meneraju kepimpinan negara pada awal tahun 1980an dulu.
Pada ketika itu rakyat merasakan seolah-olah sedang ‘mengharungi’ zaman baru
yang penuh cabaran dan kepimpinan. Aku masih teringat tentang perhimpunan pagi
yang diadakan di Stadium Hockey Tun Abdul Razak Jalan Duta dimana Dr. Mahathir
menyampaikan ucapan yang mengandungi berbagai wawasan untuk dihayati oleh
rakyat terutama pegawai-pegawai kerajaan yang berada di ibu negara. Itu dulu.
Kini terasa ‘senyap’nya. Terasa ‘kosongnya’. Terasa ‘tidak bermaya’nya. Mungkin
jugalah aku tersilap membuat andaian sedemikian.
Dr. Mahathir telah mengutarakan tentang konsep
‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang mana diharapkan agar pegawai kerajaan mengamalkan
sikap sedemikian dalam menjalankan tugas untuk rakyat. ‘Memandang ke Timur”
satu lagi konsep yang disogokkan kepada rakyat agar rakyat Malaysia mencontohi
apa yang telah dilakukan oleh Jepun dan Korea dari segi amalan kerja keras yang
dilakukan oleh mereka yang menyebabkan negara Jepun dan Korea begitu maju dari
segi ekonomi. Bukan setakat itu sahaja, malah Dr. Mahathir hampir setiap masa
dan ketika ‘membekalkan’ rakyat Malaysia dengan berbagai idea untuk maju
kehadapan setanding dengan negara-negara maju di dunia.
Keadaan sedemikian semacam sudah tidak berlaku
kini. Rakyat Malaysia sudah semacam dalam ‘kepuasan’ dan ‘lena’ dalam khayalan.
Rakyat Malaysia seolah sudah tidak tahu ‘berbahasa’ lain selain dari
membincangkan hal politik. Rakyat Malaysia sudah meninggalkan amalan yang
paling penting dalam kehidupan ia itu membaca. Rakyat Malaysia kini terlalu
kurang membaca. Hal ini telah terbukti dan dibuktikan dengan beberapa dapatan
pihak-pihak tertentu. Rakyat Malaysia kini hanya pandai ‘membaca’ apa yang
tertulis dalam facebook, Tweeter, WhatsApp dll.
Pendek kata dalam keadaan ‘kacabilau’ yang sedang
‘bergolak’ dalam masyarakat Malaysia kini, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak harus
mengorak langkah mempersiapkan masyarakat Malaysia menghadapi kurun ke
mencabar, walaupun sudah agak terlambat. Biar lambat asalkan jangan
ketinggalan. Bangsa Malaysia sudah banyak ketinggalan berbanding dengan
masyarakat lain di Asia Tenggara.
Janganlah dibandingkan dengan Singapura atau Hong
Kong atau Taiwan. Jika sekiranya bangsa Malaysia dibandingkan dengan
negara-negara seperti Vietnam, Filipina, Burma atau Indonesia pun aku dapat
rasakan yang negara kita agak ketinggalan.
Rakyat mengharapkan sangat agar DS Mohd Najib
memimpin rakyat Malaysia sebagaimana pemimpin negara lain memimpin rakyat
mereka.
abuhassanadam
25 Mac 2015
Tuan Abu Hassan Adam, kalau tak silap saya Tuan kata
ReplyDelete" Rakyat mengharapkan sangat agar DS Mohd Najib memimpin rakyat Malaysia sebagaimana pemimpin negara lain memimpin rakyat mereka." = The problem is with those pemimpin negara kita .... apa rakyat biasa seperti aku boleh buat ?
Sejak DS Najib jadi PM kita , aku tutup mata aku and try to think of just one good thing DS Najib have done.... but really sad to say I can't , but if I were to think what -ve things he did ( still doing) the list goes on tak habis2 sampai pagi pun tak habis.
Born in 1958 and this is the first time I too feel I'm lost . Like what you said .." tidak tahu ke manalah arah hendak dituju dan ke mana arah hendak dibawa oleh kepimpinan negara." I'm really lost this time ..
If only 50% of what people is saying about Najib dan rakan dia, they're taking
Malaysia ke arak Neraka.. IF 80% of what people say is true , then I'll just pray that someone or just have to hope PR is strong enough to kick them out of P'Jaya
that also as soon as possible b4 it's too late.
I feel like DS NaJIB , dah gila sudah, he does not care what other say just keep doing the bad things one after another.
Like the latest about GST , everyone knows GST is something good for the country IF what ever is collected from GST goes to the rite department or can put it on hold till the time is rite .
At the moment every thing is going up , eg like me just say my gaji is RM 2000 sebulan. sewa rumah dah RM500 ( teres itu pun dah murah ) beli makanan rumah 6 orang iatu bini dan 4 anak , bil air and Elit lucky kereta dah babis hutang .
jagan kata nak saving at times tak cukup. air dah tutup kepala dah mulai bulan depan nak tambah 6% pakai harian baik aku jadi peyamun kalau tidak mati lah anak/bini aku .
Cakap nak tolong orang miskin, tolong bagi kita susah ada lah. I tell you even rite now I'm lost , I really dun know what will happen to my family come April 1st .
Only can hope and pray that GST is a Aprilfool's Day joke our PM is giving to the rakyat.
Saudara Seehell TKO,
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan saudara. Berkemungkinan juga apa yang saudara rasa itu sedang dirasai oleh sebahgian besar rakyat Malaysia kini. Moga-moga pihak kerajaan mendengar dan ambil perhatian terhadap rintihan saudara dan rakyat Malaysia yang lain.
Pak Abu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKamisah,
ReplyDeleteKita harapkan tidak begitu.
Pak Abu