ANJAKAN PARADIGMA –
SEPATUTNYA BERLAKU DALAM PAS DAN UMNO
Anjakan paradigma
sebenarnya terjemahan daripada ‘paradigm shift’ yang dipopularkan oleh seorang
ahli falsafah dari Amerika bernama Thomas Kuhn melalui bukunya, ‘ The Structure
of Scientific Revolution’ 1962. Sebenarnya ‘anajakan paradigma’ ialah mengenai
tindakan membuat perubahan setelah didapati cara dan keadaan yang ada sudah
tidak sesuai dan lantas difikirkan perlu untuk melakukan perubahan demi
menambah baik keadaan yang ada.
Dirasakan konsep
sedemikian amat sesuai dirujukkan kepada keadaan politik yang ada di Malaysia
kini khususnya yang melibatkan dua parti yang beberapa tahun yang lampau dianggap
‘gah’. UMNO dan PAS. Sememanggnya parti ini merupakan parti yang gah dan hebat
memperjuangkan idealogi yang jelas dan dapat senang diikuti oleh pengikut.
Namun begitu dengan perkembangan zaman dirasakan kedua-dua parti ini sudah mula
agak menyimpang daripada perjuangan asal.
Tentulah ruang yang
terhad ini bukan untuk memperincikan setiap aspek tentang tidak sesuai dan relevannya
parti berkenaan dengan keadaan kini samada di Malaysia atau pun di peringkat
global. Yang jelasnya ialah ‘penghijrahan’ beramai-ramai pemimpin-pemimpin PAS
keluar parti berkenaan pada suatu ketika dulu menunjukkan bahawa mereka sudah
tidak secocok lagi dengan parti yang sama-sama mereka bena dan sudah banyak terpesong dari matlamat dan
perjuangan asal.
Sepatutnya peristiwa ‘penghijrahan’
memberikan kesedaran kepada yang masih tinggal dan yang masih menyokong parti
berkenaan. Disitulah terletaknya kehairanan kebanyakan rakyat Malaysia
melihatkan telatah ahli PAS atau UMNO yang masih tidak mahu berubah. Apakah
mereka tidak nampak kepincangan yang sedang berlaku dalam kedua-dua parti
berkenaan. Apakah mereka tidak dapat menilai tentang perbuatan dan tindakan
‘dulu lain sekarang lain’ yang dilakukan oleh kepimpinan yang ada sekarang.
Untuk terus menjadi
renungan kita khususnya ahli PAS yang masih berpegang teguh kepada perjuangan
PAS elok kita lihat tentang apa yang dikatakan ‘dulu lain sekarang lain’itu. Elok kita lihat amanat yang telah diberikan
oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang yang diberikannya bertarikh 7 April 1981.
Katanya,
“Saudara-saudara sekalian,
percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN,
bukan kerana nama BN.Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan
penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh
kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan
mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita
adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak
ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati
kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk
Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi
kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”
Apakah TG Haji Hadi
masih konsisten dengan perjuangannya. Dan seolah-olah ramai yang sudah tidak
tahu ke mana arah yang hendak dituju oleh PAS
apatah lagi apabila melihatkan keakraban yang terjalin antara TG Haji
Hadi dengan DS Najib.
Kemudian timbul pula
isu yang mengatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Nasharudin Mat
Isa telah menerima wang sebanyak RM90 juta daripada IMDB yang dicetuskan oleh
YB Rafizi Ramli ( Free Malaysia Today
1April 2017). Dan tuduhan yang dibuat oleh YB Rafizi itu adalah
kenyataan bersumpah yang kesannya amat buruk sekiranya didapati beliau
berbohong dengan tuduhannya itu.
Namun sehingga kini
belum ada lagi tindakan yang konkrit daripada Tuan Haji Nasharudin untuk
memfailkan saman terhadap YB Rafizi. (Mungkin aku terlepas pandang dan tidak
melihat tindakan yang telah diambil. Mungkin..) Justeru sekiranya tidak ada
tindakan untuk mengheret YB Rafizi Ramli ke mahkamah, memberikan makna bahawa
apa yang dikatakan oleh YB Rafizi itu adalah betul belaka. Lantas jikalau dalam
hal sebegini pun ahli PAS masih yakin
dan percaya, aku tidak tahu matlamat akhir dan ke mana ‘tersungkurnya’ bangsa Malayu yang dikatakan
oleh Hang Tuah ‘Takkan Melayu hilang d dunia’ ini.
Keadaan yang berlaku
kini di negara kita yang tercinta ini hampir serupa dengan keadaan yang dialami
di Eropah ada Abad ke 16. Selalu disebut zaman Reformation. Munculnya gerakan
Reformation di sana pada ketika itu adalah berpunca daripada sikap penguasa
gereja yang melakukan tindakan ‘cakap tak serupa bikin’. Penguasa gereja pada
ketika itu sudah tidak mengamalkan apa yang sepatutnya diamalkan oleh mereka
dan amat jauh bertentangan dengan amalan penguasa gereja. Mereka mengamalkan
cara hidup seperti golongan bangsawan dan langsung tidak mengamalkan apa yang
sepatutnya diamalkan oleh penganut Kristian.
Yang paling ketara
sekali ialah kegiatan penjualan surat “Indulgence’, yang merupakan ‘tiket’
untuk seseorang untuk menebus dosa dan memberi laluan untuk ke syurga. Pihak
penguasa gerjea telah memberikan kelonggaran kepada pesalah-pesalah yang
membuat dosa di dunia untuk menebus dosanya dengan membeli surat ‘indulgence’
daripada pihak gereja. Dengan memiliki surat ‘indulgence’ berkenaan segala
doasa akan diampunkan.
Atas kesedaran dan
penyelwengan yang sedemikianlah rakyat Eropah pada ketika itu sedar tentang
penipuan yang dilakukan yang menyebabkan mereka menentang habis-habisan
kegiatan sedemikian, yang dipimpin oleh Martin Luther. Kegiatan sedemikianlah
yang disebut sebagai gerakan Reformation. Walaupun bukan merupakan gerakan
bersenjata tetapi apa yang dilakukan ialah satu perubahan yang cukup besar,
suatu anjakan paradigma dikalangan rakyat Eropah pada ketia itu.
Apakah rakyat
Malaysia belum sedar dan tidak peka dengan segala kegiatan rasuah dan
penyelwengan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kini. Harus dimulakan
juga anjakan paradigma itu sebelum berlangsungnya PRU14 nanti.
abuhassanadam
30 Disember 2017
Assalammualaikum Abg nak tanya.
ReplyDeleteAbg grad stanford university ea dulu?
Dalam bidang ape?
Erm sebelum g stanford tu Degree kat mana?