DR MAHATHIR PAHLAWAN BANGSA
Sepanjang
perjalanannnya Dr. Mahathir diibaratkan sebagai seorang pahlawan yang sentiasa
berusaha menebus maruah bangsanya. Pengembaraannya itu adalah satu pengorbanan
yang tidak pernah kenal erti letih dan lelah. Malah sehingga hari ini pun
‘pengembaraannya’ diteruskan walaupun ramai yang berpendapat bahawa Dr.
Mahathir harus berehat. Dan yang menariknya lagi beliau tidak pun menampakkan
perasaan kecewa terhadap perjuangannya. Yang menyebabkan beliau kecewa mungkin
apabila melihatkan negara dari hari demi hari seolah-olah menuju ke arah
kehancuran.
Beliau
meneruskan perjalanan sehinggalah akhirnya dapat meyakinkan pengikut bahawa apa
yang dilakukan sebenarnya merupakan satu keyakinan yang telah dikaji dan
diteliti. Beliau seolah-olah tidak kecewa dengan perjuangannya malah beliau
amat yakin bahawa perjuangan mesti diteruskan untuk membela bangsa dan negara.
Ibarat kata peribahasa Melayu, ‘membujur lalu melintang patah’.
Kini
perjalanannya diteruskan lagi walaupun kita merasakan bahawa beliau sepatutnya
berhenti dan ‘bercuti’. Namu diatas desakan dan runtunan hati dan perasaan
perjuangan harus diteruskan, apatah lagi apabila wawasan 2020nya seolah-olah
diketepikan. Sudah jelas kelihatan pihak kerajaan seolah-olah mengenepikan
Wawasan 2020 dan menggantikannya dengan TN50. Mungkin ini juga merupakan salah
satu sebab yang Dr Mahathir bersunggug-sungguh benar tampil semula ke arena
perjuangan untuk ‘bersepak-terajang’ bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa
negara kita masih ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih
maju.
Allah
memanjangkan usianya. Rakyat Malaysia yang sentiasa mengimpikan sebuah bangsa
Malaysia yang kuat mengharapakan terus kepimpinan dari Dr. Mahathir. Kita tidak
tahu dimanakah pengkalan perhentiannya dan titik noktahnya. Rakyat Malaysia
umumnya hampir pasti merasakan bahawa hanya Saudara Anwar Ibrahim yang layak
untuk mengambil ‘baton’ dari genggaman Dr. Mahathir. Hanya Allah dan keadaan
yang akan menentukan. Hanya Saudara Anwar Ibrahim yang dianggap boleh
menyambung perjalanan dan seterusnya mempertingkatkan apa yang telah
ditinggalkan oleh Dr Mahathir. Dalam ertikata yang lain, penggantinya nanti
seharusnya mempunyai kualiti kepimpinan yang boleh meneruskan usaha menebus
maruah bangsa.
Analisis
yang cuba diterokai mengenai diri Dr. Mahathir
bermula pada tahun 1971 ia itu ketika beliau masih dianggap sebagai
orang luar selepas terkeluar daripada arus pentadbiran kerajaan ekoran daripada
kritikannya tentang perjalanan pentadbiran kerajaan pada ketika itu dibawah
kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Dapat dilihat bahawa beliau
tidak segan dan silu ataupun gentar menyatakan apa yang tidak kena tentang
perjalanan pentadbiran kerajaan mengikut pertimbangannya. Walaupun berada dalam
UMNO pada ketika itu, beliau terus menerus mengkritik perjalanan pentadbiran
UMNO dan dasar-dasar yang tidak sesuai yang dilakukan. Dan sehingga hari ini Dr
Mahathir masih ‘consistent’ dalam tindak-tanduknya.
Biarlah
aku tinjau serba sedikit tentang pemikiranya sebagaimana yang digambarkannya
dalam bukunya, ‘The Malay Dilemma’ yang diharamkan di Malaysia oleh pentadbiran
Tunku Abdul Rahman. Pernah diadakan satu diskusi anjuran Institute of South
East Asian Studies Singapore pada tahun 1971 untuk mengupas intisari penting
yang terdapat dalam pemikiran Dr Mahathir itu. Hasil dapatan daripada
perbincangan di situ menunjukan bahawa apa yang ditulis oleh Dr Mahathir dalam
‘The Malay Dilemma’ relevan dengan tindakanya ketika menjadi Perdana Menteri
adalah selari. Boleh dianggap sebagai bukti bahawa apa yang difikirkan oleh Dr.
mahathir ketika menulis, ‘The Malay Dilemma’ masih konsisten dengan tindakannya
ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.
Kedengaran
juga komen dari kalangan tertentu yang mengatakan bahawa apa yang dikotakan
oleh Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang
diperkatakan belalui bukunya.Ini bermakna, ‘cakap tidak serupa bikin’.
Apakah
anggap sedemikian betul?
Untuk
mengkaji betul tidaknya anggapan sedemikian, aku cuba sedikit sebanyak
‘membongkar’ (setakat kemampuan yang termampu) bahan-bahan lama yang
mengandungi ucapan dan isi wawancara Dr. Mahathri dengan para wartawan samada
dari dalam atau luar negara.
Dari
segi pertemuan dan temu-ramah Dr. Mahathir dengan wartawan asing adalah
dirasakan sehinggakan Dr Mahathir dianggap sebagai ‘darling’ wartawan dalam dan
luar negara. Beliau tidak keberatan untuk bertemu dengan wartawa pada bila-bila
masa. Hujah-hujah dan pemikiran yang dihamburkannya menarik perhatian pendengar
dimana saja. Beliau tidak gentar dan takut bertemu wartawan. Anatara wartawan
yang pernah menebubual beliau ialah
Victor Laniauskas selaku ketua penyunting majalah ‘Readers Digest’ edisi
Asia pada tahun 1982.
Sejurus
sahaja Barisan Nasional menyambut kemenangan pada tahun 1983, Dr Mahathir telah
ditemuramah oleh wartawa ‘Asiaweek’ ia itu Berton Woordward, David Lazarus dan
Assif Shameen. Pada bulan May 1988, Caroll Bogert dari majalah ‘Newsweek’ pula
mengadakan wawancara dengan Dr Mahathir.
Berdasarkan
kepada beberapa wawancara yang dilaluinya, boleh disimpulkan bahawa ‘nada’ Dr
Mahathir beberapa tahun yang lalu adalah sama dengan dengan apa yang
diperkatakannya pada hari ini. Masih mengenai bangsa dan negara. masih mahu
meneruskan perjuangan menebus maruah bangsa. Masih tidak mahu melihat bangsa
Malaysia ketinggalan. Masih mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan bangsa lain didunia.
abuhassanadam
12 Disember 2017
Oh.. first of all I am so Glad that you are back!! Pak Abu pls take care.
ReplyDeleteDr Mahathir, I respect him!
Same to me
ReplyDeleteAlhamdulillah, pak abu kembali menulis.
Kerinduan terhadap idea coretan beliau meredakan minda yg celaru tanpa rujukan sebenar.
Smoga pak abu di beri kesihatan yg baik sepanjang masa...
Yalah..Alhamdulillah welcome back Pak Abu..dok buka blog Pak Abu kosong takda update..semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada PAk Abu..
ReplyDelete